Golongan LIBHANAT ni memang Twitter saja tempat dia boleh bermaharajalela. Platform social media lain dia tak boleh survive. Kalau kat Facebook, mak bapak, tokcik dia semua kat sana, takkan nak tunjuk murtad kutuk Islam kat situ. Marah pak mentua dia nanti.

Twitter adalah platform media sosial yang memang digunakan oleh semua pejuang dan revolusi. Sebab siapa saja pun boleh bersuara dari paling bawah lapisan masyarakat hingga ke atas. Kalau mesej menarik, ia akan viral tak kiralah siapapun.

Hampir kesemua revolusi moden berasaskan Twitter. Ini kerana sifatnya real time dan potensi viral yang paling cepat berbanding platform media sosial yang lain. Iran mengharamkan Twitter tapi masih mengekalkan platform media yg lain.

Facebook ada ofis di Malaysia tapi Twitter tak ada pejabat di Malaysia. Kalau kutuk di Facebook, memang cepat saja polis Malaysia boleh tangkap dan bawa ke pengadilan. Jadi pembangkang memang suka Twitter.

Pengasas Twitter sendiri akui Twitter memang tempat idea liberal berasas. Oleh kerana bertahun-tahun Twitter menjadi rumah kediaman pelbagai jenis subculture yg bukan mainstream, ia menjadi biased.

Sebenarnya, Twitter adalah “echo chamber” di mana golongan yang sama mengiyakan sesama sendiri dan tidak begitu menggambarkan masyarakat sebenar. Di sini penyokong fahaman bukan mainstream merasa mereka diterima ramai.

Tapi Twitter adalah platform yang paling senang untuk mempengaruh orang lain. Oleh kerana ia adalah platform echo chamber yang bebas, ianya mini Matrix untuk sesiapa yg berharap untuk mempengaruhi ramai orang dan banyak kerajaan menggunakan bot dan troll.

 

Walaupun pengguna Twitter di Malaysia sangat sedikit, baru nak cecah 3 juta, tetapi mereka yang di Twitter adalah pengguna media sosial peringkat aras lebih tinggi, dan berpengaruh dalam komuniti mereka sendiri.

Golongan libhanat ni semua bersatu di Twitter sebab semuanya adalah serpihan budaya (subcultures) yang tidak diterima masyarakat umum tetapi disanjung bagai raja di Twitter. Ini baik untuk golongan minoriti tapi disalahgunakan oleh libhanats.

Sebab itu tanggungjawab setiap rakyat Malaysia untuk memperjuangkan hak kita di Twitter sebagaimana askar-askar dulu berjuang berkoban nyawa untuk negara kita merdeka. Anak-anak kita pun akan ke sini satu hari dan kalau semua terpengaruh dengan dakyah jahat, kita akan tewas.

Artikel ini dinaikkan selepas mendapat keizinan penulis asalnya, @khalids. 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.