Sejujurnya apabila Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri, saya antara orang yang menyimpan harapan tinggi. Namun dari awal lagi saya sudahpun mengetahui bahawasanya kenyataan-kenyataan sedemikian akan tersingkap dari beliau. Dr Mahathir merupakan seorang ahli politik yang sangat berwawasan, tiada penafian terhadap perkara ini. Namun begitu, beliau mempunyai sisi yang perlu diperbaiki. Dengan izin, saya ingin menjelaskan bahawasanya “the blame game” harus dihentikan.

Mungkin satu masa dahulu apabila skop Melayu dilihat melalui bancian ataupun penyenaraian dalam LHDN, memang jelas kelihatan Melayu membuat satu kerja saja. Namun bangsa Melayu telah mengharungi satu evolusi yang ketara. Sekitar 2000-an, memang ramai berpaut kepada satu aspirasi. Memang saya masih berada di bangku sekolah ketika itu – tetapi di persekitaran saya sendiri hanyalah golongan mengharapkan satu punca semata-mata.

Selepas 10 tahun, perubahan tidaklah banyak. Dibawah pentadbiran Najib Razak, rakyat perlu tangkas atas perubahan dari alam subsidi ke semulajadi. Cacat cela pentadbiran beliau memanglah ketara, sehingga pilihanraya bersejarah telahpun dilaksanakan. Lebih daripada lima juta rakyat memilih haluan baru setelah ditekan kos sara hidup. Tetapi di sebalik keramaian yang mengundi perubahan, ada lebih besar keramaian yang aduan sekadar melepaskan kepedihan di ulu hati.

Terlalu ramai yang membanting tulang melebih keupayaan diri. Ada saja yang keluar bekerja sampai ke petang, untuk kemudian ber-part time di bazar Ramadan atau pasar malam jual air. Bersambilan dengan itu, part time mereka juga berkhidmat sebagai penghantar makanan bagi pengusaha-pengusaha makanan separa besar. Dan golongan ini semakin ramai, menceburi bidang e-hailing seperti Uber yang kemudian GrabCar. Ramai juga menjadi stokis barangan tertentu sampai sanggup beratur panjang menghantar barangan di Pejabat Pos pada waktu rehat bersantapan roti sahaja.

Jika realiti “Melayu pemalas yang mengharapkan kemudahan” ini boleh diteliti, saya berpendapat ramai dalam kalangan ini terperap untuk melahap kerajaan pada bila-bila masa. Terlalu ramai mendapat AP daripada kerajaan yang dijual begitu sahaja. Itu belum kira lagi dengan proses “Bumiproject acquisition” yang kemudian di-“sub-con” kepada pengusaha Cina pula. Ibaratkan apa-apa jua projek Bumiputera berlesenkan Ahmad atau Mohd tetapi diusahakan Chee Bai atau Chong Chang.

Kenyataan ini jauh sekali ingin mencucuk api perkauman. Tetapi inilah hakikat. Memang ada Melayu yang layu – seperti usaha-usaha luar negara, khususnya tanahair “orang putih”, tamat saja bersidang, keluar pula mencari “barang baik”. Hancur imej Melayu angkara penat meeting, puas mating. Namun apabila menegur, perlulah berlaku spesifik demi keadilan. Seorang bapa boleh menegur anak. Tetapi jika anak sulung mengambil dadah, usahlah herdik satu keluarga. Bukan semua yang ber-mating selepas ber-meeting.

Jika dosa ibu bapa tidak diturunkan kepada anak, apatah lagi salah silap rakan sebangsa. “Kepayahan” akibat pemimpin lama semakin menghasilkan satu generasi yang kuat. Amatlah bersimpati terhadap mereka jika tatacara ini diteruskan. Orang atasan memang boleh diakui banyak yang pemalas, mengharapkan suapan semata-mata. Tetapi tahap kemalasan orang bawahan ini sekadar menyuruh “pm admin” dan tanya perkara-perkara obvious semata-mata.

The game has changed. Melayu semakin rancak. Ya, kami orang Melayu akan mengaku bersalah apabila tidak bekerja sekuat orang lain. Tetapi apa yang saya amati, kami sedang bekerja melebih orang lain sendiri. Apa-apa pun, atas aspirasi “spesifikisme”, saya amat berharap yang semua yang mengambil sambil lewa sentap atas teguran Dr Mahathir.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.