Uthmaniyah Menyelamatkan Jack Sparrow

8,541

Siapa yang tak pernah menonton Pirates of Carribean? Rata rata dari kita mungkin pernah menonton filem Amerika yang berlatar belakangkan kehidupan l4nun di perairan Carribean.

Ditambah pula dengan watak Kapten Jack Sparrow yang sentiasa kecoh dan bersahaja, malah gaya Jack Sparrow boleh didapati di sesetengah kedai gunting atau salon.

Tapi tahukah kita bahawa Jack Sparrow ini wujud dalam lipatan sejarah yang tersembunyi? Sosok watak ini muncul ketika kurun ke-16 hingga ke-17 di mana kerajaan Turki Uthmaniyah mencapai puncaknya.

Mari kita berkenalan secara ringkas dengan watak ini:

1. Nama asalnya adalah Jack Ward yang berasal dari Faversham, Kent di England. Dia dilahirkan pada tahun 1553.

2. Jack Ward telah bekerja sebagai nelayan kampung dan mula berjinak jinak dengan dunia l4nun kerana Faversham ketika itu adalah lubuk para l4nun.

3. Jadi dia memilih untuk berlayar dan tinggalkan kampung halaman untuk menjadi pelayar dan kerana minatnya dalam dunia pelayaran.

4. Tak lama kemudian, dia mendapat pekerjaan yang tetap sebagai jurumudi berlesen bagi Ratu England ketika itu

5. Jack Ward kemudian mengambil keputusan untuk pulang semula ke kampung halamannya di Faversham atas sebab desakan tugas yang diberikan oleh Raja ketika itu.

6. Disebabkan ini, dia mengambil keputusan untuk tinggalkan kerja bersama Raja dan mengambil jalan belakang dengan menyertai rakan rakannya untuk jadi l4nun.

7. Namanya meningkat naik disebabkan oleh kepakaran dalam bidang nautika (lautan). Dia dikenali sebagai Jack Birdy. Ketika ini ramai l4nun yang sudah mula gerun mendengar namanya.

8. Para pedagang sangat takut dengan Jack Birdy kerana Jack Birdy hanya akan mer0mpak pedagang yang dikira pada waktu itu penuh harta tapi tiada jiwa. Boleh dikatakan Jack Birdy adalah l4nun yang berprinsip.

9. Jack Birdy mula mengadakan rancangan untuk menggunakan pusat perairan di Tunisia yang dimiliki oleh Turki Uthmaniyah ketika itu.

10. Pelabuhan di Tunisia digunakan untuk lebih mudah menangkap kapal dagang mewah yang berdagang ke England dan kawasan sekitar perairan laut Mediterranean.

11. Selepas dari misi ini, Jack Ward mohon maaf pada Raja James I tetapi tidak diperkenankan. Disebabkan inilah dia pulang kembali ke Tunisia dengan rasa hampa.

Terbaru: Fiksyen Mahakarya

12. Gabenor Algeria di bawah Turki Uthmaniyah telah menawarkan perlindungan kepada Kapten Jack Birdy di Tunisia.

13. Jack Birdy telah memeluk Islam bersama kesemua anak kapalnya dan dia dikenali sebagai Yusuf Reis.

14. Tugas utamanya adalah untuk menyelamatkan Islam dan Yahudi yang telah dihalau secara paksa dari Andalusia

15. Disebabkan Jack obses dengan burung ketika di Tunisia, orang sana memanggil dia dengan nama Jack ‘Asfur’ yang bermakna ‘Sparrow’ dalam bahasa Arab

16. Pada 1612, seorang pengarah teater iaitu Robert Daborne telah membuat suatu teater bertajuk Christian Turn’d Turk yang dikatakan kisah Jack Sparrow memeluk Islam.

Jadi ini sedikit sebanyak kisah berkenaan panglima laut Turki Uthamaniyah yang bernama Kapten Jack Ashfur ataupon Jack Sparrow.

Jadi lepas ni setiap kali tengok Pirates of Carribean, ingatlah Kapten Yusuf Sparrow.

Wallahu a’lam.

HAIKAL ZULKEFLI
Yang masih mengkaji sejarah dunia

RUJUKAN:

1 How the Ottoman Caliphate saved Jack Sparrow?
.https://www.youtube.com/watch?v=mFmvshDxPuw

2.https://www.worldbulletin.net/personage/jack-sparrow-a-portrait-of-english-muslim-captain-h119858.html

3.Halil Inalcik, (1993), The Ottoman Empire, Cambridge University Press.

4. Douglas A. Howard, (2017), A History of Ottoman Empire, Cambridge University Press.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.