Ketika ini lebih 100,000 tentera Russia sudah tiba di sempadan Russia-Ukraine.
Kapal-kapal perαng Russia juga mula tiba di Crimea melalui Selat Bosphorus dan latihan ketenteraaan sedang dilakukan di Belarus bersama askar Russia.
Di pihak NATO pula, bersama US dan UK, beribu-ribu askar sudah dihantar ke negara sempadan sekutu NATO seperti Poland dan Romania.
Bantuan senjata canggih juga sedang dibekalkan kepada Ukraine oleh US bagi persediaan menghadapi serangan Russia.
Perisikan US mengatakan perαng sudah tidak dapat dielakkan, malah semua rakyat US sudah pun diarahkan leluar dari Ukraine.
Russia pula dalam keadaan terdesak kerana permintaan mereka agar NATO tidak masuk campur di Ukraine seolah tidak dilayan.
Ada sesiapa yang belum mendapatkan koleksi buku daripada Ayman? Kalau masih ada yang belum, jom rebut peluang ini sekarang! Klilk:shopee.com.my/thepatriotsasia
Ukraine adalah sangat penting bagi Russia dari segi sejarah, geografi dan sosial.
Sejarah negara Russia, Ukraine serta Belarus itu sendiri bermula dari susur galur sama kerajaan lampau Kievan Rus.
Ianya adalah impian terhebat Putin untuk menyatukan kembali susur galur ini setelah kejatuhan Soviet Union agar kegemilangan Russia boleh dikembalikan.
Dari segi Geografi, Ukraine sangat penting kerana ia menjamin akses kepada Laut Hitam yang boleh digunakan sepanjang tahun berbanding akses Laut Utara yang hanya boleh dilalui pada masa tertentu sahaja akibat liputan ais.
Bagi Russia, mereka tidak ada banyak pilihan jika mahu menjamin keselamatan dan kedaulatan negara mereka.
Jika Ukraine berjaya di-NATO kan, maka ia umpama check-mate kepada cita-cita Putin.
Oleh itu, perαng nampak sudah tidak boleh dielakkan, kecuali ada solusi diplomatik yang kini nampak sangat sukar.
Jika perαng ini berlaku, kesannya akan dirasai seluruh dunia.
Harga minyak, gas, dan sektor tenaga akan meningkat dan ripple effectnya akan dirasai oleh semua lebih-lebih lagi dalam situasi inflasi akibat ‘bottlenect’ produksi dan logistik di seluruh dunia sekarang ini.
Malah, kebimbangan paling besar ialah jika ianya melarat melibatkan negara NATO yang bersempadan.
Mengikut doktrin NATO, serangan terhadap mana-mana negara sekutu adalah sama seperti serangan terhadap semua. Maka negara seperti US, UK, Perancis, German tiada pilihan kecuali turut terpaksa “turun padang” jika perαng berlarutan ke negara seperti Poland atau Romania.
Artikel oleh Fathul Farisan untuk The Patriots.
—
Jika nak memahami bagaimana Politik Putin berfungsi, kami nak cadangkan pembelian buku terbaru kami, bertajuk Putin, Tsar Moden Russia di pautan: https://www.thepatriots.store/store/latest/putin-tsar-moden-russia/




No comments yet