Ulasan Bird Of Prey – 3.5/5 Bintang

607

Filem Birds Of Prey (and the Fantabulous Emancipation of One Harley Quinn) mengetengahkan kombinasi sebatian antara genre klasifikasi R-rated ringan dengan p3rcikan warna-warni neon pelangi paddle pop yang tidak sangka boleh bersama-sama bermain berpegangan tangan berlari berkejaran dengan agak baik juga.

Agak mengujakan bagaimana latar dan bayangan gelap dan kelam yang sedih, suram, dan muram, boleh bergabung dengan visual warna bahan-bahan kimia yang menerujakan.

Seperti filem jenis R-rated, dark, g0re, ini, diramp4s oleh Harley Quinn yang hadir dengan penuh keceriaan warna-warni noble gas.

Malah tidak keterlaluan untuk mengatakan, ibarat Birds of Prey mengambil blueprint Deadpool (sekadar memetik filem aksi superhero dengan rating R juga), kemudiannya dengan sengaja mengubahsuai melalui penambahan kemasan baharu ke atas template kertas cetak biru tersebut dengan kepelbagaian warna yang ceria.

Bukan setakat tambahan kemasan, malah filem ini – berkelakuan seperti seorang kanak-kanak nakal – dengan sengaja siap menump4hkan baldi berisi cat pelbagai warna bercampur-baur ke atas kertas tersebut sebagai ‘icing on the cake’.

Seterusnya memberikan suasana identiti yang aneh tetapi menarik kepada filem ini. Apatah lagi latar lokasi dalam filem ini berada di, tidak lain tidak bukan, Gotham City – kota terkenal yang bisa memulakan hari dengan sarapan bijirin kegelapan (dengan susu digantikan dengan kopi O pekat sepekat kebenaran yang pahit ataupun minuman soda bergas yang berkalori tinggi).

Aku sebut R-rated yang ringan sebab, secara peribadi, Birds of Prey punya unsur g0re atau c4rutan (terutama bab g0re dan p3rcikan d4rah) boleh dikatakan tidak keterlaluan jika ingin dibandingkan dengan, contohnya, filem Deadpool (2016).

Ya, mungkin penarafan klasifikasi R tu lebih disebabkan dengan pengisian c4rutan-c4rutan dan isyarat jari tengah yang lebih banyak menghiasi filem arahan Cathy Yan ini (di mana, rasanya panggung wayang di sini kebanyakannya sudah siap sensor dan kaburkan) – Cathy Yan.

Walaupun namanya masih tidak terkenal sangat, bersama-sama pasukan belakang tabirnya (Christina Hodson sebagai penulis skrip), boleh tahan jugak hebat melalui sentuhan pada aspek camera work, pencahayaan, dan cara sesetengah babak diutarakan, yang pada aku cukup menawan tafsirannya.

*kemungkinan spoiler*

Kekuatan bagi filem ini pada aku terletak pada gaya penceritaan satu kisah yang unik dan non-linear (dan kemungkinan sedikit bercelaru bagi sesetengah orang. Ibarat sedang mendengar orang tengah ‘high’ berceloteh) dengan stail sedikit gila-gila oleh si Harley Quinn sendiri sebagai narrator (bertanggungjawab menjadi tukang cerita disebabkan filem ini berkisar tentang ceritanya sendiri selepas Joker – si gangsta daripada filem Suicide Squad – pvtuskan hubungan dengannya).

Aku tak berapa pasti apa sebab utamanya, tetapi Joker perlu dump Harley Quinn supaya cerita Birds Of Prey ni dapat dimainkan.

Pengarah juga bijak meletakkan watak Joker secara bayangan tersurat termasuk jugak dalam bentuk tersirat melalui aura kelibatnya yang banyak diperkatakan oleh geng-geng penjahat dunia underground Gotham (yang hanya berani membawang belakang-belakang sahaja).

Sekurang-kurangnya, dapatlah jugak penonton melihat sedikit kesinambungan watak Joker tersebut dalam filem ini.

Cuma sedih sikit nak cakap, tapi penceritaan mengenai watak Joker secara halus ini, melalui cerita POV dan perspektif watak lain, lebih dapat dirasakan pengaruh dan kedudukan Joker yang agung dalam dunia underground mobster Gotham sehingga ditakuti dan dihormati oleh mereka semua.

Berbanding dengan kehadirannya dalam filem Su!cide Squad (2016) yang nampak jelas secara terang-terangan karakteristiknya yang pelik sedikit. Sebenarnya, aku tak sangka pulak ada kelibat bersahaja Joker dalam Birds of Prey. Jadi, rasa menarik untuk lihat apa yang DC/WB masih simpan bagi watak Joker dalam garis masa utama filem DC (DCEU seperti diperkatakan media).

Sebahagian DNA daripada Suicide Squad (2016) masih dikekalkan seperti on-screen text pengenalan kepada watak-watak dalam filem ini – yang diperkenalkan setiap satunya oleh Harley.

Kemasukan lagu-lagu latar bagi bergandingan dengan sesetengah babak untuk menambahkan dan menaikkan lagi rasa ceria dan menarik babak tersebut, dan lain-lain lagi (ada satu watak ahli pasukan Suicide Squad membuat cameo semasa babak aksi di balai polis kota Gotham – tapi sebenarnya lebih kepada Easter egg sahaja).

Namun pada aku, Birds Of Prey merupakan pakej filem yang sudah berjaya ditambah baik lebih sedikit daripada filem Suicide Squad (2016) terutamanya dari segi plot penceritaan (di mana Suicide Squad lebih serabut dan kelam-kabut sedikit seperti mengalami kecelaruan identiti).

Tambahan pula, filem Birds Of Prey – yang merupakan sequel secara terus tapi tidak berapa rasmi daripada filem Suicide Squad 2016 (dengan filem baharu bertajuk The Suicide Squad bakal menerj4h pawagam pada tahun hadapan, 2021, arahan James Gunn).

Kali ini tidak banyak bergantung kepada elemen fantastikal dan mistik yang sangat ketara dimainkan dalam filem arahan David Ayer yang lepas – menjadi salah satu permasalahan untuk diterjemahkan dengan penuh keyakinan kepada penonton apabila unsur ‘grittiness’ perlu disulamkan dengan elemen magik (dengan penjahat utama filem tersebut merupakan pengamal magik dikenali sebagai Enchantress dan The Incubus).

Oh ya, sedikit terkejut dan pelik bila perasan nama David Ayer dikreditkan sebagai salah seorang penerbit eksekutif bagi filem Birds of Prey ini. Mungkin WB/DC masih perlukan kerjasama dan khidmatnya lagi bagi filem-filem spin-off watak-watak lain pula.

Dapat jugak aku rasakan suasana gaya yang serupa daripada sebuah filem ‘berdasarkan kisah benar’ (digarap supaya menjadi filem dark comedy) keluaran tahun 2017 yang merupakan filem calon Oscar 2018 bagi kategori Pelakon Pembantu Terbaik (kategori wanita), Pelakon Terbaik (kategori wanita), dan Suntingan Filem Terbaik (kategori wanita) – iaitu filem I, Tonya.

I, Tonya merupakan isah seorang atlet luncur ais Amerika Syarikat dan skandal insiden ‘jenayahnya’ yang berlaku sekitar tahun 90-an, yang juga dibintangi dan diterbitkan (selaku salah seorang penerbit bersama) oleh Margot Robbie – terutamanya mengenai konsep bercakap secara terus kepada penonton yang dilakukan secara minimal dan tidak keterlaluan seperti diterapkan juga dalam Birds of Prey (aku tak samakan dengan konsep 4th Wall Breaking Deadpool sebab itu istimewa miliknya, tambahan konsepnya lebih kompleks sedikit).

Cumanya, aku masih kurang pasti mengenai pemilihan tajuk filem ini yang agak panjang (kalah kepanjangan tajuk filem Birdman, 2014) dan sebaliknya kenapa tidak menggunakan tajuk seperti ‘Harley Quinn and Birds of Prey’ sahaja misalnya. Setidak-tidaknya dapat menjual nama Harley Quinn dengan lebih berkesan dan semaksimum mungkin terutama kepada para penonton awam.

Namun begitu, dipengakhirannya, tajuk yang mereka pilih bagi filem ini boleh dikatakan justified dan boleh faham mengapa mereka mengambil pendekatan untuk meletakkan dan semacam memisahkan tajuk Birds of Prey sebagai entiti tunggal pertama, manakala tajuk bagi cerita Harley Quinn pula (iaitu The Fantabulous Emancipation of One Harley Quinn) sebagai entiti terpisah yang kedua.

Jadi aku boleh berikan kredit kepada barisan belakang tabir filem Birds of Prey atas sedikit integriti yang ditunjukkan dengan tidak terlalu ‘menjual’ secara berlebihan nama Harley Quinn pada tajuk filem mengenai pasukan ‘protagonis’ yang beroperasi di Gotham dikenali sebagai Birds of Prey.

Pemilihan yang sebegini rupa, termasuk dengan pemilihan penarafan R yang berani (sebagai perbandingan filem Suicide Squad dahulu ditarafkan sebagai PG-13)., mungkin sedikit sebanyak akan membantutkan usaha untuk mendapatkan keuntungan box office yang lebih tinggi.

Berita baiknya, perkara ini menunjukkan WB/DC sudah memberikan kebebasan dan kelonggaran sepenuhnya mengikut idea dan acuan kekreatifan pengarah dan penerbit masing-masing terhadap produk IP berharga mereka. Jadi, takdalah nak dengar kisah-kisah ‘studio interference’ lagi selepas ini.

Berbalik semula, mungkin ada beberapa babak yang penonton akan merasa sedikit menjengkelkan (mungkin). Tetapi pada saya, tiada satu pon babak dalam filem ini yang betul-betul berada pada tahap ‘unnecessary shoehorned, cringey moment’ macam babak all-female shot dalam filem Avengers: Endgame (2019).

Duh, Captain Marvel tu merupakan salah seorang hero entiti kosmik yang terkuat, sekurang-kurangnya dalam Marvel Cinematic Universe (MCU). Tak perlu nak ada perlindungan heroin-heroin lain pon dia boleh setel untuk campak dan buang Infinity Gauntlet tu seorang diri.

Konsep penceritaan Girl Power (“We Can Do It!”) yang dibentangkan pada aku sedikit half-baked tetapi masih diceritakan dengan bersahaja tanpa berlebih-lebihan dan menjengkelkan (sekali lagi berbanding macam babak shot all-female dalam Avengers: Endgame).

Tema Girl Power dalam filem ini dibawakan dengan konsep pembebasan/’emancipation’ (seperti tertera pada tajuknya yang panjang berjela tu). *kemungkinan spoiler*

Pembebasan ini merujuk kepada Harley yang akhirnya secara keseluruhan, berjaya move on daripada hubungannya dengan Joker dipenghujung babak pertama dan kemudiannya menghadapi segala sebab akibat tindak-tanduknya secara bersendirian, bergantung nasib pada diri sendiri (Za’ba – Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri) sebagai seorang karakter streetwise.

Kemudian sekali lagi, terpaksa membebaskan diri dia (secara literal pula) daripada cengkaman Black Mask yang sudah lama menyimpan dan memendam amarah terhadap Harley Quinn.

Selain itu, tema emancipation ini ditunjukkan melalui watak Renee Montoya, seorang pegawai polis yang pernah kena sailing dengan rakan sekerjanya sendiri (seorang lelaki African-American) dalam sebuah kes siasatan sampailah rakan sekerjanya ni, dinaikkan pangkat menjadi kapten, hasil sailangannya tadi terhadap Montoya (lebih kuranglah ceritanya macam tu).

Melalui watak Montoya, penonton ditunjukkan bahawa Detektif Montoya membebaskan dirinya daripada pengaruh, kod, dan prinsip yang menyusahkan dan remeh-temeh kaptennya, seterusnya bertindak seorang diri untuk mencari kebenaran dalam kes melibatkan siri pembvnuhan (oleh Huntress) dan mengenai berlian yang dicari Black Mask.

Setiap watak (Harley Quinn, Renee Montoya, Black Canary/Dinah Lance – sebagai salah seorang henchman Black Mask, Huntress – seorang pembvnuh berstail menggunakan crossbow) ditunjukkan mempunyai motif penggerak bagi watak masing-masing, sehinggalah kepada pertemuan antara mereka semua. Namun, terdapat beberapa plot-point yang boleh diperketatkan lagi bagi mengurangi kesan-kesan lazy writing.

Ewan McGregor (hello there) pula, memberikan khidmat lakonannya dengan memegang watak mobster berpengaruh di Gotham bernama Roman Sionis atau lebih terkenal dengan nama alter-ego antagonisnya iaitu Black Mask/ Topeng Hitam (walaupun terjemahan namanya kepada Bahasa Melayu ialah Topeng Hitam, tapi dia bukanlah adik-beradik atau sedara jauh kepada Topeng Perak daripada siri Wira Tunggal).

Selain Margot Robbie yang membawa watak Harley Quinn/Dr Harleen Quinzel, Ewan McGregor juga turut mencuri tumpuan dengan pembawakan wataknya dengan cemerlang yang banyak dibantu dengan lakonan padu yang sedikit sebanyak memberi karakteristik tertentu (sad1stik dan misogin1stik) kepada Roman Sionis/Black Mask.

Walaupun skrip tulisannya tidak terlalu menonjol atau kompleks (motif watak pon biasa sahaja). Tapi itulah, nampak beza pengaruh dan hasil lakonan pelakon gred A dan berpengalaman yang membantu dan berjaya menaikkan sedikit skrip karakter taraf biasa-biasa sahaja. Namun secara keseluruhannya, penggunaan watak Black Mask dan peranannya masih cukup untuk melengkapi filem ini.

Rasa sedikit kecewa juga sebenarnya sebab tidak ditunjukkan babak Roman Sionis memakai topeng hitam ritualistik ikoniknya, dengan lengkap dan segak mengenakan business suit berwarna putih siap bertali leher putih bersama-sama dengan memakai sarung tangan hitam – yang aku harapkan filem akan paparkan pada babak terakhir ‘boss fight’ antara Harley Quinn + Birds of Prey dengan Black Mask.

Peminat video game Batman: Arkham Origins (2013) pasti akan ingat kelibat Black Mask lengkap dengan kostum popularnya dalam permainan video terbitan WB Games Montreal tersebut. Sebenarnya bukan tiada langsung babak dia mengenakan sut putih itu, ada tetapi ketika itu Roman Sionis tidak ditunjukkan memakai topeng hitamnya.

Dan *kemungkinan spoiler* aku boleh faham kenapa pengarah (dan bahagian costume design) tidak memberikan Roman Sionis/Black Mask untuk mengenakan sut putihnya kerana babak terakhir memperlihatkan dia perlu bermain-main dalam gelap dilindungi dan diselubungi dengan asap kelabu. Logiklah tu kalau tak bagi dia pakai sut berwarna putih untuk menjayakan babak terakhir tersebut.

Victor Zsasz pula menjadi khadam bagi Black Mask dalam Birds of Prey. Kesian betul dengan pengendalian watak dia ni, asyik jadi watak tempelan dan picisan je.

Dalam Batman Begins (2005) pon watak buangan je dia dapat, dalam Birds of Prey pulak jadi orang kanan Black Mask sahaja. Yang paling tak boleh blah, rambut pulak blonde kali ini (dalam komik ada jugak karakter ini ditunjukkan berambut, tetapi imej dia yang paling terkenal adalah dengan berkepala clean-shaven – macam dalam Batman Begins).

Tapi yang paling sedih dan kesian aku rasa, mestilah pada watak Cassandra Cain. Berkemungkinan bagi aku, rata-rata DC cultists memang menolak cara pengendalian watak Cassandra Cain dalam filem ni.

Aku pon tak pasti kenapa dorang nak pilih nama Cassandra Cain dan letakkan pada watak yang kelihatan sedikit macam karakter rawak sahaja (dengan sebab utama berkemungkinan adalah untuk menggunakan watak etnik dari Asia).

Harapnya jika ada lagi sambungan apa-apa filem pasal watak Cassandra Cain dari Birds of Prey ni, DC/WB buatlah dengan apa cara sekalipon untuk mengembalikan RESPECT kepada empunya nama Cassandra Cain ini semula.

Sebab apa? Sebab Cassandra Cain ni jangan dibuat main-main, nama dia dalam source material sebaris dengan Batman, Lady Shiva, Nightwing, dan lain-lain, sebagai antara watak top martial artist dalam DC. Batman sendiri memandang tinggi (dan berhati-hati) pada kemampuan Cassandra Cain.

Dalam komik, Cassandra Cain merupakan seorang yang tidak boleh bercakap atau menghadapi kesukaran dalam percakapan (kalau dalam G.I. Joe, dia ni macam Snake Eyes sikit – karakter badass yang tak bercakap) dan adalah salah seorang pewaris kepada mantle Batgirl (dengan Barbara Gordon sebagai Batgirl pertama).

Dan dalam filem Birds of Prey, nampaknya karakter dia direndahkan sedikit martabatnya dengan hanya menjadi seorang penyeluk saku. Plot-wise, watak ini dijadikan untuk penyatuan Harley Quinn, Black Canary, dan Renee Montoya sebelum Huntress datang turut serta.

*kemungkinan spoiler*

Dalam first act lebih kurang 20 minit pertama, terdapat babak di mana Harley masih menggunapakai imuniti nama Joker untuk masih melakukan perkara-perkara gila seperti biasa dilakukannya tanpa dih3ntam atau dibalas semula oleh orang lain (walaupun pada ketika itu hubungan mereka dah pvtus, cuma berita tersebut tidak tersebar je lagi). Perkara ni aku nampak macam sedikit d*ck move daripada Harley.

Mungkin kalau ada sesetengah gerakan ideologi yang sedikit pro dan extreme, dorang akan buat-buat tak nampak pasal babak ni. Lol. Tambahan pula sekarang ni tengah hangat pasal perg0lakan dan perg4duhan Amber Heard dan Johnny Depp mengenai keg4nasan domestik.

Kalau betul bersalah tapi play victim, itu pon satu d*ck move jugak yang sama taraf dengan d*ck move Harley tersebut. Disney pulak gugurkan Johnny Depp daripada watak kesayangan dia iaitu watak Captain Jack Sparrow. Satu d*ck move jugak daripada Disney (mungkin ada jugak sebab alasan gaji mahal, selain dorang nak reboot francais Pirates of the Caribbean).

Dulu selepas James Gunn kena tend4ng dengan Disney, DC/WB jugak yang kutip balik. Jadi, Johnny Depp ni, aku rasa eloklah DC ambil jugak gunakan bakat dia yang bagus untuk membawakan watak-watak tertentu dalam filem-filem akan datang.

Mungkin boleh bagi dia bangunkan watak Ra’s al Ghul atau Jervis Tech/ Mad Hatter kalau projek filem arthouse antagonis DC seterusnya dapat lampu hijau. Lagipun, Johnny Depp pon dah biasa berlakon dalam filem keluaran Warner Bros.

Berbalik semula, dengan pendekatan dan pengakhiran filem yang ditunjukkan (sebagai satu platform dan landasan pengenalan bagi pasukan Birds of Prey), harapnya selepas ini bolehlah DC/WB perkenalkan pasukan Birds of Prey yang original (termasuk Oracle – okay mungkin jauh lagi nak sampai dan perlu buat filem Batgirl dahulu) seraya (dan terutamanya) dapat mengambil kesempatan lain pula untuk memberikan spotlight kepada cerita Gotham City Sirens (dalam komik, dibarisi oleh trio A-lister:- Harley Quinn, Poison Ivy, dan Catwoman).

Tetapi hal ini (apa-apa projek di masa hadapan) semuanya terletak pada kunci utama DC, iaitu karakter Batman yang bakal hadir dengan filem solo baharunya pada tahun hadapan (2021). Kerana apa-apa jenis filem spin-off yang bakal hadir, hatta bagi arah tujuan keseluruhan DC universe sekali, semuanya terletak pada garapan cerita dan watak-watak yang bakal diperkenalkan dalam filem Batman tersebut.

Selepas filem tersebut sudah dikeluarkan, barulah boleh perkara-perkara lain dirungkaikan untuk dibangunkan dan digerakkan semula. Nampak tak pengaruh Batman macam mana. Lol (kalau anda perasan, cuba semak semula hero mana yang dipaparkan dahulu dalam montaj intro watak-watak DC Universe dalam filem-filem layar lebar utama DC).

Kerana menurut firasat, salah satu sebab kenapa filem Gotham City Sirens tidak dapat lampu hijau adalah, berkemungkinan, untuk memberi laluan kepada karakter-karakter utama dari Bat-Universe membuat kemunculan dahulu dalam filem arahan sutradara bernama Matt Reeves (Dawn of the Planet of the Apes, W4r for the Planet of the Apes, Cloverfield), sebelum boleh digunapakai dalam filem-filem lain selepas itu.

Gamaknyalah. Jadi, jika watak Poison Ivy ada membuat kemunculan dalam filem Batman tersebut, kemungkinan untuk Harley Quinn bergandingan dengan geng Gotham City Sirens cerahlah sedikit.

All in all, Birds Of Prey (and the Fantabulous Emancipation of One Harley Quinn) is a stylish girls’ night out strolling-and-kicking-a*ses-through-the-grim-&-gritty-Gotham City-on-the-weekend kind of story, with Harley Quinn as the centre-piece. Another critically (but not really on the commercial department as of now. But I believe international market will cover it nonetheless when all is said and done) hit of winning streak from DC/WB.

Hujung pangkalnya, filem ini tidaklah berada pada tahap yang hebat betul, tetapi tidaklah teruk. Orang cakap sedang-sedang sahaja, namun masih menghiburkan dengan lagak aksi pop-corn yang terkandung dari mula sampailah berakhir dengan durasi keseluruhan filem selama 1 jam 49 minit.

Rating: 3.5/ 5
2.5 – Better luck next time
3.0 – Average at best
3.5 – Above average
4.0 – A good, solid movie
4.5 – Near-perfect
5.0 – A masterpiece!

P/s:

Kalau lakukan carian Google, terdapat satu end-credit scene Birds of Prey tetapi dalam bentuk audio. Tak tunggu pon tidak mengapa rasanya. Kecuali kalau anda saja suka lepak sampai habis untuk tengok kredit filem sebagai penghormatan kepada mereka yang menjayakan filem ini. Atau sekadar nak lepak lebih lama sikit atas kerusi empuk ibarat pakej bersama yang anda dah bayar untuk tengok wayang.

Ruangan komen telah ditutup.