Kecoh betul media sosial berikutan rusuhan kumpulan pekerja di Indonesia. Rusuhan ni sebenarnya menentang Undang-Undang Omnibus yang baru saja diluluskan oleh Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) pada Isnin lepas (5 Okt). Malah, rusuhan menentang UU Omnibus ni dah bermula sejak awal tahun 2020 lagi. Jadi, apa semua ni sebenarnya?

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) usulkan Undang-Undang Omnibus dengan tujuan menambahbaik kemudahan urusan perniagaan dan menarik pelaburan di Indonesia. Dengan jangkaan, ia bakal jadi pemangkin kepada penciptaan peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi.

Omnibus (bahasa Latin bermaksud semuanya) menggabungkan beberapa peraturan dengan peraturan yang berbeza di bawah satu satu payung undang-undang. Tiga RUU yang dibentangkan bawah Omnibus – RUU Cipta Kerja, RUU tentang Ketentuan dan Fasilitas Perpajakan untuk Penguatan Perekonomian, dan RUU tentang Pengembangan dan Penguatan Sektor Keuangan.

UU Omnibus setebal 1,028 muka surat ni akan meminda 73 undang-undang, ada 11 kluster, 15 bab dan 174 artikel. Kerajaan dan syarikat-syarikat dah anggap Indonesia ni ‘over-regulated’, sebab ada 43,511 peraturan sama ada di peringkat kementerian, agensi dan tempatan.

Pertumbuhan ekonomi tahunan Indonesia pulak jatuh terendah dalam 3 tahun pada suku keempat 2019, iaitu 4.97 peratus. Pada pentadbiran Jokowi, RUU ni perlu untuk pulihkan ekonomi negara dan tarik pelaburan asing terutamanya China.

Kalau begitu, kenapa pekerja merusuh? Bukan ke ini berita baik?

Kesatuan pekerja ni merusuh kerana RUU ni mengurangkan hak pekerja, imbuhan serta keselamatan pekerjaan mereka. Misalnya, perniagaan kecil dan mikro dikecualikan daripada ketetapan gaji minimum, namun hanya perlu membayar pekerjanya atas kadar garis kemiskinan.

Bukan itu saja, Artikel 93 yang menetapkan hak pekerja untuk cuti bergaji dihapuskan daripada UU Omnibus ini. Bahkan, ia akan membatalkan Artikel 159 yang membenarkan pekerja memfailkan tuntutan mahkamah di mahkamah hubungan industri atau agensi, jika pekerja ingin mencabar alasan di sebalik pemberhentian mereka.

UU Omnibus ni juga beri bayangan semula dasar ekonomi neoliberal. Pentadbiran Jokowi cuba menghidupkan semula dasar neoliberal, dan kesatuan pekerja memang tak gemar lah jawabnya.

Dalam mazhab ekonomi neoliberal; austerity fiskal, ‘deregulation’, perdagangan bebas, penswastaan dan pengurangan perbelanjaan kerajaan adalah tipikal buat pendukung dasar ekonomi neoliberal. Margaret Thatcher dan Ronald Reagan adalah sosok utama yang selalu dikaitkan dengan neoliberal. Bahkan, Malaysia sendiri tidak selamat daripada terkena tempias dasar neoliberal ni.

Dasar neoliberal mula mendapat tempat di Indonesia selepas Soeharto menjawat presiden pada 1967. Mafia Berkeley, kumpulan ahli ekonomi Indonesia berpendidikan AS yang diberikan jawatan teknokrat di Orde Baharu menyediakan panduan (buku resepi) buat Soeharto untuk melaksanakan dasar neoliberal untuk menghadapi masalah serius ekonomi Indonesia ketika tu.

“Buku resepi” ini dibuka sekali lagi pada era pentadbiran Jokowi kerana pengaruh penyokong Mafia Berkeley masih belum lenyap seluruhnya. Sedang ramai melihat UU Omnibus condong pada syarikat-syarikat, memang lah ada ‘backlash’. Dasar neoliberal diibaratkan sudah ‘dihidupkan semula’ di Indonesia.

Indonesia, yang dijangka menjadi antara kuasa ekonomi Asia menjelang 2030, sekarang berdepan dengan “kuasa proletariat” ni. Sama ada pentadbiran Jokowi berjaya mengawal rusuhan dan sentimen rakyat atau tidak, ia bergantung kepada kebijaksanaan pemerintah sana. Apa yang pasti, rusuhan “kuasa proletariat” ni tidak ada ‘pause’ lagi (setakat ini).

RUJUKAN:

  1. Esther Sambhoh (2020), Guide to omnibus bill on job creation: 1,028 pages in 10 minutes, diambil pada 9 Oktober 2020, https://www.thejakartapost.com/news/2020/02/21/guide-to-omnibus-bill-on-job-creation-1028-pages-in-8-minutes.html
  2. Mariyah L.M, JN (2020), Jakarta is returning: The ‘neoliberal cookbook’ that guides Indonesia’s Omnibus Bills, diambil pada 9 Oktober 2020,
  3. https://lausan.hk/2020/jakarta-is-returning-omnibus-bills/
  4. Adrian Wail Akhlas (2020), Labor unions protest Jokowi’s omnibus bill, diambil pada 9 Oktober 2020, https://www.thejakartapost.com/news/2020/01/09/labor-unions-protest-jokowis-omnibus-bill.html

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pelajar sarjana muda kejuruteraan elektrik UiTM yang minat untuk menulis. Juga membangunkan LamAlifBa sebagai blog ilmiah. Menolak untuk menjadi seorang idealis. Berminat dengan ilmu.

Comments are closed.