Kalau dengar Black market je mesti kita akan terus teringat dekat benda seperti penjualan dadah, pelacuran dan perdagangan manusia. Cuma dalam bidang ekonomi, definisi black market ni lebih luas dan tidak la terlalu cerita aksi. Semua aktiviti-aktiviti ekonomi yang tidak mempunyai lesen atau tidak direkod kerajaan tergolong dalam black market atau juga dipanggil underground economy.

Sebenarnya ramai yang terlibat dalam black market ini. Mereka bukannya menyorok di bawah tanah atau menjalankan aktiviti di Lorong-lorong gelap. Majoriti mereka ada di depan mata kita. Malahan anda yang membaca juga mungkin salah seorang darinya. Antara contoh aktiviti black market adalah:

  • Jaga anak orang dekat rumah
  • Jual nasi lemak RM 1 depan rumah
  • Jadi personal shopper untuk beg tangan
  • Tolong abah potong rumput depan rumah

Bila persoalan sebenarnya adalah adakah anda mendaftar SSM dan membayar cukai?

Mereka yang bekerja dalam black market ni bukannya sesaja nak buat macam ni. Kebanyakan mereka adalah wanita, pendatang asing atau orang yang tidak mempunyai akses kepada pekerjaan yang lebih baik. Tak kan benda macam ni pun kira tak elok jugak? Mereka cuma mencari sesuap nasi untuk memberi makan kepada keluarga (atau dalam kes akhir, upahnya nanti nak buat dating dengan girlfriend kat mcdonalds). Kesannya bukan sahaja pada anda dan girlfriend anda yang hanya berminat dengan anda untuk dapat makan nasi McD secara percuma, kesannya adalah pada negara. Jumlah kegiatan ekonomi tak direkod ni dijangka sehingga trillion di seluruh dunia.

Bukan jumlah hutang negara

Underground ekonomi ni lebih aktif dekat negara sedang membangun daripada negara membangun (Hint: Malay**a). Berdasarkan kajian underground economy di Malaysia adalah 47% daripada jumlah GDP tahunan negara. Kajian juga menunjukkan hampir 1/3 economic output negara terhasil dari underground ekonomi.

Untuk memberi gambaran lebih besar, 55% restoran, 30% kedai runcit, 20% cybercafé dan 15% workshop di Malaysia beroperasi tanpa sebarang lesen perniagaan. Apabila berlakunya perkara ini, kerajaan gagal melakukan penguatkuasaan undang-undang dan mengutip cukai. Bila peniaga gagal membayar cukai, sumber pendapatan kerajaan jatuh. Jadi kerajaan Cuma ada dua acara, mengurangkan perbelanjaan dekat operasi dan infrastructure atau meningkatkan tax. Ini menyebabkan keadaan bertambah teruk untuk mereka yang terlibat dalam kegiatan black market itu sendiri.

Penyebab kejatuhan satu empayar

Kegiatan underground economy ni sebenarnya menindas pekerja itu sendiri. Mereka yang bekerja dalam underground economy ni selalunya berada dalam kondisi pekerjaan yang sukar.  Mereka tidak mendapat fair working condition, tiada insurance, tak perlu di bayar overtime dan tidak dapat cuti tahunan. Ini kerana tanpa penguatkuasaan dari kerajaan, tiada KPI atau regulation yang perlu diikuti oleh mereka yang terlibat dalam underground economy ini. 

Malahan underground economy juga menyebabkan berlakunya kekeliruan dalam kerajaan membuat polisi negara. Bila kerajaan tak ada rekod, Kerajaan tak boleh dapat statistik yang betul berkaitan unemployment dan income rakyat. Jadi kerajaan akan bertindak tidak mengikut keadaan sebenar dalam membuat perancangan masa depan negara. 

Macam mana economist kira benda ni?

Economist akan tengok jumlah pendapatan negara dan tolakkan dengan jumlah perbelanjaan. Sepatutnya kedua-dua ni hampir sama tapi kalau jauh beza, adalah kegiatan underground economy. Economist juga tengok permintaan tunai, sebab majoriti kegiatan ini menggunakan transaksi tunai, jadi negara yang banyak permintaan tunai juga merupakan negara yang mempunyai aktiviti underground economy yang tinggi. dan akhir sekali tengok penggunaan elektrik, kalo penggunaan elektrik tinggi tapi gdp rendah, kegiatan ekonomi banyak berlaku dalam underground economy\

Sebenarnya Memang tak dapat nak berhentikan underground economy, tapi ia masih boleh dikawal. Rakyat perlu diajar kepentingan mengikut regulation dan pembayaran tax. 

Artikel ditulis oleh Aku Bosan untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.