Pada zaman purba, seorang yang sakit tidak akan membaca buku perubatan untuk mengetahui tentang sakitnya. Dia akan pergi berjumpa dengan doktor untuk menyelesaikan sakitnya. Dan doktor tersebut berdasarkan pengetahuannya, akan menyelesaikan berdasarkan cases study doktor-doktor terdahulu tentang simptom-simptom sakit yang dialaminya. Sudah tentu dia turut menyelesaikan masalah sakit itu berdasarkan buku-buku perubatan yang dah diiktiraf.

Kemudian, kalau doktor itu adalah pengganut aliran Perubatan Ayurveda, maka kaedah rawatan berdasarkan aliran Ayuverda. Kalau dia merupakan pelajar aliran Perubatan Tradisional Cina, maka dia akan merawat berdasarkan aliran tersebut dan begitu juga dengan Perubatan Yunani.

Perubatan Tradisional Cina menggunakan prinsip lima unsur sebagai asas iaitu Api, Air, Kayu, Besi dan Tanah. Sekarang ia diamalkan di seluruh dunia khususnya di Cina. Malaysia juga tidak ketinggalan untuk menerima sistem ini. Kedai yang menjual herba-herba Cina dikenali sebagai sensei. Antara teknik perawatan yang terkenal ialah akupunktur.

Perubatan Ayurveda menggunakan prinsip empat unsur sebagai asas iaitu Api, Angin, Air dan Tanah, ditambah dengan unsur kelima yang seimbang iaitu akasha. Ia diamalkan secara meluas di India dan menjadi salah satu cabang bidang perubatan di universiti-universiti di India. Ia mempunyai banyak persamaan dengan Perubatan Yunani-Arab.

Perubatan Yunani diasaskan oleh bangsa Yunani. Sistem ini menggunakan prinsip empat unsur sebagai asas iaitu Api, Angin, Air dan Tanah, ditambah dengan unsur kelima yang seimbang iaitu Aeter. Tokoh utamanya ialah Hippocrates dan Galen. Aliran ini berkembang ke negara-negara Islam melalui aktiviti penterjemahan.

Ia diperbaiki dan dikemaskini oleh ilmuan Islam seperti Ibnu Sina dan Ibnun Nafis. Kitab Al-Qanun Fit Tibb yang ditulis oleh Ibnu Sina menjadi rujukan utama universiti-universiti di Eropah selama ratusan tahun. Apabila Eropah mula memasuki era Renaisans, mereka mula mengkaji sendiri dan ketika itu bermulalah Perubatan Moden.

Sekarang kita sematkan analogi di atas pada situasi yang lebih kurang sama. Seorang muslim mempunyai masalah dalam isu tertentu dalam kehidupnnya. Maka, si muslim tadi berjumpa dengan seorang ustaz yang lebih berpengetahuan daripadanya.

Maka si ustaz cuba untuk menyelesaikan masalahnya, akan merujuk kepada Al-Quran sebagai sumber utama kepada permasalahan ummah, dan juga al-hadis sebagai cases study kepada kes-kes yang berlaku pada zaman nabi yang dulu yang berkaitan dengan permasalahan hukum yang lebih kurang sama.

Dan sudah tentu dalam menyelesaikan permasalahan itu, dia akan mengikut aliran pemikiran dalam mazhab yang sudah selama ribuan tahun membahaskan masalah fiqh tentang isu yang dibawa. Kalau ustaz itu pengikut Aliran Syafie, sudah tentu dia akan selesaikan berdasarkan pakar-pakar dalam aliran Syafie.

Kalau ustaz itu pengikut aliran Hanafi, sudah tentu permasalahan hukum itu akan diselesaikan dalam ruang lingkup aliran pemikiran Hanafi itu sendiri.

Seperti mana aliran dalam perubatan yang dipaparkan di atas yang mempunyai pemikiran dan disiplin mereka tersendiri, begitu juga aliran pemikiran dalam Islam iaitu mazhab, bagaimana pakar-pakar dalam aliran pemikiran tertentu menggariskan dispilin untuk menyelesaikan sebuah permasalahan.

Dan ustaz tadi adalah doktor, pakar dalam isu agama. Dan seperti doktor, ustaz tersebut perlu untuk menyelesaikan sebuah permasalahan hukum berdasarkan sumber seperti Al-Quran dan Al-Hadis (Sunnah). Dan cara bagaimana ustaz tersebut menyelesaikan sebuah permasalahan adalah berdasarkan aliran pemikiran yang diikutinya dalam setiap sekolah aliran dalam As-Sunnah Wal-Jamaah.

Kalau dalam bidang perubatan kita boleh menerima perkara yang seumpama dengannya, tetapi dalam soal agama kita menolaknya?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply