Ucapan Martin Luther King Dan Arab Spring

0
525
views

Saya dengar salah satu lagu Linkin Park (saya Linkin Park “fanboy”. Ya, saya tahu Chester sudah tiada) dalam album keempat mereka bertajuk A Thousand Suns, track ke 11 yang bertajuk “Wisdom, Justice and Love”. Ramai yang tidak mengetahui bahawa ia bukan sekadar lagu sebenarnya tetapi “remix” ceramah yang diambil dari ceramah seorang aktivis dan pendeta terkenal iaitu Martin Luther King Jr.

Dalam lagu tu, Suara Martin Luther King kedengaran dan semakin lama suaranya berubah menjadi perlahan dan mendalam dan pada hujung lagu tersebut ayat terakhir di ulang berkali-kali dengan suara Robotic dan bila dengar memang seram kalau dengar. Ini ceramah beliau dalam lagu tersebut, saya terjemahkan,

“I come to this magnificent house of worship tonight because my conscience leaves me no other choice. A true revolution of values will lay hands on the world order and say of war: “This way of settling differences is not just.” This business of burning human beings with napalm, of filling our nation’s homes with orphans and widows, of injecting poisonous drugs of hate into veins of people normally humane, of sending men home from dark and bloody battlefields physically handicapped and psychologically deranged, cannot be reconciled with wisdom, justice and love.” – (Beyond Vietnam: A Time to Break Silence by Rev. Martin Luther King – 4 April 1967)

Terjemahannya

“Berdiri saya di rumah Ibadah ini, kerana sifat pemerhatian saya membuatkansaya tidak mempunyai pilihan lain. Mereka menyatakan bahawa perperangan jalan penyelesaian dan bagi saya, perperangan ini tidak adil. Perang ini bagaikan sebuah bisnes di mana ia digunakan untik membakar manusia dengan Napalm. Menjadikan negara kita dipenuhi anak-anak yatim, janda dan duda. Bahkan menyerang atau menyuntik manusia untuk mempengaruhi kejahatan sesama manusia dengan menghantar manusia pergi ke tempat lain untuk membunuh sesama sendiri mengakibatkan manusia pulang dengan kecacatan dan penyakit mental dan trauma. Seolah-olah tidak boleh diselesaikan (dipujuk) dengan kebijaksanaan, keadilan dan kasih sayang” – Salah satu ceramahnya menentang Perang Vietnam. 1967 (Terjemahan Kasar daripada saya).

Dalam lagu itu juga, ayat terakhir ceramah beliau diulang berkali-kali iaitu: “Cannot be Reconciled with Wisdom, Justice and Love.” (Tidak boleh diselesaikan(pujuk) dengan kebijaksanaan, keadilan dan kasih sayang). Ayat ini sebenarnya amat menakutkan jika anda memahaminya.

Maksud beliau, perperangan ini bagaikan penyakit manusia, membunuh sama sendiri sehingga kebijaksanaan, keadilan dan kasih sayang dalam diri kita tidak dapat membendung nafsu membunuh manusia. Jika anda nak dengar lagu ini (hanya 1 minit 40 saat sahaja) anda boleh carinya di ejen carian google atau di Youtube. Tulis kata kunci ini – “Linkin Park -Wisdom, Justin and Love.”

Ceramah Martin Luther King Jr. Ini masih relevan sehingga kini walaupun ceramah itu sudah 50 tahun lamanya dan beliau sudah meninggal dunia pada tahun 1968 akibat dibunuh pembunuh upahan. Apa yang beliau katakan ketika itu masih berlaku sehingga kini.

Manusia berperang sama sendiri, Amerika serang Afghanistan, Iraq, berlakunya Arab Spring, perang Cechnya, Perang Saudara Thailand, Krisis Filipina, Perang Timor Leste dan macam-macam lagi. Saya paling kecewa sekali perang saudara yang menyusuli krisis Arab Spring di mana satu keterangan atau fatwa dari seseorang, beratus ribu dan berjuta manusia mati dan hidup merempat.

Jika nak dibandingkan, Martin Luther King Jr., beliau adalah seorang aktivis keamanan dan memperjuangkan hak orang kulit hitam. Beliau menentang habis-habisan perang dan berusaha untuk menghapuskan sifat perkauman di Amerika Syarikat. Bahkan beliau sanggup turun menghadap orang ramai memberikan ceramahnya untuk meyakinkan orang ramai tentang perang bukan penyelesaian.

Situasi Arab Spring pula, fatwa melawan pemimpin sedia ada atas alasan mereka tidak ikut Islam lagi disebarkan, sedangkan dalam Islam kita diajar taati pemimpin selagi dia tidak menyuruh kita melakukan maksiat dan tidak mengganggu institusi Islam. Hormati dan pertahankan mereka.

Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengekalkan keamanan negara dan dunia seperti zaman kegemilangan empayar-empayar Islam yang terdahulu. Akibat dari fatwa tersebut, maka rakyat di negara Arab yang berperang habis sengsara. Apakah kita harus malu pada Martin Luther King Jr yang merupakan seorang pendeta Southern Baptist Church di Atlanta yang lebih menyeru mesej keamanan berbanding orang Islam?