Sepanjang empat tahun berada dibawah pentadbiran Donald J. Trump, kerajaan Amerika Syarikat mengamalkan prinsip diplomasi “America First”.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Maksudnya, dalam semua aspek, Amerika Syarikat menggunakan pendekatan menyendiri. Sementara dunia bergerak untuk membebaskan perdagangan, Trump mengembalikan kadar tariff bagi sesetengah barangan atas usaha untuk mengurangkan defisit perdagangan.

Jadi pembangkang Trump (senang kata, Joe Biden) dari dulu menye.lar kaedah ini. Pertama sekali, Trump menambahkan lagi defisit perdagangan kerana negara-negara lain pun mengenakan kadar tariff terhadap Amerika Syarikat (Palmer, 2021).

Memahami konsep tariff. AS$2 pergi kepada kerajaan Negara A. Tetapi Negara B boleh kenakan tariff sama pada barangan lain daripada Negara A.

Kedua, Trump mengeluarkan Amerika Syarikat daripada beberapa pentas dunia.

Jadi Biden menggilap imej dirinya sebagai pengamal perdagangan bebas dan penggiat globalisme. Kalau dulu, beliau senang cakap.

Tetapi sekarang sebagai Presiden Amerika Syarikat, beliau perlu membuktikan kata-katanya. Sejak vaksin COVID-19 diluluskan, beliau berdepan dengan tek.anan dalam kalangan akar umbi parti sendiri. Ramai rata-ratanya menggesa supaya beliau bantu membebaskan dunia daripada benc.ana COVID-19.

Mungkin ada yang tertanya-tanya: kenapa Amerika Syarikat perlu mengamalkan globalisme? Kenapa rakyat Amerika Syarikat berkobar-kobar sangat dengan “penduniaan”. Jawapannya senang saja.

Kerana Amerika Syarikat adalah sebuah negara imigran (a nation of immigrants). Amerika Syarikat tiada agama, bahasa dan bangsa rasmi. Semua warga adalah sama di sisi perlembagaan.

Gambaran mudah.

Walaupun menjadi warganegara, ramai akan menyimpan sedikit sebanyak sentimen pada negara asal. Inilah sebab kenapa Woodrow Wilson enggan menyertai Per.ang Dunia Pertama pada mulanya.

Ramai pada masa itu adalah pendatang Jerman. Apabila golongan ini menganggap Wilhelm II sebagai punca masalah, barulah beliau bebas bertindak.

Kecenderungan Globalisme Pada Amerika Syarikat

Sepanjang pentadbiran George W. Bush, globalisme menerima persepsi negatif kerana dua peper.angan di Dunia Islam. Barack Obama berjaya mengurangkan penglibatan Amerika Syarikat dalam kedua-dua zon panas ini. Dan pentadbiran Donald Trump mengurangkan lagi bilangan anggota ten.tera di Afghanistan dan Iraq.

Ini bermakna, Amerika Syarikat sendiri malas berper.ang… mungkin satu perkara positif untuk Joe Biden. Sejak mengangkat sumpah, beliau meluluskan banyak rang undang-undang anti-pan.demik seperti pelan pemulihan ekonomi dan pengurusan vaksinasi.

Beliau berjaya dalam dua perkara ini. Kadar penularan COVID-19 sudah turun mendadak sejak program imunisasi dijayakan.

Ekonomi pun sudah dibuka. Jadi pada bulan Jun, beliau berlepas ke luar negara buat julung kalinya sebagai Presiden Amerika Syarikat. Destinasi beliau adalah Eropah, dimana imej Amerika Syarikat teruk dicem.uh dulu.

Di sini mesej beliau senang saja: “America is back.” (Kumar, 2021).

Untuk membuktikan “America is back” sebagai “world leader”, pentadbiran Biden bersetuju untuk memborong 500 juta dos vaksin Comirnaty daripada Pfizer/BioNTech dan menderma pada 100 buah negara sebelum 2022 tamat.

Dan pihak Pfizer pula bersetuju untuk jual dengan harga “not-for-profit” (LaFraniere, Stolberg, & Weiland, 2021).

Negara Mana Akan Terima

100 buah negara memang banyak. Persoalannya, adakah Malaysia salah satu? Jujur cakap, Malaysia tidak perlu menerima bekalan ini pun. Kerana ekonomi Malaysia cukup ampuh untuk menampung dengan perbelanjaan sendiri.

Tambah pula kemahiran diplomasi kerajaan mampu berunding untuk harga terbaik.

Pentadbiran Joe Biden akan bekerjasama dengan inisiatif COVID-19 Vaccines Gobal Access (COVAX) untuk mencapai “pengagihan yang adil”. Kerana banyak negara terutamanya berpendapatan rendah masih ketinggalan dalam giliran penerimaan vaksin.

Ada yang kena tunggu sampai 2025 untuk dapat vaksin (Keck, 2021). Negara-negara ini sudah menjadi sasaran COVAX (sekali gus sasaran Biden).

Ada satu punca kenapa negara-negara miskin perlu didahulukan. Rakyat di sini tidak mampu untuk mengamalkan sistem bekerja daripada rumah.

Malaysia bernasib baik kerana ada kuasa digital walaupun banyak aspek perlu diperbaiki. Namun kuasa digital Malaysia hanya tertumpu pada kawasan bandar raya, yang mana ceruk terpencil perlu berhempas-pulas dengan Internet perlahan.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Bayangkan jika bandar raya pun ada Internet perlahan. Itulah nasib negara-negara miskin dan bergolak, yang tiada akses langsung untuk saringan COVID-19… apatah lagi vaksinasi.

Buat masa sekarang, Biden-COVAX telah mengisytihar yang “countries in need” akan terima bekalan vaksin ini. Cuma negara mana belum diumumkan lagi.

RUJUKAN:

Keck, M. (2021, Januari 22). Pacific Countries Like Fiji Could Wait Until 2025 For Widespread COVID-19 Vaccines, Experts Warn. Global Citizens.

Kumar, A. (2021, Jun 9). Biden’s message as he lands in Europe: America’s back. Politico.

LaFraniere, S., Stolberg, S., & Weiland, N. (2021, Jun 9). Biden to send 500 million doses of Pfizer vaccine to 100 countries over a year. The New York Times.

Palmer, D. (2021, Mei 2). America’s trade gap soared under Trump, final figures show. Politico.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.