US: Monarki Perlembagaan Bertopengkan Republik?

0
699
views

Den dengar kat Twitterjaya sekarang orang hangat berdebat tentang status den semalam.

Ramai mengalami “intellectual shock” apabila den mendakwa US itu ialah sebuah monarki berperlembagaan bertopengkan republik, atau guna formula Montesquieu, “a monarchy disguised as a republic”.

Reaksi kejutan ini expected. Kat Malaysia ni yang tahu tentang wujudnya subjek Sains Politik mungkin tak lebih 1,000 orang. Yang pernah baca “The Federalist Papers” dan pernah membaca syarahan Thomas Pangle (anak murid Leo Strauss) tentang perlembagaan US mungkin tak capai 10 orang. Jadi, bagaimana nak expect pengguna Twitter (yang kebanyakan hanyalah tin kosong) untuk memahami mesej den?

Nak faham kenegaraan US ni, kena back to basics, kaji dokumen-dokumen asal yang menjadi asas (foundation) Perlembagaan US tahun 1789. Antaranya yang paling penting ialah “The Federalist Papers” karangan Alexander Hamilton, James Madison dan John Jay, dan juga “A Defense of the Constitution of the United States” oleh John Adams.

Kenapa kita kena kaji tulisan golongan “Federalist” ini? Kerana Federalist inilah yang menguasai kerajaan dan “set the tone” kerajaan US untuk 10 tahun yang pertama, sebelum kemenangan puak “Anti-Federalist” pimpinan Thomas Jefferson pada tahun 1801.

Kembali kepada The Federalist Papers. Apabila bapa-bapa kemerdekaan (Founding Fathers) US menggubal perlembagaan, mereka cari “best practices” di seluruh dunia untuk dijadikan sebagai model kerajaan baru. Waktu tu majoriti negara di dunia ini kebanyakan ialah “absolute monarchy” (raja berkuasa penuh), precedent kepada sistem republik hanyalah Belanda.

Tapi Republik Belanda punya jangka hayat agak singkat. Terbentuk pada tahun 1581, Belanda mengalami krisis politik dalaman dalam masa tak sampai 100 tahun, dan krisis itu menyebabkan negara hampir musnah dengan serangan Perancis pada tahun 1672. Jadi apabila Hamilton dan geng mengkaji sejarah ini, mereka menaakul bahawa kegagalan Belanda berpunca daripada ketiadaan seorang “strong executive” yang se-strong raja dalam negara monarki.

Maka dalam Bab 69 The Federalist Papers (“The Real Character of the Executive”), Hamilton meninggalkan komen ini: “the authority of the President would be nominally the same with that king of the Great Britain”. Bidang kuasa Presiden US, dari kuasa mengampun, menjadi “Commander-in-Chief” kepada tentera hingga ke menjadi “sole and absolute representative of the nation in all foreign transactions”, semua diambil daripada model monarki Britain. Jadi dari segi fungsi, Presiden ni macam Agong, cuma ia lebih powerful dan tidak boleh diwarisi.

Hamilton mahu kerajaan yang efektif, sementara Jefferson mahu kerajaan yang lebih decentralized. Hamilton pernah mencadangkan Washington untuk menjadi presiden seumur hidup, cuma cadangan ditolak oleh Washington. Washington memilih untuk memegang dua penggal sebagai presiden sahaja (8 tahun) dan tauladan itu diikuti oleh semua presiden selepasnya. Orang US bertuah kerana mereka dikurniakan seorang negarawan yang tidak tamakkan kuasa.

Mungkin masih ada yang tak puas hati dan menekankan aspek “checks and balances” dan “separation of powers” dalam Perlembagaan US. Tu sebab saya kata, kena baca betul-betul sejarah idea ini. “Checks and balances”, “separation of powers” dan “constitutional monarchy” semuanya datang daripada otak yang sama iaitu Montesquieu, idola bapa-bapa kemerdekaan US. Intipati pemikiran Montesquieu adalah sama dengan Polybius, iaitu mewujudkan sebuah sistem campuran yang tidak 100% monarki, tidak 100% republik, tidak 100% demokrasi demi kestabilan.

Cuma golongan acah liberal yang merajai Twitter tak faham, mereka ingat itu semua perkara yang berbeza, jadi menimbulkan polemik “hapus monarki” atau “republik lebih baik” yang unnecessary dan buang masa. Sedangkan dalam idea Montesquieu, monarki berperlembagaan itu ialah satu sistem “separation of powers” dan “checks and balances” yang¬†terbaik. Tanpa model monarki berperlembagaan, tak mungkin wujud sistem presiden di US yang kemudian disebar kepada negara-negara lain.

Inilah sains politik yang fokus kepada mencari solusi kepada masalah politik yang nyata. Bukan perbincangan hipster tentang -ism ini -ism itu yang hanya terapung di awan utopia.