Legenda ada menyatakan, kucing mempunyai 9 nyawa. Kucing merupakan haiwan yang disayangi oleh segenap manusia. Telatah nakal si kucing terutama si Oyen membuatkan manusia melupakan seketika masalah mereka. Namun, kali ini bukan si Oyen yang hendak penulis kongsikan.

Ketika p3r4ng Dunia Kedua meletus, kucing merupakan antara haiwan domestik yang selalu berada di samping ten-tera. Kucing juga sering dibela di kapal p3r4ng untuk membvnvh tikus-tikus di atas kapal. Ada seekor kucing ni digelar “Unsinkable Sam” atau pun Sam Yang Takkan Tenggelam.

Seperti mana kucing-kucing yang lain, kucing  ini mulanya hanya sekadar kucing biasa. Sam mula berkhidmat sebagai kucing kapal di kapal kebanggaan Jerman, Bismarck pada 1941. Pada ketika itu, kucing ini tidak bernama dan dipanggil Oscar. fizikal badan Oscar bewarna hitam dan putih dan sedikit gebu. 

Ketika perjalanan pertama dan terakhir Bismarck, Bismarck telah dis3r4ng oleh ten tera British dan tenggelam. Hanya 115 kelasi sahaja yang terselamat dari 2200 anak kapal. Oscar kemudian dijumpai berpaut di atas kayu dan diselamatkan oleh kru HMS Cossack.

Bismarck yang dis3r4ng

Oscar kemudian dijadikan kucing kapal tersebut. M4l4ngnya beberapa bulan kemudian, HMS Cossack juga telah dit0rp3d0 oleh kapal selam Jerman ketika dalam perjalanan ke United Kingdom dari Gibraltar sehingga menyebabkan kapal ini rosak teruk.

HMS Cossack kemudian ditunda oleh HMS Legion. Semasa HMS Cossack ditunda, cuaca di sana menjadi teruk dan menyebabkan HMS Cossack juga tenggelam dan Oscar berjaya diselamatkan oleh HMS Legion.

HMS Legion

Apabila kru HMS Legion mendapat tahu mengenai kisah Oscar yang terselamat dari dua tragedi tenggelamnya kapal, Oscar diberi nama jolokan The Unsinkable Sam. Oscar kemudian dipindahkan ke kapal pembawa pesawat HMS Ark Royal yang kebetulan memang sedang mencari kucing untuk menghalau tikus.

Walaubagaimanapun, semasa dalam perjalanan ke Malta, HMS Ark Royal juga telah dit0rp3d0 oleh kapal selam Jerman. Mujur HMS Ark Royal mengambil masa yang lama untuk tenggelam dan seluruh kru dan Oscar berjaya diselamatkan oleh HMS Legion.

HMS Ark Royal

Oscar dijumpai berpaut di kepingan kayu sebelum diselamatkan oleh kru HMS Legion. Semasa ditemui, tiada kec3d3r44n pada mana-mana tubuh Oscar, tetapi Oscar kelihatan agak tertekan dan marah. Mana taknya, dalam lebih kurang setahun, Oscar berjaya terselamat dari 3 tragedi kapal!

Oscar kemudian akhirnya pulang ke darat setelah mengalami detik-detik yang mendebarkan dan berkhidmat di pejabat Gabenor Gibralta. Oscar kemudian dibawa ke United Kingdom dan tinggal di kuartes kelasi di Belfast, Ireland Utara. Oscar akhirnya dapat hidup dalam keadaan tenang sehinggalah kem4t1annya pada 1955.

Lukisan Oscar yang kini terpampang di sebuah muzium di Greenwich, England.

RUJUKAN:

Meet Unsinkable Sam: The Cat that Survived Three Ships Sinking in WWII. (2019, July 17). Retrieved December 11, 2020, from https://www.zmescience.com/other/feature-post/unsinkable-sam-cat-wwII/

Ishak, N. (2020, November 13). Unsinkable Sam: The Unbelievable Story Of The Cat Who Cheated D34th Three Times In WWII. Retrieved December 11, 2020, from https://allthatsinteresting.com/unsinkable-sam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.