Turki Keluar Dari Kemelesetan Ekonomi Selepas PRU

568

Baru-baru ini, ada sesetengah individu mendakwa penganjuran pilihan raya umum yang baru sebagai penyelesaian kepada kemelut politik yang melanda negara ketika ini sebagai membazir dan membuang masa.

Alasannya, jika pilihan raya diadakan sekarang, ia akan memakan kos yang tinggi dan bakal memberi kesan negatif kepada ekonomi negara. Hakikatnya, ada satu negara yang berjaya pulih menjelang pilihan raya dan meneruskan kecemerlangan mereka ke tahun 2020.

Semua sedia maklum, Turki mengalami kemelesetan ekonomi selepas keputusan ekonomi dua suku tahunannya mencatat pengecutan berikutan nilai mata wang lira yang lemah dan ketegangan ekonomi dengan Amerika Syarikat.

Untuk mengelak perkara tersebut berlaku, Ankara mengukuhkan kembali nilai lira selepas kehilangan 30% daripada nilainya pada tahun 2018 dan merancakkan lagi perbelanjaan awam menjelang pilihan raya pihak berkuasa tempatan pada 31 Mac 2019.

Dan hasilnya, Turki berjaya keluar dari kemelesetan ekonomi dengan pertumbuhan sebanyak 1.3% untuk suku tahunan pertama ekonomi 2019. Dari situ, Ankara terus perlahan-lahan menapak mengukuhkan kembali ekonomi mereka.

Untuk tahun ini, Turki mensasarkan untuk menurunkan kadar inflasi kepada satu digit dan pertumbuhan ekonomi antara 3.5 hingga 4%. Ini boleh dicapai menerusi kadar faedah yang rendah dan persekitaran cairan ekonomi yang tinggi.

Menurut laporan syarikat penasihat pelaburan Deniz Yatirim, ekonomi Turki dijangka tumbuh sebanyak 3.5%. Inflasi dijangka berlegar sekitar 9.5% dengan kadar defisit ialah 1.5% daripada KDNK negara itu.

Promosi Buku DTT

Deniz Yatirim turut menyifatkan Bursa Istanbul sebagai pasaran aset dengan potensi pertumbuhan yang tinggi pada 2020. Dijangkakan Indeks BIST 100 akan mencapai pertumbuhan sebanyak 18% dan mendapat 145,000 mata untuk tahun ini.

Turki turut melaporkan peningkatan nilai pelaburan sepanjang tahun 2019 dan menjangkakan angka tersebut terus meningkat pada tahun ini.

RUJUKAN:

AFP. (2019). Turkey exits recession after election stimulus. https://www.france24.com/en/20190531-turkey-exits-recession-after-election-stimulus?fbclid=IwAR2ghdt9WFimNsjM8iCF4ejUPplkDnuqwepS0vsfCsbM6qBUt9SSwvHJ67Y

Daily Sabah. (2020). 2020 to be a year of economic recovery for Turkey, reports show. https://www.dailysabah.com/economy/2020/02/09/2020-to-be-a-year-of-economic-recovery-for-turkey-reports-show

Kutahya. (2020). Turkey sees 2020 as investment year: Minister. Hurriyet Daily News. https://www.hurriyetdailynews.com/turkey-sees-2020-as-investment-year-minister-152514

Ruangan komen telah ditutup.

PROMO

LAWATI LAMAN SESAWANG UNTUK MELIHAT HARGA PROMOSI JUALAN KECEMASAN COVID-19.

 

https://www.thepatriots.store

16108