1. Syeikh Haji ‘Abdullāh bin Ibrahim merupakan nama sebenar beliau , namun digelar dengan ‘Fahim’ kerana kemampuan beliau memahami dan menguasai cabang-cabang ilmu agama yang luas.

2. Beliau lahir di Makka pada tahun 1870 dan banyak dibimbing oleh bapanya sendiri, Syeikh Ibrahim Haji Tahir yang juga merupakan salah seorang tenaga pengajar di Masjidil Haram ketika itu. Kedua-dua anak beranak ini pernah dilantik menjadi Ahli Lembaga Masjidil Haram.

3. Pada tahun 1915, Syeikh ‘Abdullāh kembali ke Tanah Melayu setelah bapanya meninggal dunia di Makkah dan mengajar di rumahnya sendiri di Kepala Batas, serta di Pondok Tn Hj Wan Sulaiman di Alor Setar.

4. Kemasyhuran beliau diiktiraf Istana Kedah apabila beliau dipanggil sebagai guru agama di Istana manakala Sultan Perak pula pernah melantik beliau sebagai pengetua Madrasah Idirisiah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada tahun 1931.

5. Sekembalinya di Kepala Batas, beliau membuka Sekolah Daeratul Maarif Al Wataniah dan memperkenalkan saduran moden dalam proses pengajian turath Islam, dengan memperkenalkan pakaian seragam sekolah kepada pelajar di sana.

6. Pengalaman beliau yang luas serta pergaulannya dengan para ulama’ seantero dunia ketika di Makkah menyebabkan Syeikh memiliki semangat nasionalisme dan patriotisme yang jitu dalam memperjuangkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

7. Beliau aktif terlibat dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, PEKEMBAR atau lebih dikenali sebagai UMNO dan memilih untuk kekal bersama UMNO setelah penubuhan PAS pada 1951 atas dasar hendak mengelakkan perpecahan dalam kalangan orang Melayu.

8. Beliau telah mencadangkan kepada rombongan Tunku Abdul Rahman yang berangkat ke London pada tahun 1956 agar menaiki kapal laut supaya mempunya lebihan masa untuk berbincang dan berfikir.Rombongan ini bertujuan untuk menuntut kemerdekaan Malaya daripada British.

9. Cadangan beliau diterima dan rombongan Tunku Abdul Rahman berlepas ke London pada 1 Januari 1956 menaiki kapal MV Asia yang bertolak daripada Singapura.

10. Sekembalinya rombongan Tunku, Syeikh Abdullāh lagi sekali mengusulkan agar tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan pada 31 Ogos 1957 berdasarkan penelitian beliau melalui ilmu falak yang dikuasainya.

11. Syeikh Abdullāh pernah mengarang sebuah syair kemerdekaan dan cinta tanah air, sebagaimana yang pernah dinukilkan kembali di laman FB Nahdatul Ulama Malaysia:

يطيب النشيد بذكر الوطن
Lunaknya mendendangkan nasyid memperingati tanah air

ليحي الملايو ويستقل الوطن
Hidup Melayu tanah air merdeka

وفي السر تشدو به والعلن
Yang dialunkan ketika bersendirian dan ketika terbuka\

فكم للبلاد علينا منن
Banyaknya nikmat yang dicurahkan tanah air ke atas kita
وكم طوف الجد فصل الوطن
Dan banyaknya kurniaan tanah air di sekeliling orang yang gigih berusaha
لك الحمد يا ربنا والثنا
Segala pujian milik-Mu jua Wahai Tuhan kami

وندعوك يا رب كن عوننا
Kami memohon kepada-Mu Wahai Tuhan bantulah kami
وقو الرجاء بنيل المنى
Kuatkanlah harapan untuk mencapai cita-cita
بعز البلاد وعز الوطن
Demi ketinggian negara dan demi ketinggian tanah air

12. Syeikh Abdullāh meninggal dunia pada 28 April 1961 ketika beliau berusia 92 tahun di kediamannya di Kepala Batas.Cucunda beliau, Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi merupakan mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke 5.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Orang Pekan atau nama sebenarnya Mohammad Faeez Harith bin Khairil Anuar merupakan seorang pendakwah bebas yang memegang Tauliah Jabatan Agama Islam Selangor. Beliau juga merupakan jurulatih kecergasan sepenuh masa di Clark Hatch Fitness, One World Hotel, Bandar Utama Petaling Jaya. Follow Twitter beliau di: https://twitter.com/H_Bakkaniy

Comments are closed.