Artikel ini wujud kerana aku tak setuju dengan Abu Huzaifah tentang Umbrella Academy. Maka aku siapkanlah sebuah artikel balas. Lagu tu lah cara kami dalam keluarga The Patriot (TP). Tak setuju dengan idea ahli lain, maka nyatakan hujah balas akademik dan buat artikel balas untuk panjangkan perbincangan.

Idea aku sama dengan Abu Hudzaifah dari segi Umbrella Academy adalah antara karya terbaik setakat ini untuk tahun 2019. Siri ini bagus. Kamu semua perlu tengok. Namun aku khilaf dengan idea Abu Huzaifah yang Umbrella Academy ialah symbolisme untuk keluarga. Padangan aku mengenai siri ini adalah lebih depresif.

Artikel Abu Hudzaifah: https://thepatriots.asia/umbrella-academy-selamatkan-dunia-ataupun-keluarga/

Aku mengangap simbolisme sebenar Umbrella Academy ialah konfrantasi idea tentang bakat individu. Bukan keluarga. Tapi dari segi realiti aku rasa pandangan Abu Hudzaifah tak salah pun. Malah mungkin idea aku yang salah. Atau mungkin idea kami keduanya salah. Kami berdua bukan pencipta Umbrella Academy. Melainkan Gerrad Way tiba-tiba menyampuk dan sebut siapa betul siapa salah, maka kita teruskan perbincangan ini.

Aku tak akan begitu menyentuh mana tentang jalan cerita keseluruhan Umbrella Academy kerana Abu Huzaifah sudah menyentuh dengan lengkap. Aku akan terus pergi kepada perbahasan simbolisme.

Kita biasa dengar tentang bagaimana mereka yang berbakat sering tidak dipedulikan oleh masyarakat. Dalam realiti hidup adalah sukar bagi kita menilai sejauh manakah tahap sesuatu bakat itu kerana penilaian sedemikian berbentuk subjektif. Pakar psikologi dan pelbagai pakar lain telah berusaha mencari satu standard untuk mengukur kebolehan bakat dari penciptaan ujian IQ dan pelbagai lagi jenis ujian. Namun hakikat dan status quo dunia sebenar masih lagi sama dan tidak berubah. Bakat tidak semudah itu dapat di ukur dan bersifat subjektif.

Namun Umbrella Academy yang merupakan karya asal tulisan Gerard Way (bekas vokalis kumpulan My Chemical Romance) dan lakaran oleh Gabriel Ba, seolah cuba meletakkan satu persoalan dalam karya ini. Bagaimanakah jika kita mempunyai standard hitam putih tentang bakat seseorang itu? Dalam kata lain kita boleh berkata dengan jelas individu ini benar berbakat dan individu lain tidak. Tiada jalan tengah yang subjektif seperti dalam dunia sebenar. Hanya ada mereka yang berbakat dan tidak berbakat. Noktah. Tiada perdebatan lagi.

Perbahasan yang konservatif dan kaku seperti ini mungkin menakutkan sesetengah pihak. Lebih-lebih lagi pada golongan yang berpegang pada prinsip yang lebih liberal yang setiap individu berbeza dan mempunyai keistimewaan masing-masing. Merobek kepercayaan ini mungkin memaksa kita semua menerima satu realiti. Bukan semua antara kita istimewa di mata orang lain. Biarpun apa yang kita katakan kepada diri sendiri sehingga ianya menjadi delusi kehebatan diri (delusion of grandeur).

Cara Gerard Way menyampaikan idea ini ialah dengan memaparkan bakat (gift/talent) sebagai satu bentuk kuasa istimewa. Jika memiliki kuasa istimewa ini dijadikan kayu ukur untuk mengukur bakat seseorang maka perbahasan menjadi hitam putih. Kamu ada kuasa atau kamu tidak ada kuasa. Itu sahaja. Pelbagai konflik boleh timbul jika konsep ini menjadi nilai hakikat dalam dunia nyata. Dan sedikit sebanyak pembangunan plot Umbrella Academy berkisar mengenai konflik tersebut.

Umbrella Academy biarpun ianya seolah cuba memaparkan yang terdapat pelbagai begitu banyak watak utama namun hakikatnya hanya dua sahaja watak yang benar-benar menggerakkan jalan cerita iaitu watak No 7 atau Vanya dan juga watak Harold Jenkins. Abu Huzaifah, beliau menyentuh tentang semua watak namun pada aku hanya dua watak ini saja menggerakkan jalan cerita manakala watak yang lain lebih kepada memberi pembangunan isu berkisarkan perihal dua watak ini.

No.7/Vanya secara realitinya menurut jalan cerita pada asalnya memiliki kuasa istimewa. Namun kuasa yang dimiliki oleh Vanya mampu memberi kesan negatif dan membahayakan orang lain. Oleh itu kuasa Vanya telah ditekan oleh bapanya dan beliau dididik seolah beliau tidak mempunyai sebarang bentuk keistimewaan. 

*Spoiler Alert: Berhenti Membaca Kalau Anda Belum Tonton Siri Ini Lagi

Malah kakak kepada Vanya iaitu Allison yang mempunyai kuasa untuk mempengaruhi individu lain melalui kata-kata telah diarahkan oleh ayah mereka untuk menggunakan kuasa yang ada pada Allison bagi meyakinkan Vanya yang beliau hanya insan biasa tanpa sebarang bentuk keistimewaan. Cara didikan yang sedemikian rupa telah memberi tekanan dan membentuk kompleks dalam jati diri Vanya yang sering tertekan hidup dikelilingi oleh individu yang berbakat sedangkan beliau mempercayai dirinya tidak istimewa seperti adik beradiknya yang lain.

Kemudian kita ada watak Harold Jenkins. Dari segi standard bakat atau kuasa yang ada dalam siri Umbrella Academy, Harold hanyalah seorang manusia biasa. Satu-satunya perkara yang ada pada beliau ialah beliau juga lahir pada hari yang sama, biarpun hanya melalui kelahiran yang normal, dengan anak-anak Umbrella Academy yang lain.

Beliau juga datang dari keluarga yang disfungsi. Ibu Harold meninggal sewaktu melahirkan Harold. Bapa beliau pula sering memukul Harold. Oleh itu Harold seakan mencipta satu delusi yang beliau juga mungkin istimewa hanya kerana beliau lahir pada hari yang sama dengan anak-anak Umbrella Academy yang lain. Isu ini mempengaruhi beliau dalam kehidupan seharian biarpun dalam perihal kehidupan biasa tanpa melibatkan isu kuasa beliau.

Kita semua pernah mengalami isu yang sama biarpun pada tahap keseriusan yang jauh lebih rendah. Kita mengaitkan diri kita dengan individu yang lain yang lebih berjaya hanya kerana faktor remeh. Sama ada individu tersebut pernah bersekolah di sekolah yang sama dengan kita, saudara jauh kita, lahir dari negara yang sama dan lain-lain. Hanya kerana kita juga ingin berkongsi sekelumit keistimewaan mereka. Delusi sedemikian rupa akhirnya menyebabkan Harold menjadi taksub pada Umbrella Academy. Beliau telah membunuh bapa beliau dan dipenjarakan buat beberapa belas tahun. Ketakjuban beliau tidak berhenti biarpun beliau di dalam penjara.

Jadi kita ada dua watak yang berbeza disini iaitu Vanya dan juga Harold. Vanya insan berbakat yang ditekan dan Harold insan biasa yang mengalami delusi kekuasaan. Satu-satunya hubungkait antara dua watak ini ialah isu mereka sama iaitu isu mengenai bakat. Takdir telah menentukan dalam jalan cerita ini yang ke dua watak ini iaitu Harold dan Vanya telah bertembung.

Ini telah mencipta satu situasi hubungan yang toksik di mana Harold yang taksub dengan kuasa telah mempengaruhi Vanya yang terlampau mempercayai dirinya tidak istimewa. Harold berjaya menimbulkan kembali kuasa Vanya yang berbahaya tersebut sehingga ia hampir memusnahkan keluarga Vanya dalam Umbrella Academy dan juga akhirnya mengakibatkan kiamat dunia.

Apakah yang boleh kita pelajari dari segi isu perbahasan konfrontasi berbakat atau tidak ini? Jika kita insan biasa, kadang-kadang adalah tidak salah untuk kita menerima hakikat yang kita cuma mampu pergi sejauh itu sahaja. Jika kita benar sukakan sesuatu perkara, berbakat atau tidak kita tetap akan usahakan perkara tersebut. Kerana kita gembira melakukan perkara tersebut. Ini aspek yang aku rasa Abu Huzaifah tak begitu sentuh.

Namun jika kita berbakat, yang masih merupakan isu subjektif benar atau tidak, hubungan kekeluargaan adalah penting agar bakat tersebut dapat mendapat tempat yang betul dalam dunia. Aspek ini aku bersetuju dengan Abu Huzaifah. Namun ianya haruslah berpada-pada. Kita di Malaysia sendiri telah melihat bagaimana begitu banyak anak muda yang dikatakan berbakat hancur perjalanan hidup mereka kerana keluarga mereka terlalu menumpukan pada bakat tersebut sehingga mengabaikan aspek lain.

Contohnya macam adik-beradik Vanya dalam Umbrella Academy. Aku tak ingin sebut nama kerana perkara ini mungkin sensitif. Apa yang paling penting mereka yang berbakat ini gembira dalam apa yang mereka lakukan. Bakat tanpa kegembiraan hanyalah sia-sia. Hidup mereka mungkin akan menjadi sengsara tanpa kegembiraan. Kita telah ada banyak saksi hidup bagi kes sedemikian rupa di negara kita. Janganlah kita tambah senarai saksi tersebut. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Aku tak kenal diri sindiri untuk tulis deskripsi diri sendiri. Sama ada ini tanda gejala kebencian pada diri sendiri, tak tahu tujuan hidup, atau tanda manusia yang masih belajar dan mencari makna hidup, Tuhan saja yang tahu. Kalau kamu boleh terangkan siapa aku pada diri aku sendiri sekurangnya maka kamu mungkin lebih cerdik dari aku

Comments are closed.