Orang kita selalu bising mengenai ubat moden yang kononnya penuh bahan kimia pelik pelik, berbahaya lalu menjual naratif harus menggunakan ubat semula jadi seperti herba kalau mahu selamat. Hakikatnya, ramai yang tidak mengetahui bahawa 80% daripada ubat-ubatan moden kita adalah bersumberkan ubat semula jadi, cuma diasingkan komponen kimia yang bagus, dipekatkan, dan dikomersialkan menjadi lagi murah. Yang paling menarik ialah, ubat yang paling ‘natural’ dan paling power ialah vaksin.

Orang kita fikir, makan herba semua tu semata-mata dah cukup, tapi sebenarnya reaksi badan terhadap herba sama je dengan reaksi badan pada ubat moden. Ia setakat merangsang sel dan sistem badan untuk bertindak itu dan ini. Ubat yang betul-betul power ialah ubat yang merangsang sel limfosit, komando sel darah putih dalam badan. Cuba teka ubat jenis mana yang power dalam benda ni? Vaksin.

Selalunya, bila kuman masuk badan, sel-sel darah putih akan mula serang kuman ni. Kalau kuat sangat, limfosit akan masuk campur. Kadangkala, terdapat kuman yang memiliki strain power, jadi ia agak susah nak membunuh mereka. Sebab itulah penyakit seperti HIV, H5N1 semua itu tidak mempunyai penawar kerana penyakit ini mmapu menembusi sistem pertahanan badan kita.

Berbalik pada sistem imun kita, sel limfosit kita mempunyai fungsi lain yang penting selain daripada membasmi kuman. Selepas limfosit membunuh kuman, mereka akan hasilkan sel memori (Memory B cell). Andai kata penyakit dan kuman yang sama serang balik, memory cell ini akan terus hasilkan limfosit yang boleh membunuh kuman tu, kereka depa ada simpan maklumat mengenai kelemahan kuman tersebut. Sebab tu lah, kalau anda dah pernah kena chicken pox, anda tak akan kena balik sebab dah bersepah memory cell chicken pox tu dalam badan.

Mekanisme vaksin ni sebenarnya 90-100% sama dengan mekanisme semula jadi sistem imun yang saya cerita tadi. Bezanya, vaksin tu kita cucuk kuman (misalnya, polio) yang lemah. Benda ni akan buat sel limfosit senang nak bunuh depa dan seterusnya hasilkan jutaan sel memori. Awal tahun 1900-an, penyakit ni sangat berbahaya. Kalau selamat pun, bekas pesakit tu kena pakai paru paru besi sampai mati (rujuk gambar). Sekarang, penyakit ni kita dah tak dengar sangat. Hampir pupus. Semua ni sebab vaksin.

Sebab tu aku cakap, kalau hangpa pernah dengar ada orang dok jaja cerita vaksin tu bahaya, makan ubat natural boleh rawat penyakit macam H5N1 bagai tu, hangpa ludah kahak je la dalam mulut depa. Kasi transfer ‘vaksin semula jadi’ pada depa. Ya, antara vaksin paling tertua pernah dicatatkan ialah kahak bekas pesakit (sekitar abad ke-18). Lagi awal daripada tu ialah kuping luka (abad ke-10).

Ya, marilah kita meludah ke dalam mulut antivax!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Comments are closed.