Kebanyakan, kalau tidak majoriti anggota Tentera Darat pasti pernah dengar pasal hantu hilang kepala yang digelar ‘kapten john’ ni. Banyak sangat sumber cerita pasal kawan sorang ni, dari pelbagai kem dan pusat latihan. Tapi yang pernah didengar sendiri dari orang lama, ada dua.

PUSASDA, Port Dickson.

Dikisahkan Kapten John adalah pegawai British yang bertugas di kem Port Dickson (kini Depot Askar Melayu), tempat pengambilan dan latihan rekrut tentera darat sebelum P3rang Dunia ke-2.

Pada satu hari ketika Jepun sampai menjar4h dan menjaj4h, antara yang jadi tahanan p3rang adalah Kapten John ni, ditambah lagi kebetulan masa tu dia bertugas sebagai Duty Officer. Masa Jepun nak jatuhkan hukuman kepada semua P0W, dia ada permintaan terakhir iaitu nak makan telur rebus. Algojo Jepun tu pun bagilah dia telur tu.

Belum sempat dia nak makan, zass! Kepala dia kena p4ncung dengan Katana. Maka kempunanlah dia nak makan telur rebus sebelum m4ti.

Maka dari situ muncul urban legend yang menjadi amaran kepada rekrut-rekrut PUSASDA, jangan bawak balik telur rebus dari rumah masak, nanti kapten John datang berek cari. ????

STPM, Kem Paradise Kota Belud.

Kisah kedua ni diceritakan dalam kalangan pegawai pulak. Zaman 1970-an dulu, lepas pegawai muda ditauliahkan dari RMC Sungai Besi, kesemua akan dihantar ke Kem Paradise Kota Belud untuk menjalani kursus pegawai muda.

Memang teruk kena lanyak dengan jurulatih di situ, ditambah lagi dengan cerita yang satu ni. Kapten john dikatakan ialah seorang pegawai yang pernah berkhidmat di situ, dan satu hari ketika dia bertugas (DO jugak), datang perempuan yang sarat mengandung ke kem, mohon dibantu dibawa ke hospital sebab dah nak bersalin.

Dalam perjalanan ke hospital, ditakdirkan perempuan tu m4ti dalam kereta yang dipandu kapten john. Masa Kapten John bawak balik perempuan tu ke kem, suami perempuan tu dah tunggu, dan bila dapat tahu je isteri dia m4ti, dip3nggalnya kepala kawan tu.

Maka diingatkanlah kepada pegawai-pegawai yang kerja kat situ, kalau bertugas sebagai DO, jangan terkejut kalau Kapten John takde kepala tolong tutupkan lampu koridor.

KD Hang Tuah

Yang ni baru dengar dari brader Navy, kisah hantu takde kepala jugak. Kebetulan, kapal ni pun kapal latihan.

Origin ceritanya tak diketahui, tapi tetap kisah yang sama, diganggu hantu takde kepala ketika tengah bertugas (duty). Penampakannya jelas kelihatan berjalan sekitar dek dan bilik penginapan.

Tuan puan ada kisah yang lain berkenaan Kapten John ni? Bolehlah kongsi. Nanti saya tambah dalam hantaran ni. ????‍????


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

"Jack of all trades; master of none - but better than master of one." Anggota TDM yang masih mencari irama dalam lirik yang ingin dimelodikan di dalam bentuk tulisan keamanan. Ilmu itu pengaman, dan mengamankan.

Comments are closed.