Mungkin ada yang rasa keliru dengan dialog ni.

“The Tower of Babel will collapse”? Huh? Bangunan Babel Group tu dah siap ke?

Sebenarnya Babel Tower dalam drama ni ada double meaning. Ia adalah alegori kepada kisah “Tower of Babel” dalam Bible.

Dalam Buku Kejadian (Book of Genesis), diriwayatkan bahawa selepas zaman Noah (Nabi Nuh a.s.) dan sebelum Abraham (Nabi Ibrahim a.s.), penduduk di Shinar (Mesopotamia / Iraq) pernah cuba membina sebuah menara pencakar langit.

Perancangan itu gagal selepas Tuhan mengubah bahasa yang ditutur oleh pembina menara. Akibatnya, diorang tak dapat nak memahami satu sama lain, jadi keliru (‘babel’), tak dapat teruskan projek. Maka menara terbengkalai tu dikenali sebagai Menara Babel.

Ada yang berpendapat “Babel” ni adalah asal-usul nama kota Babylon, yang sering menjadi simbol ingkar terhadap Tuhan dalam Bible.

Babil yang disebut dalam Surah al-Baqarah juga dipercayai merujuk kepada Babel/Babylon.

Sesetengah tulisan juga mengaitkan pembinaan Menara Babel dengan Raja Nimrod, pemerintah Shinar yang turut disebut dalam Buku Kejadian.

Nimrod disifatkan seorang yang bersifat takabbur dan angkuh terhadap Tuhan, jadi pembinaan Menara Babel adalah untuk mencabar kuasa Tuhan.

Kisah Nimrod dan Menara Babel ni tak ada dalam Quran. Cuma dalam Tafsir Ibn Kathir, raja yang cuba membakar Nabi Ibrahim a.s. disamakan dengan Nimrod (Namrud).

Penggunaan simbol Babel dalam Vincenzo ni bukan nak sebar ajaran Kristian, tapi sebagai alegori kepada sikap takabbur (hubris) yang ada pada Jang Han-seok.

Jang bukan sebarang kapitalis tamak, tapi bercita-cita kawal seluruh sistem di Korea, malah menyamakan diri dengan Tuhan.

Hubris ni adalah trait utama psikopat. Diorang ingat diri special, hebat, tak akan kena tangkap. Sebab tu tak serik-serik dengan jenayah sendiri.

Tokoh-tokoh egomaniac dalam sejarah (seperti Napoleon dan Hitler) semua ada ciri-ciri hubris ni.

Seperti kejatuhan Menara Babel dalam Bible yang berpunca daripada kekeliruan bahasa (sehingga pembina menara tidak lagi bersatu hati), dalam episod terkini, Babel juga mula bergaduh secara terbuka.

Babel kuat apabila bersatu macam episod-episod awal. Bila diorang dah sangsi sesama sendiri, maka tak lama diorang boleh bertahan.

Kejatuhan Babel itu pasti, cuma soal bila dan bagaimana tu yang buat penonton curious.

Sekali lagi, terpaksa kagum dengan penulis skrip Vincenzo.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.