Semalam ialah ulang tahun ke-70 penerimapakaian Universal Declaration on Human Rights (UDHR) yang diwara-warakan. Sebab ada UDHR ni, baru ada ICERD, ICCPR, ICESCR, ICMW, ILUVU dan lain-lain konvensyen tentang hak asasi manusia (“human rights”) semua itu.

Jadi sejarah “human rights” dijadikan sebagai sebahagian daripada undang-undang antarabangsa adat (customary international law) baru ada 70 tahun saja. Orang yang menggerakkan benda ini ialah Eleanor Roosevelt (dalam gambar, memegang salinan UDHR), janda Franklin Delano Roosevelt, presiden US 1933-1945 yang merupakan arkitek utama UN.

FDR meninggal sebelum sempat melihat penubuhan UN, jadi Eleanor meneruskan usaha untuk merealisasikan cita-cita FDR melihat “Four Freedoms” (Freedom of expression, Freedom to worship God, Freedom from want, Freedom from fear) menjadi pegangan sejagat manusia.

Aku bukan jenis yang layan konspirasi Freemason-Illuminati-New World Order semua itu, bagi aku agenda “human rights” ni bukan nak menyesatkan manusia ke apa. Ia berniat murni, untuk membina dunia yang lebih ideal. Cuma masalahnya ialah falsafah disebalik “human rights” itu.

“Human rights” seperti yang difahami oleh Eleanor dan aktivis serta jurist lain yang menggubal UDHR adalah berdasarkan pengalaman sejarah Barat semata-mata. Cuba bandingkan UDHR dengan “Declaration of Independence” US (tahun 1776) dan “Declaration on the Rights of Man and of Citizens” Perancis (1789). Banyak persamaan kan? Terutamanya kata-kata kunci “inalienable rights”, “rights to life, liberty” dll.

Ia sama kerana mereka semua ialah brainchild filsuf politik bernama John Locke (1632-1704), orang yang memperkenalkan idea “natural rights” ke dalam leksikon politik. Locke sendiri pula mendapat idea menerusi “pengsekularan” konsep “natural law” dalam tradisi falsafah Katolik aliran “scholasticism” School of Salamanca yang mewarisi tradisi Plato, Aristotle dan Thomas Aquinas.

Nak faham “human rights”, kena faham “natural rights”. Nak faham “natural rights” dan “natural law”, kena faham perbezaan “nature vs. convention” dalam falsafah Barat ini. Menurut tradisi ini, terdapat dua jenis undang-undang: satu ialah undang-undang buatan manusia (convention), satu lagi ialah undang-undang “nature”. Natural law/rights ni lebih superior berbanding conventional law.

Susah sikit nak terjemah “nature” (physis). Ia bukan “semulajadi” atau “alam”. Lebih dekat dengan “tabii” atau “fitrah” dalam Bahasa Arab. Pemikir Barat ini membayangkan bahawa, tak kira seseorang manusia itu lahir ke dalam apa jua keadaan: raja ke, hamba ke, lelaki ke, perempuan ke, kaya ke, miskin ke, kesemua mereka dilahirkan dengan hak-hak tertentu, dan inilah asasnya “natural rights” yang kemudian dikodkan sebagai “human rights”.

Jadi titik tolak “natural rights” ini sebenarnya manusia dalam keadaan “state of nature” yang tidak mempunyai apa-apa ikatan atau identiti. Manusia macam kain putih. Dan “hak” bagi manusia sebegini semestinya bersifat individualistik kerana mereka belum kenal kehidupan bermasyarakat lagi.

Oleh itu, konsep “natural rights” dan “human rights” ni sebenarnya satu hipotesis yang masih diperdebatkan. Ramai pemikir termasuk Edmund Burke, Jeremy Bentham dan Karl Marx menolak idea ini. Mungkin mereka akan dicemuh sebagai fasis bigot whatever pada hari ini.

Namun konsep natural/human rights ini telah di-promote jadi nilai “sejagat” menerusi mekanisme UN. Semasa tahun 1948 UDHR diterima pakai, UN ada dalam 58 ahli saja. Tanah Melayu belum merdeka lagi. Negara-negara sosialis menolak. Saudi menolak. Yang terima ni kebanyakan negara Kristian dan sekular, jadi mereka tak ada masalah dengan pengkonsepan “human rights” dalam kerangka natural law/rights.

Menjelang 1980-an dan 1990-an, baru orang nampak, eh, sebenarnya pengkonsepan “human rights” menurut UDHR ni problematik. Negara-negara Islam kemukakan Cairo Declaration on Human Rights in Islam sebagai alternatif. Lee Kuan Yew mengkritik keras “human rights”, baginya orang Timur melebihkan “collective good” berbanding “personal rights”. Baginya falsafah natural/human rights ni tak sesuai untuk sistem nilai (“value system”) orang Timur.

Benar, “hak-hak” dalam UDHR banyak nampak macam sejagat (“universal”). Menghargai nyawa. Melarang penyeksaan. Memberi perlindungan kepada pelarian. Melayan semua manusia secara sama rata tanpa mengira darjat. Semua itu kan diajar dalam Islam? So human rights is compatible with Islam, isn’t it?

Bukan macam tu. Walaupun sama, tapi tak serupa. “Human rights”, titik tolaknya ialah dunia yang berpaksikan manusia (anthropocentric). Manusia dalam keadaan state of nature ialah tuan kepada dirinya. Manusia dijadikan sebagai kayu ukur kepada apa yang hak, apa yang tak hak.

“Hak” dalam Islam yang theocentric (berpaksikan Tuhan) pula lain. Manusia dalam “state of nature” atau keadaan fitrah bukan manusia yang bebas daripada ikatan. Alastu birabbikum qalu bala shahidna. Malah “hak” manusia menurut Islam ada bahagian yang merupakan hak Allah, ada yang hak Alam. Lain.

Kita tak pernah dilahirkan sebagai manusia dalam “state of nature” seperti dibayangkan dalam teori “human rights”. Kita semua dilahirkan ke dalam masyarakat yang mempunyai identiti. Kita semua merupakan anak dan cucu kepada somebody. Kita semua mempunyai legasi dan heritage yang perlu kita pikul. Sekiranya “human rights” gagal untuk mengambil kira aspek-aspek ini, maka berlakulah kezaliman yang teramat.

Tak perlu kita terlalu taksub dengan konsep “human rights” seolah-olah ia absolute truth yang tak boleh disanggahi. Tak perlu juga kita terlalu paranoid dengan “human rights”. Knowledge is power. Sebelum kita menentang/menerima sesuatu idea, pastikan kita betul-betul faham, dan know what we stand for.

70 tahun dah lalu, mungkin dah sampai masa untuk komuniti dunia “renegotiate” human rights.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.