Per4ng Uthmaniyah-Venice pada tahun 1499-1503 merujuk kepada pertempvran laut yang melibatkan Empayar Uthmaniyyah dan Republik Venice dalam tuntutan hak dan kuasa terhadap tanah-tanah yang menjadi rebutan antara kedua pihak di Laut Aegean, Laut Ionian, dan Laut Adriatik. Peristiwa yang menjadi acara pembukaan dalam k0nflik ini adalah Pertempvran Zonchio, ianya merupakan pertempvran angkatan laut yang pertama dalam sejarah di mana meri4m dipasang dan digunakan di atas kapal.

Armada laut Uthmaniyah, di bawah perintah Laksamana Kemal Reis, menang dalam k0nflik ini yang akhirnya memaksa Republik Venice mengiktiraf kedaulatan Uthmaniyah pada tahun 1503, setelah ser4ngan pasukan berkuda Uthmaniyah mencapai ke wilayah Venice di Itali Utara.

Penerangan

Pada pandangan sesetengah pihak, k0nflik ini merupakan salah satu daripada beberapa pertembungan yang berlaku di antara blok Eropah dan Uthmaniyah sepanjang tempoh permvsuhan Eropah-Uthmaniyah.

Walaupun begitu, permvsuhan tidak pula sentiasa menjadi ciri-ciri hubungan keruh secara kekal dari beberapa aspek, sebenarnya, Venice adalah rakan dagang utama dengan Uthmaniyah, mereka mengekalkan kedudukan komersialnya di seluruh dunia Islam dan mengadakan banyak perjanjian damai dengan Uthmaniyah.

Formasi armada laut Uthmaniyah dan Venice

Sebaik saja kota Konstantinopel jatuh ke tangan Sultan Mehmed II pada tahun 1453, mereka merundingkan perjanjian yang membolehkan mereka mengekalkan kedudukan koloni mereka di sana dan boleh berdagang dengan bebas.

Semasa memer4ngi Venice, Uthmaniyah tetap mendorong dan mengembangkan perdagangan mereka dengan Florence. Tanpa menafikan bahawa banyak pertempvran telah dilancarkan dan banyak d4rah telah ditumpahkan, pembangunan semula sejarah yang seimbang perlu mengimbangi kisah per4ng dan pertempvran, termasuk yang berlaku di antara Venice dan Uthmaniyah, di samping episod di mana perdagangan telah berkembang maju dan nilai keamanan kian meningkat.

Latar Belakang

Venice adalah negara pedagang dan telah sekian lama menikmati hubungan perdagangan yang istimewa dengan pelbagai kerajaan pemerintahan Islam. Mereka menggunakan kaedah diplomasi dan rundingan untuk mendapatkan syarat yang terbaik, yang membolehkan mereka membina gudang dan kedutaan di pelabuhan-pelabuhan utama dunia Islam.

Pada tahun 1403, atas sebab terdesak mahu terus menguasai Aegean, mereka memeterai perjanjian dengan Uthmaniyah yang mengharuskan Venice “membayar yuran tahunan bagi mengekalkan koloni-koloninya serta dijamin perdagangan yang bebas di wilayah Uthmaniyah.”

Perjanjian ini diperbaharui pada tahun 1415. Apabila kapal-kapal Turki menjelajah di luar Dandanelles pada tahun 1416, armada Venice terlibat dalam pertempvran dengan mereka dan mengalahkan mereka, tetapi tidak sebelum misi perdamaian diusahakan.

Peta Balkan Selatan pada 1410 sebelum perjanjian damai Uthmaniyah-Venice pada 1419

Ketika Konstantinopel jatuh pada tahun 1453, Venice segera berunding untuk melanjutkan hak perdagangan istimewa di sana, di mana mereka mengekalkan koloni mereka. Doge Venice memberitahu Sultan bahawa niatnya adalah untuk hidup dalam kedamaian dan persahabatan dengan Uthmaniyah. Perjanjian ini diperbaharui secara berkala. Ia bukan sahaja melindungi pos-pos Venice di wilayah Uthmaniyah, tetapi ia juga “melahirkan koloni subjek Uthmaniyah di Venice sendiri.”

Namun, Uthmaniyah meningkatkan kekuatan tenter4 laut mereka dan merebut satu demi satu wilayah koloni Venice, antaranya termasuklah Negropont (1470), Tana (1475) dan Scutari (1479). Pada tahun 1471 dan 1474, Venice berusaha merayu sokongan Sultan Tabriz tetapi gagal dan sebaliknya terpaksa menandatangani perjanjian yang tidak menguntungkan bersama Uthmaniyah iaitu dengan melepaskan segala tuntutan terhadap koloni mereka yang dij4jah.

Pun begitu, pada tahun berikutnya Venice tetap menunaikan permintaan dari Konstantinopel yang mahu mereka menghantarkan seniman. Mereka menghantar Gentile Bellini, pelukis potret Sultan Mehmed al Fatih yang terkenal. Perdagangan dengan Uthmaniyah mula berkembang. Hasilnya, Venice menjadi pembekal permaidani yang utama di seluruh Eropah.

Perjanjian lain ditandatangani pada tahun 1479. Walau bagaimanapun, penaklvkan Caffa oleh Uthmaniyah pada tahun itu menjadi masalah yang besar bagi Venice kerana ia menyebabkan Uthmaniyah menguasai Laut Hitam. Pada tahun 1489, Venice memperoleh Cyprus, yang benar-benar meningkatkan kemampuan dan kekuatan mereka untuk mengawal laluan laut.

Cyprus, 1571

Uthmaniyah yang sememangnya memiliki cita-cita tinggi menaklvk Eropah, bagaimanapun mula melihat kekuatan laut Venice sebagai satu halangan. Maka Sultan memutuskan untuk menentang Venice di saat mereka sedang terjejas akibat per4ng di Itali.

Pertempvran : 1499

Pada bulan Januari 1499, Laksamana Kemal Reis berlayar dari Istanbul bersama kekuatan sejumlah 10 buah kapal geliung dan empat kapal jenis yang lain, dan pada bulan Julai 1499 dia bertemu dengan armada besar Uthmaniyah yang dikirim kepadanya oleh Davud Pasha lalu mengambil alih perintah untuk melancarkan per4ng berskala besar terhadap Republik Venice.

Armada Uthmaniyah secara kolektif terdiri daripada 67 kapal geliung, 20 kapal galiut, dan sekitar 200 kapal yang lebih kecil. Pada bulan Ogos 1499, Kemal Reis mengalahkan armada Venice yang di bawah pimpinan Antonio Grimani pada Pertempvran Zonchio (juga dikenal sebagai Pertempvran Sapienza atau Pertempvran Lepanto Pertama). Dikatakan bahawa ukuran kekuatan armada Uthmaniyah ini mengejutkan dan menakutkan unit pemantau Venice.

Dalam pertempvran ini juga, sejarah tercipta apabila ia menjadi pertempvran angkatan laut yang pertama kali dalam sejarah menggunakan meri4m di atas kapal, ia berlangsung selama empat hari yang berbeza iaitu pada 12, 20, 22, dan 25 Ogos 1499.

Setelah tiba di Laut Ionia dengan armada Uthmaniyah yang besar, Kemal Reis bertembung dengan armada Venice yang terdiri daripada 47 kapal geliung, 17 kapal galiut dan sekitar 100 kapal yang lebih kecil di bawah perintah Antonio Grimani berhampiran Cape Zonchio dan berjaya memperolej kemenangan yang penting.

Pertempvran Zonchio

Semasa pertempvran, Kemal Reis menenggelamkan geliung Andrea Loredan, anggota keluarga Loredan yang berpengaruh di Venice. Antonio Grimani ditangkap pada 29 September tetapi akhirnya dia dibebaskan. Grimani kemudiannya menjadi Doge Venice pada tahun 1521. Sultan Bayezid II menghadiahkan 10 buah kapal geliung Venice yang dit4wan kepada Kemal Reis, lalu ia ditempatkan bersama-sama armadanya di pulau Cefalonia antara Oktober dan Disember 1499.

Pertempvran: 1500

Pada bulan Disember 1499, Venice menyer4ng Lepanto dengan harapan dapat merebut kembali wilayah mereka yang hilang di Laut Ionia. Namun Kemal Reis berlayar dari Cefalonia dan merampas semula Lepanto dari Venice. Dia berada di Lepanto antara bulan April dan Mei 1500, di mana ketika itu kapalnya sedang diperbaiki oleh seramai 15,000 tukang Uthmaniah yang dibawa dari daerah itu.

Dari sana, Kemal Reis berlayar dan memb3dil pelabuhan Venice di pulau Corfu, dan pada bulan Ogos 1500, dia sekali lagi mengalahkan armada Venice dalam Pertempvran Modon (juga dikenali sebagai Pertempvran Lepanto Kedua). Kemal Reis memb3dil kubu Modon dari laut dan berjaya men4wan kota tersebut. Dia kemudian bertempvr dengan armada Venice di luar pantai Coron dan men4wan kota itu bersama dengan kapal brigantine Venice.

Dari situ Kemal Reis berlayar menuju Pulau Sapientza dan berjaya menenggelamkan kapal geliung Venice bernama Lezza. Pada bulan September 1500, Kemal Reis menyer4ng Voiussa, dan pada bulan Oktober, dia muncul di Cape Santa Maria di Pulau Lefkada, sebelum menamatkan kempen dan berlayar kembali ke Istanbul pada bulan November.

Dengan Pertempvran Modon, armada dan tenter4 Uthmaniyah dengan pantasnya mengambil alih sebahagian besar aset dan kepentingan Venice di Yunani. Modon dan Coron, yang digelar sebagai “dua mata Republik,” turut jatuh ke tangan Uthmaniyah. Doge Agostino Barbarigo memohon bantuan Paus dan Raja Katolik, dan pada 24 Disember, tenter4 Sepanyol-Venice yang diperintah oleh Gonzalo de Córdoba men4wan Kefalonia, tindakan itu menghentikan sementara gerakan 0fensif Uthmaniyah di wilayah timur Venice.

Pertempvran Modon

Tahun-tahun Kemudian

Ser4ngan pasukan berkuda Uthmaniyah tiba ke wilayah Venice di utara Itali, dan pada tahun 1503, Venice sekali lagi terpaksa menuntut perdamaian dan mengakui akan kedaulatan Uthmaniyah. Beberapa wilayah, serta harta dan aset yang disita semasa per4ng, dikembalikan kepada Venice tetapi hubungan dagang diteruskan.

Semasa Venice berper4ng dengan Uthmaniyah, saingan dagangannya, Florence, mendapat banyak manfaat, Florence gembira menyaksikan dua kerajaan itu berk0nflik, kerana per4ng, Sultan Uthmaniyah memberi lebih banyak keistimewaan terhadap mereka berbanding sebelumnya. Venice kemudian memperoleh kembali keistimewaan perdagangannya mengatasi Florence, walaupun pada abad ketujuh belas Perancis dan England menjadi rakan dagang yang lebih digemari oleh Uthmaniyah menggantikan kedua-dua negeri Itali itu.

Meski pun begitu, pada tahun-tahun setelah tamatnya per4ng, hubungan diplomasi antara Venice dan Uthmaniyah terus berkembang, melahirkan duta, penjamin dan utusan yang berkemahiran dan berfungsi sebagai penghubung antara negara Uthmaniyah dan Venice.

Apa yang digambarkan oleh sejarawan melalui frasa “pertindihan sosial yang tak dapat dielakkan telah menghasilkan banyak perubahan pada budaya Venice” adalah bermaksud bahawa dalam beberapa aspek, Venice telah menjadi jambatan yang menghubungkan dua sfera tamadun itu.

Legasi

Sejarah yang kompleks tentang hubungan Turki-Venice menyaksikan tempoh perdamaian yang berlanjutan, termasuklah pada beberapa era di tahun 1481-97, 1503-37, 1540-70 dengan Venice menikmati hak komersial yang luas di bawah pemerintahan Uthmaniyah. Kewujudan bersama dua negara itu adakalanya tidaklah berjalan dengan begitu baik. Namun, boleh dikatakan mereka lebih suka menyelesaikan k0nflik secara damai.

Pemandangan kota Venice

Venice dan Uthmaniyah bertempvr dalam beberapa pertempvran yang g4nas. Venice juga sudah lama menjalin hubungan yang baik dengan Kesultanan Mamluk di Mesir. Dari tahun 1250 hingga 1517, ketika Uthmaniyah sedang memer4ngi Mamluk dan menaklvk Mesir, Venice mengawasi pesisir pantai bagi pihak Sultan Mamluk dan melindungi kapal mereka dari ancaman lanun.

K0nfrontasi Venice-Uthmaniyah disebabkan oleh rancangan peluasan kuasa Uthmaniyah, sebahagian daripada pencer0bohan Uthmaniyah terhadap Eropah dan di sisi lain wujudnya keinginan Venice untuk meraih kuasa mengawal laluan laut. Namun, untuk meromantiskan kisah Turki-Venice dari segi hubungan dan k0nflik mereka seolah-olah ianya satu permvsuhan dan k0nflik yang sentiasa berterusan adalah tersasar dari realiti yang sebenar.

Benar, jika kita lihat pada semua peper4ngan yang berlaku di antara pelbagai kuasa Muslim dan Eropah (dikenali sebagai kuasa Kristian pada masa itu), satu penulisan sejarah permvsuhan yang lebih mendalam boleh tercipta. Bahkan ada yang berpendapat bahawa pertembungan ketamadunan, terutamanya di antara Kristian-Muslim tidak dapat dielakkan, kerana perbezaan yang ketara antara kedua perabadan ini tidak memungkinkan akan wujud istilah keberadaan bersama dan jalinan kerjasama.

Pada satu sisi, banyak pertumpahan d4rah dan k0nflik telah berlaku. Pada sisi yang lain pula, k0nflik tidak sentiasa menjadi karakter hubungan;  pada hakikatnya, k0nflik telah diselang seli dengan satu istilah menurut bahasa Sepanyol sebagai convivencia, era keberadaan bersama dan dan pergaulan.

Dalam dunia yang semakin saling bergantung antara satu sama lain tetapi dicemari dengan budaya pluralisme hari ini, adalah perlu untuk kita seimbangkan kisah pertempvran dan per4ng yang melibatkan Kristian-Muslim, termasuk yang berlaku di antara Venice dan Uthmaniyah, di samping episod ketika hubungan perdagangan berkembang antara keduanya dan perdamaian dicapai untuk jangka masa yang panjang.

Jika gagal diseimbangkan, kita akan sentiasa meromantiskan sejarah yang menunjukkan Islam tidak pernah bertoleransi dengan kaum lain, dan kita akan gagal memahami bahawasanya walau Islam bertoleransi sekali pun, pemerintah Islam zaman dahulu tidak akan sewenang-wenangnya menunaikan apa-apa tuntutan secara sembarangan tanpa mempertimbangkan sebarang kesan yang bakal diterima Islam kelak.

Hari ini Islam tidak lagi sekuat dahulu, jika kita gagal memahami konteks sejarah pemerintahan Islam yang menyeluruh, akhirnya kita hanya akan mampu meromantiskan kejayaan silam tanpa berusaha mengembalikan kejayaan tersebut.

RUJUKAN:

İnalcık, Halil, and Donald Quataert. 1997. An Economic and Social History of the Ottoman Empire. Cambridge, UK: Cambridge University Press.

Lane, Frederic Chapin. 1973. Venice, a Maritime Republic. Baltimore, MD: Johns Hopkins University Press.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.