Umat Islam Ketika WWI

7,050

Tidak ramai sedar penglibatan umat Islam dalam perkembangan politik yang menyebabkan P3rang Dunia Pertama. Perkara ini sebenarnya tidak mengejutkan pun memandangkan Uthmaniyah merupakan sebuah kuasa seketika itu. Namun seberapa ramai sangka bahawa umat Islam juga berjuang untuk mematahkan asakan Kuasa Tengah yang dianggotai Austria-Hungary, Jerman dan Uthmaniyah. Krisis politik telah berlarutan dalam suatu tempoh yang lama. Pembvnuhan Franz Ferdinand hanyalah bagaikan percikan api kepada minyak. Namun perancangan di sebalik pembvnuhan tersebut dianggotai enam orang; salah seorang daripadanya ialah Islam.

Pada 10:10 pagi, Nedeljko Cabrinovic membaling b0m tangan ke kenderaan Ferdinand. Gavrilo Princip pula membuat temb4k4n tepat yang memulakan sebuah pep3rangan. Apa yang tidak diketahui ramai ialah Gavrilo membesar dalam sebuah keluarga dit!ndas pemilik-pemilik tanah beragama Islam. Mungkin penindasan ini telah meletakkan Gavrilo pada jalan yang salah. Namun begitu, umat Islam tidak wajar dinokhtahkan terlibat hanya kerana beberapa penindas.

Sebaliknya dalam sebuah percaturan yang berpunca daripada kolonialisme, sebilangan besar umat Islam dianggarkan sekitar 885,000 hingga 2.5 juta orang telah dibawa ke medan perjuangan demi penguasa-penguasa penjajahan mereka. Selama 100 tahun lamanya, nama-nama mereka telah terbenam sehingga masyarakat sekarang dengan lantang mempersoalkan komitmen umat Islam dalam pembentukan geopolitik semasa. Angka besar umat Islam yang terlibat dihitung dengan mengumpulkan 850,000 dokumen seperti diari, laporan p3rang dan jurnal daripada 19 negara. Kebanyakan ditulis dalam bahasa Arab, Farsi, Ibrani dan Urdu, masing-masing menceritakan pengorbanan umat Islam.

Laporan-laporan tersebut turut menyimpan gambar Raja George V, ayahanda Ratu Elizabeth II, sedang memberikan penghormatan kepada tentera-tentera Algeria. George mempunyai sebuah angkatan umat Islam yang sangat besar. Maka baginda sudah biasa memberikan anugerah-anugerah terhormat iaitu Victoria Cross. Salah seorang penerima anugerah ialah Khudadad Khan, yang dibawa dari India untuk mengukuhkan pertahanan British semasa Jerman mengasak.

Khudadad sangatlah handal menggunakan senjata mesin tetapi tidak bernasib baik kerana angkatan musuh lima kali ganda lebih besar. Tercedera, Khudadad berlakon terkorban tetapi berjaya mencari jalan ke rejimennya pada malam hari. Selain dari Khudadad, Mir Dast juga diberikan anugerah yang sama. Berasal dari Pakistan, beliau turut mengharungi serangan Jerman yang turut menggunakan gas klorin. Dast bersama angkatan kecilnya bertahan sampailah malam.

Sekeping gambar lagi menunjukkan tentera-tentera Morocco sedang memberikan rawatan kepada tahanan p3rang Jerman yang tercedera di kota Villeroy, Perancis.

Apabila bercakap tentang tahanan p3rang, pegawai-pegawai tinggi Pakatan Bersekutu berasa terharu melihat cara penjagaan umat Islam yang berlandaskan ajaran Qur’an dan Hadis. Mereka memberikan tahanan-tahanan p3rang makanan dengan cara paling terhormat.

Ada juga kisah mendendangkan bahawa para imam, paderi dan rabai berganding bahu membuat upacara pengebumian besar-besaran tanpa henti bagi tentera-tentera yang gugur syahid di medan perjuangan. Pada Disember 1914 pula, Alexandre Millerand selaku Tentera Pep3rangan Perancis menggesa anggota-anggota tenteranya belajar ucapan Syahadah supaya boleh membantu sahabat-sahabat Islam yang sedang nazak. Dalam modul p3rang juga diceritakan bahawa tentera-tentera mereka belajar cara pengebumian Islam, yang secara spesifik perlu menghadap Mekah.

Jutaan yang berjuang secara perlahan-lahan kembali menyentuh kenangan dunia. Namun kedatangan mereka tidak dihargai kerana kubur-kubur mereka di Perancis dihina dengan contengan grafitti Islamofobia. 100 tahun dahulu, mereka berjuang membebaskan Barat daripada idealisme Jerman yang pada hari ini ibaratkan melepaskan anjing yang tersepit sahaja. Bak kata pepatah, “the silence is deafening.”

RUJUKAN

Chaudary, V. (2017, November 12). The forgotten Muslim heroes who fought for Britain in the trenches. Retrieved from https://www.theguardian.com/world/2017/nov/12/forgotten-muslim-heroes-fought-for-britain-first-world-war

Crossland, D. (2018, June 7). The forgotten Muslim heroes of the First World War. Retrieved from https://www.thenational.ae/world/europe/the-forgotten-muslim-heroes-of-the-first-world-war-1.738030?fbclid=IwAR054x4Yh_VFAmy0GbAySBTL6zQXIGRhcNGgy0XEdTT19_nPMMrBXza8Ls0

How the Ottoman Empire entered the First World War. Retrieved from https://www.history.org.uk/secondary/categories/487/module/4063/muslim-tommies/4392/how-the-ottoman-empire-entered-the-first-world-war

Sheikh, R. (2018, November 9). Forgotten Muslim soldiers of World War One ‘silence’ far right. Retrieved from https://www.bbc.com/news/uk-46124467

 

Ruangan komen telah ditutup.