Aku nak kongsi beberapa perkara menarik dalam TENET. Ada sentuh konsep fizik sikit. Tapi aku rasa tak adalah berat sangat.

1. Konsep masa dalam TENET

Konsep masa dalam TENET bermain dengan entropi. Dalam fizik, entropi ialah darjah ketidak aturan (disorder). Kalau kita sepak timbunan baju, ia akan bersepah. Sepak sekali lagi pun, baju tidak akan berlipat tersusun cantik semula. Kacau susu dan teh dalam cawan, ia akan bercampur. Tak logik, kalau dikacau, ia jadi semakin terpisah.

Daripada sini kita lihat, nak buat keadaan jadi tak teratur itu mudah. Tapi nak diaturkan semula, usahanya tinggi kerana entropi yang tinggi.

Alam di sekeliling kita secara semulajadi berlakunya peningkatan entropi pada setiap masa.

Konsep entropi ini yang memberikan makna tentang arah pergerakan masa — masa bergerak dalam satu arah dan ia bergerak ke depan. Bagai mana kalau darjah entropi diterbalikkan?

Masa terbalik. Kalau kacau teh susu, teh dan susu akan berpisah. Kalau sepak timbunan baju, baju akan berlipat semula.

Berbeza dengan filem-filem pengembaraan masa yang lain. TENET memberikan pengalaman bagaimana sekiranya arah masa itu terbalik iaitu dengan bergerak ke belakang.

TENET tidak sama dengan Predestination/Dark sebab Predestination/Dark bawa manusia ke satu titik masa lampau, kemudian bergerak ke depan. Watak tidak melalui aliran masa ke belakang itu sendiri. TENET pula bawa watak ke aliran masa ke belakang.

Dia macam aliran sungai dari A ke B. TENET berenangkan watak dalam keadaan aliran sungai terbalik dari B ke A. Tapi banyak filem-filem pengembaraan masa lain, alihkan terus watak ke titik A (baca: masa lampau) kemudian gerak ke B.

2. Ada apa dengan tajuk ‘TENET’?

Tajuk TENET sebenarnya beritahu aliran (flow) perjalanan cerita ini macam mana. Filem ini berdurasi sekitar dua jam lebih.

Separuh daripada durasi tersebut watak bergerak ke depan, separuh lagi bergerak ke belakang. Dalam tajuk TENET, huruf ‘N’ merupakan titik mula mereka mula bergerak ke belakang.

Kalau tengok tulisan pada poster filem, huruf E dan T mula terbalik selepas N.

Kemudian, perkataan TENET juga dibaca TENET, tidak kira kita baca dari depan ataupun belakang. Hasilnya sama saja. Dalam plot TENET pun macam itu. Mula-mula ia bergerak ke depan dengan di baca dari depan.

Kemudian, apabila watak mula bergerak ke belakang, dibaca TENET juga, tapi dengan perkataan terbalik — ini bermaksud, kita sedang tonton plot yang sama tetapi dengan kaca mata berbeza.

3. Apa signifikan warna biru dan merah?

Dalam fizik, apabila kita mencerap gelombang warna merah di angkasa, itu bermakna bintang yang hasilkan gelombang itu berada jauh daripada kita. Ini bermaksud, ia bergerak ke depan. Fenomena ini dipanggil anjakan merah (redshift).

Kalau gelombang biru, itu bermaksud bintang sedang menghampiri kita. Gelombangnya pendek. Boleh rujuk spektrum elektromagnet.

Dalam TENET, watak Kat (lakonan Elizabeth Debicki) memberikan klu garis masa mana kita berada. Ketika dia memakai kot biru, watak sedang berada di masa lalu. Kot merah adalah permulaan watak berada di masa depan untuk ke masa lalu.

Dalam babak akhir pula, kita memerhatikan pasukan biru berada dalam pasukan entropi terbalik. Ini bermaksud pasukan biru sedang menuju ke arah masa kini (masa lepas di mata pasukan biru). Pasukan merah pula terus ke depan, jauh dari masa kini.

Pada saya, premis cerita TENET ini biasa-biasa saja — kisah protagonis nak halang penjahat ego yang mahu memusnahkan dunia. Sama macam kisah aksi yang lain. Perkembangan watak pun biasa-biasa saja. Motivasi watak protaganis dan antagonis tak cukup kuat. Perkembangannya mendatar saja.

Kekuatan TENET adalah pada konsepnya. Filem ini mendapat seliaan daripada pemegang Hadiah Nobel Fizik, Kip Thorne yang juga menyelia Interatellar (2014).

Skala: 7/10


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.