Usaha & Provokasi Menggagalkan Kempen #BMBF

5,664

1. Kempen ini dikatakan bahawa ia “kempen boikot produk non-Muslim”, walaupun berkali-kali ditegaskan bahawa tiada kempen boikot. Yang ada ialah “kempen menyokong produk Muslim”, bukan kempen boikot.

2. Akan ada beberapa pihak yang akan mengulang-ulang perkataan “boikot” untuk memberikan persepsi buruk terhadap usaha ini.

3. Sindiran “lebih baik boikot rokok”, “boikot bank konvensional lebih baik” akan digunakan untuk twist dari isu sebenar. Untuk makluman, kedua-dua rokok dan perbankan konvensional, bukan setakat kena boikot malah haram sama sekali. Fatwa sudah keluar sejak puluhan tahun tentang haram rokok & perbankan konvensional.

4. “Surau, masjid kosong. Boikot juga ke?” Ini satu lagi sindiran untuk melemahkan semangat orang kita kempen sokong produk keluaran orang kita. Kalau surau dan masjid kosong, kempenlah supaya imarahkan. Bukan jadi bahan sindiran kempen sokong produk Muslim.

5. “Eh, kenapa pakai perkataan Inggeris “buy Muslim first”?”. Bro, apa masalahnya pakai perkataan Inggeris? Kita bukan kempen gunakan bahasa kebangsaan.

6. Akan muncul scammer-scammer yang akan mengambil kesempatan untuk mempromosi scam mereka menggunakan sentimen yang sama. AWAS. BERHATI-HATI.

7. “Hangat-hangat tahi ayam je ni”. Takpalah, yang penting kita usahakan. Berjaya, dapat pahala sebab membantu Muslim lain. Gagal, kita cuba lagi. Dapat pahala berusaha.

8. Hati-hati dengan oppurtunis. Selain scammer, tak mustahil segelintir peniaga yang ambil kesempatan keluarkan produk tak berkualiti atau meninggikan harga.

9. Berhati-hati juga dengan politikus yang cuba mengambil sokongan untuk meraih sokongan sama ada menyokong, atau mengkritik usaha ini. Biar kempen ini berjalan secara organik, tanpa campur tangan politikus berlagak suci.

10. Akan ada juga penyokong-penyokong kempen ini yang bertindak provokasi menghina, mencela, menghina malah tak mustahil mengkafirkan pihak yang tidak seiring. Hati-hati, kawan. Jangan sampai termakan provokasi. Ia mungkin datang dari musuh, atau mungkin juga dari orang kita yang lebih semangat tapi kurang ilmu. Bimbing mereka. Jika ia dibiarkan, usaha ini sukar berjaya.

11. “Kempen ini akan menyebabkan orang Islam yg bekerja di syarikat orang bukan Islam”. Tak jadi isu pun. Apabila syarikat orang Islam semakin maju, ia akan membuka peluang pekerjaan baru kepada ummah.

12. Kenapa ada yang sakit hati dengan kempen sokong produk Muslim?

Afyan merupakan seorang perancang kewangan berlesen (IFP) dan sering berkongsi tentang pengurusan kewangan di laman sosial dan blog beliau.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.