https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Untuk Dapatkan Kuasa Adiwira, Lelaki Ini Terlantar di Hospital

1,110

Tiga orang budak-budak lelaki dari Bolivia membiarkan labah-labah black widow menyengat mereka dengan harapan untuk mendapatkan kuasa seperti Spider-Man. Tetapi akhirnya mereka terlantar di hospital.

Mereka merupakan adik-beradik yang masing-masing berumur 12, 10 dan 8 tahun. Ketika mengembala kambing di Chayanta, mereka menemui labah-labah. Mereka mengusik labah-labah tersebut dengan ranting kayu sehinggalah labah-labah itu menggigit mereka.

Mereka percaya gigitan itu memberikan mereka adi-kuasa (superpower). Ibu mereka menemui mereka dalam keadaan menangis. Kemudian, mereka dihantar ke hospital berdekatan.

Mereka mula mendapat demam, pening dan sakit otot. Selepas seminggu dirawat, mereka dapat pulang ke rumah. Black Widow merupakan labah-labah yang paling ditakuti dan paling berbisan di Amerika Utara. Biasanya 15 kali lebih berkausa daripada ular orok-orok (rattlesnake). Black widow hanya menggigit untuk mempertahankan diri.

RUJUKAN:

  1. Boys End Up in Hospital After Trying to Gain Superpowers From a Black Widow Bite. https://www.sciencealert.com/young-boys-provoked-a-back-widow-spider-into-biting-them-hoping-to-gain-superpowers
Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.