Moving Forward As One

Ukiran Dinosaur Ditemui Di Kuil Purba Di Kemboja

1,937

Saintis sependapat bahawa reptilia besar bernama dinosaur yang pernah memerintah dunia telah pupus pada 65 juta tahun dahulu, sebelum manusia menjadi penghuni dunia seterusnya. Tetapi terdapat ukiran yang aneh menyerupai dinosaur di sebuah kuil yang pernah menjadi sebahagian kota Angkor, sebuah ibu kota empayar Khmer dahulu. Nama kuil itu adalah Ta Prohm.

Berminat nak dapatkan kad raya Patriots dan sampul raya? Beli di: t.ly/D0J9

Jika pembaca pernah melihat kuil yang diliputi oleh akar pokok gergasi dari carian Google, itulah kuil Ta Prohm. Kuil ini dibina pada fasa pemerintahan Jayavarman VII (1181-1218) sebagai tempat ibadah bagi pengamal ajaran Buddha Mahayana. Selepas keruntuhan empayar ini, kuil itu ditinggalkan dan menjadi sebahagian dari hutan belantara.

Kemudian, kuil Ta Prohm ditemui semula pada abad ke-19 Masihi, di mana terdapat aktiviti ekskavasi terhadap kota Angkor. Sehingga kini, kuil itu menjadi kawasan perlancongan bersejarah dan dipulihara dengan teliti agar binaan kuil kuno itu tidak dirosakkan oleh pengunjung.

Inilah ukiran rupa dinosaur pada dinding kuil Ta Prohm.

KEWUJUDAN UKIRAN DINOSAUR BERBENTUK STEGOSAURUS

Agak aneh jika ukiran berbentuk dinosaur benar-benar wujud di dinding kuil Ta Prohm ini. Apabila melihat ukiran ini, rupa ukiran itu seakan-akan spesis dinosaur herbivor bernama Stegosaurus kerana belakang ukiran berupa dinosaur ini mempunyai kepingan serupa dengan gambaran Stegosaurus.

Dari ukiran ini ramai pihak percaya terutamanya pengamal ‘creationist’ (mereka yang menentang teori evolusi Darwin) bahawa dinosaur telah muncul bersama manusia melalui ‘bukti ‘ tersebut.

Benarkah ukiran itu betul-betul ukiran dinosaur sebenar seperti orang Khmer ketahui mendahului kita? Apabila melihat ukiran itu, kita boleh kata bahawa itu adalah ukiran dinosaur, namun terdapat masalah untuk mengiyakan hipotesis ini. Masalah pertama adalah kepingan di belakang ‘dinosaur’ yang berbeza bilangannya di dinding lain kuil.

Terdapat ukiran ‘dinosaur’ yang kepingan di belakangnya semakin menghilang sehingga rupanya tidak lagi rupa dinosaur, malah ia lebih kepada rupa badak sumbu. Maka, adalah mustahil untuk mendakwa bahawa ukiran-ukiran dinosaur yang ditemui seluruh kuil adalah Stegosaurus sebenar.

Ukiran tersebut berbentuk sama dengan dinosaur herbivor bernama Stegosaurus (gambar) yang hidup pada 155 juta hingga 150 juta tahun dulu.

Jika mahukan ukiran Stegosaurus dengan teliti, para pengukir akan tetapkan bilangan kepingan dinosaur itu tanpa mengubahnya. Dengan ukiran dinosaur yang berubah jumlah kepingan berkemungkinan ukiran itu bukanlah berbentuk dinosaur. Tambahan lagi, kepalanya ada telinga dan gading, berbeza dengan Stegosaurus yang langsung tidak ada kedua-dua organ ini.

Berkemungkinan ukiran dinosaur yang kekurangan kepingan adalah spesis Stegosaurus yang lain, mengikut penyokong teori Stegosaurus. Sesetengah pengkaji juga memberikan hipotesis bahawa Stegosaurus ini adalah ‘dinosaur domestik’ di mana kepingannya dibuang sebagai langkah keselamatan. Mereka juga mendakwa rupa telinga di kelapa dinosaur itu adalah tali yang mengikat kepala.

Dari kedua-dua dakwaan ini, melalui dakwaan pertama berkemungkinan juga terdapat spesis Stegosaurus yang kurang kepingan belakang badan namun dakwaan ini hanya spekulasi semata-mata kerana faktanya adalah dinosaur tidak lagi wujud ketika fasa empayar Khmer. Mana mungkin ukiran berupa dinosaur ini mampu melawan fakta, kan?

Kuil Ta Prohm, Kemboja.

Dakwaan kedua juga mengalami komplikasi yang sama. Jika benar Stegosaurus ini adalah ‘dinosaur domestik’ orang Khmer, bukti tulang dinosaur ini diperlukan namun sepanjang ekskavasi kota Angkor, tidak ada satu pun tulang sebegitu ditemui, apatah lagi tali pengikat kepala yang kononnya mengikat Stegosaurus.
Berbalik kepada soalan utama? Apakah ukiran dinding kuil Ta Prohm adalah ukiran dinosaur?

MUNGKIN JUGA HAIWAN BADAK SUMBU ATAU BABI HUTAN ATAU…

Mungkin juga ukiran berupa dinosaur ini adalah haiwan-haiwan yang hanya orang Khmer ketahui. Para ahli akademik menilai bahawa ukiran tersebut berkemungkinan rupa badak sumbu, babi hutan,atau cicak chameleon. Namun dakwaan yang utama adalah ukiran itu adalah ukiran badak sumbu kerana kepalanya berbentuk hampir sama dengan badak sumbu sebenar dan juga mempunyai telinga dan gading.

Walau bagaimanapun, gambaran sebenar ukiran itu masih samar-samar. Kita masih tidak boleh lari dari membayangkan bahawa ukiran itu berbentuk dinosaur dan bukti hubungan orang Khmer dengan badak sumbu, babi hutan, dan cicak chamelon masih tidak ditemui.

Ukiran dinosaur bersama ukiran lain juga mempunyai motif haiwan atau makhluk mitos.

Jika benarlah bahawa Stegosaurus wujud di bumi Khmer, ada beberapa perkara yang sememangnya menyimpang dari hipotesis Stegosaurus sebagai ‘dinosaur domestik’. Pertama adalah keadaan persekitaran atau habitat Stegosaurus. Stegosaurus memerlukan kawasan habitat yang luas dan selamat dari sebarang ancaman seperti pemangsa T-Rex atau manusia.

Manakala bumi Khmer pula manusia telah bertamadun sejak fasa Paleolitik dan berkembang dengan pembinaan kuil-kuil dan negara-kota. Tambahan lagi, pembinaan ladang-ladang untuk menampung populasi empayar Khmer.

Berminat nak dapatkan kad raya Patriots dan sampul raya? Beli di: t.ly/D0J9

Dengan ciri Stegosaurus yang perlukan pengasingan dan kawasan habitat besar tanpa kekacauan, serta pembangunan empayar Khmer yang semakin pesat pada waktu itu, berkemungkinan Stegosaurus pupus cepat sebelum orang Khmer menemui dinosaur hebivor ini. Jadi, teori ‘dinosaur domestik’ ditolak sama sekali.

KESIMPULANNYA?

Tidak ada lagi jawapan mutlak akan kemisterian ukiran dinosaur kuil Ta Prohm. Masih ramai pengamal ‘creationist’ yang percaya manusia dan dinosaur pernah bertemu. Ada antara pengkaji mengandaikan ukiran itu sama ada badak sumbu, babi hutan, cicak chameleon, atau haiwan mitologi yang hanya orang Khmer tahu.

Selagi tiada bukti arkeologi yang berkait dengan andaian dan teori tersebut, kemisterian ukiran dinosaur masih menghantui dunia arkeologi. Hanya tunggu masa saja untuk mendapatkan jawapan dari misteri kuil Ta Prohm ini.

RUJUKAN:

Strom, C. (21 April 2021). Does Ta Prohm Temple Depict a ‘Domestic’ Dinosaur? Ancient Origins.

Ruangan komen telah ditutup.