Moving Forward As One

Umat Islam Zaman Dulu Guna Muzik Rawat Penyakit Mental

1,285

Kaedah merawat sakit depresi (ماليخوليا=malikhulia) atau sakit jiwa yang lebih kronik di sisi ahli falsafah Islam.

Rasail Ikhwan al-Sofa (kurun ke-4 H): ada sejenis muzik yang digunakan di hospital ketika waktu sahur untuk meringankan rasa bosan dan sakit. Banyak penyakit yang sembuh dengannya.

Khitot al-Sham: dalam satu dokumen manuskrip wakaf sebuah hospital di Syria suatu ketika dahulu, rawatan orang gila dengan cara memandikan mereka, pakaikan baju bersih, dibawa bersolat, didengarkan bacaan al-Quran oleh qari yang merdu suaranya, dan dibiarkan menghirup udara segar

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Mereka juga didengarkan bunyi-bunyi alam yang sedap dan muzik-muzik yang merdu. Selain itu, diletakkan juga wangian dan dibawakan penyanyi dan alat-alat muzik.

Al-Razi di dalam al-Hawi fi al-Tibb: Ubat terbaik bagi orang yang depresi (malikhulia) adalah menyibukkan dirinya dengan hal-hal yang wajib dilakukan untuk memperoleh manfaat atau mengelak bahaya dan mudarat. Ia juga diubati dengan cara bermusafir (melancong) dan berpindah.

Sebab depresi adalah mempunyai banyak masa lapang dan berfikir berkenaan hal yang telah lalu yang tidak boleh diubah atau hal akan datang yang belum pasti terjadi esok hari. Jadi, ubatnya adalah sibukkan fikiran dengan pekerjaan.

Jika dia tidak bersedia untuk melakukan kerja, maka dengan cara memancing, main chess, minum-minum kopi atau seumpamanya, bernyanyi, bersukan. Yang penting apa-apa sahaja yang mengalihkan fikirannya dari banyak berfikir.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Ibn Sina di dalam al-Qanun fi al-Tibb: Orang yang depresi wajib sibukkan diri dengan apa-apa sahaja, mendengar lagu dan alat muzik atau selainnya. Yang penting jangan duduk sorang-sorang. Dia berpaling dari berfikir hal-hal yang menekan jiwa; itulah ubat sebenar penyakitnya.

Kesemua pandangan ini dinukil dari pengamal perubatan dan ahli falsafah Islam. Boleh jadi kajian baru mempunyai dapatan yang lebih tepat. Semoga bermanfaat.

Artikel dinaikkan selepas mendapat izin penulis asal, Zainulislam. 

Ruangan komen telah ditutup.