Moving Forward As One

Ulangtahun Pemergian Pembebas Baitul Maqdis – Salahudin Al-Ayyubi

2,205

4 Mac 1193, pengasas Empayar Ayubbiah, pembebas Kota Baitul Maqdis, Sultan pertama Mesir dan Syria dan penunduk Tentera Salib, Sultan Salahuddin Al-Ayyubi telah mangkat dalam keadaan serba sederhana, membelanjakan kesemua harta miliknya kepada jalan Allah.

Baginda Salahuddin mangkat pada usia 56 tahun kerana penyakit yang tidak dapat diketahui untuk sekian lama.

Namun beberapa kajian saintis dan pakar perubatan tentera dalam merumuskan bahawa baginda Salahuddin mangkat kemungkinan besar berdasarkan catatan simptom yang dihidapi adalah disebabkan demam kepialu.

Dikatakan di penghujung hari beliau dipinjamkan ke dunia, baginda hanya memiliki 1 dinar emas dan 47 dirham perak sahaja.

Baginda miskin di dunia hinggakan urusan pengebumian baginda ditanggung oleh keluarga dan kain kafannya disumbangkan oleh para menteri baginda. Namun kekayaannya di akhirat pasti hanya Allah yang tahu.

Baginda digelar sebagai “Noble Enemy” oleh musuh-musuh Kristian nya atas keperibadian dan perwatakan yang lembut namun tegas terhadap musuh yang memohon belas ehsan kepadanya.

Kekalahan Tentera Salib dalam P.erang Hattin menyaksikan ramai sekali tentera dan pendita-pendita Kristian dijadikan tahanan p.erang. Reginauld de Chatillon, ketika P.erang Hattin merupakan pemerintah Palestin dib.unuh baginda kerana kebiadapan dan kekejamannya terhadap tahanan p.erang.

Selain itu, Chatillon turut memb.unuh jemaah haji yang pergi dan pulang dari Mekah, selain memulakan provokasi, mencetuskan konflik yang membawa kepada berlakunya P.erang Hattin.

Namun atas kemuliaan peribadi Salahuddin, tahanan p.erang lain selain 200 kesatria Templar yang dib.unuh atas arahannya, semua yang lain dilayan dengan baik, ada yang diangkat menjadi guru untuk mengajar orang Muslim, bahkan diberi kebebasan mengamalkan agama masing-masing malah bergerak di dalam Palestin selepas pep.erangan itu.

Reputasi dan keperibadian baginda ini tersebar di seluruh Eropah. Baginda dihormati lawan dan disegani rakan serta sekutu, walaupun Pope Urban III mati terkejut dek kekalahan Tentera Salib dalam P.erang Hattin.

Sehingga hari ini, banyak sekali buku-buku yang ditulis berkenaan beliau ditulis oleh penulis bukan Islam yang mengangkat baginda sebagai ikon contoh dan model ikutan kepimpinan dan keperibadian unggul seorang pemimpin dunia dan dinasti Islam.

Di hari Jumaat yang penuh keberkatan dan penghulu segala hari ini, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada baginda Salahuddin Al-Ayyubi yang telah pergi ke negeri abadi 828 tahun yang lalu. Semoga semua syahid baginda ke jalan Allah mendapat tempat selayaknya.

Ruangan komen telah ditutup.