Di dalam Indeks Negara Paling Bahagia atau Ceria, Malaysia pernah berada di tempat ke 35 di dalam senarai negara-negara paling bahagia di dunia pada tahun 2013. Pada tahun 2021, Malaysia berada di tangga ke 80, jauh jika hendak dibandingkan dalam tempoh sepuluh tahun kebelakangan.

Sebenarnya, wawasan untuk meletakkan Malaysia sebagai negara bahagia sudah bermula dari zaman Tunku Abdul Rahman. Malah, Tunku juga pernah menggelarkan dirinya sebagai Perdana Menteri Paling Bahagia Di Dunia.

Beli buku terbaru kami, KISAH KLASIK TAMADUN MELAYU di Shopee kami. Pautan: http://bit.ly/KisahKlasikShopee

Di zaman Tunku, kebiasaannya sidang akhbar Perdana Menteri akan diadakan pada hari Rabu di Bangunan Parlimen paling ditunggu-tunggu  oleh wartawan-wartawan dalam dan luar negeri.  Tunku akan berdiri di tangga utama dan para wartawan akan mengerumuninya. Tunku akan menjawab soalan-soalan yang dilontarkan oleh para wartawan tanpa sebarang prejudis.

Walaupun tampak serius, Tunku sebenarnya  sering berseloroh tapi penuh berfakta apabila ditemuramah oleh para wartawan. Contohnya, semasa ditanya mengenai pendirian Tunku terhadap Pro Barat, Tunku menjawab ” Nak buat macam mana, dah saya antikomunis. Orang kata kita sendiri boleh lawan mereka tanpa pertolongan asing sehingga orang terakhir dan bila dah habis orang terakhir, siapa lagi kita nak lawan?” Para wartawan kemudian tertawa setelah mendengar jawapan dari Tunku.

Tunku bersama para wartawan.

Kebiasaannya, apabila Tunku ternampak para wartawan berkumpul, Tunku sering berkata, “Dah datang dah lalat-lalat ni nak datang hurung” Apabila Tunku ternampak wartawan yang sudah lama tak bersua, Tunku akan berkata secara bergurau, “Hidup lagi awak rupanya.”

Walaupun seorang perdana menteri, Tunku sebenarnya seorang yang mudah didedekati dan mudah untuk ditemui oleh para wartawan. Jika Tunku mempunyai urusan di Lapangan Terbang Sungai Besi, para wartawan akan menunggu kehadiran beliau dan Tunku akan berhenti di tepi jalan dan seterusnya melayan pertanyaan oleh para wartawan. Jika sesebuah majlis itu selesai, Tunku akan menjemput para wartawan untuk duduk dan bersembang dengannya sehingga lewat malam.

Selain para wartawan, Tunku juga amat disenangi oleh para seniman pada ketika itu. Ketika P.Ramlee mengetuai rombongan PERSAMA ( Persatuan Artis Malaya) untuk menemui beliau, P.Ramlee membahasakan dirinya Patik. Walaubagaimanapun, setelah mengetahui P. Ramlee berasal dari Pulau Pinang, Tunku menyuruh P.Ramlee bercakap menggunakan loghat Pulau Pinang sahaja dengannya.  Untuk membuat ahli rombongan berasa selesa dengannya, Tunku bertanya kepada mereka, dari mana?

Tunku bersama P.Ramlee

Tunku juga amat menyokong untuk menaiktaraf mutu industri muzik negara. Beliau merupakan individu yang merintis jalan ke arah penubuhan orkestra RTM. Walaupun bukan seorang ahli muzik, beliau amat gemar akan lagu-lagu joget Melayu asli dan beliau melihat muzik sebagai medium pembangunan semangat kebangsaan rakyat.

Misalnya, menjelang kemerdekaan, Tunku mahu Radio Malaya mempunyai orkestra mereka yang sendiri. Jadi penubuhan ini dimulakan dengan penubuhan Orkes Tiga Serangkai Radio Malaya yang dianggotai oleh Mahathir Yassin, Alfonso Soliano dan Jaafar Harris.

Tunku kemudian meminta untuk orkes ini berkembang sehingga keanggotaannya mencecah 12 orang dan diketuai oleh Alfonso sendiri. Tunku juga gemar menari. Menurut bekas Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Tan Sri Dol Ramli, tarian Tunku penuh berseni dan indah. Lenggang tangan dan kakinya sentiasa perlahan dan Tunku juga pandai beronggeng.

Tunku sedang menari di dalam sebuah majlis di Singapura. Kredit: nas.gov.sg

Mungkin, keramahan Tunku inilah menyebabkan beliau mengisytiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri paling gembira di dunia di dalam sebuah temuramah pada Ogos 1962. Malah, beliau pernah berkata, “Sekalipun saya bukan lagi Perdana Menteri yang gembira, tetapi dalam masa persaraan, saya hidup dalam suasana dan persekitaran yang menyeronokkan. Maka itu, saya boleh mengaku sebagai seorang yang gembira.”

Beli buku terbaru kami, TERHEMPASNYA PESAWAT MH747 di Shopee kami. Pautan: http://bit.ly/TerhempasnyaShopee

Malangnya, kegembiraan itu tidak bertahan lama,  ia direntap oleh luka tragedi 13 Mei dan ditambah lagi dengan surat layang yang ditulis oleh seorang ahli politik yang kalah pilihan raya yang kemudiannya dilantik menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali sehingga menyebabkan Tunku mengambil keputusan untuk mengundur diri sebagai Perdana Menteri pada tahun 1970.

Walaubagaimanapun, negara kita amat bertuah kerana mempunyai tokoh nombor satu paling gembira di dunia yang mana kita susah untuk kecapi di masa kini dan mungkin akan datang.

RUJUKAN:

Online, T. S. (2021, March 20). Malaysia once had the world’s happiest prime minister. The Star. Retrieved April 9, 2022, from https://www.thestar.com.my/opinion/letters/2021/03/20/malaysia-once-had-the-world039s-happiest-prime-minister

Maidin, Z. (2011). Hari Itu Sudah Berlalu. Utusan Publications & Distributors.

Marshall Cavendish Business. (2016). Conversations with Tunku Abdul Rahman.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Leave A Reply