Pada tanggal 6 Jun 2020 yang lalu Sabah telah memperingati ulang tahun tragedi Double Six ke 44.  Peristiwa tersebut telah mengorb4nkan Allahyarham Tun Fuad Stephens dan beberapa barisan kabinet Menteri Sabah pada tahun 1976.

Selepas 44 tahun berlalu ia masih meninggalkan polemik dan teka-teki yang tidak berkesudahan.

SEDIKIT MAKLUMAT MENGENAI LATAR BELAKANG TUN FUAD STEPHENS

Dilahirkan pada 14 September 1920 dengan campuran darah British, Jepun dan Kadazan, Tun Haji Muhammad Fuad Stephens yang juga diangkat sebagai Huguon Siou etnik Kadazan ini merupakan anak kepada Jules Stephens Pavitt dan Edith Cope.

Tun Fuad Stephens bersama kedua ibu bapa dan adik-beradik beliau.

Pasangan ini dikurniakan lima orang lagi cahaya mata selain Tun Fuad Stephens sendiri
Tun Fuad menerima pendidikan awal di St.Mary’s Boys School, Sandakan sebelum melanjutkan persekolahan di Sekolah St. James di Kudat, Sekolah Vernakular di Keningau dan Sekolah Sacred Heart di Jesselton atau hari ini dikenali sebagai Kota Kinabalu.

Beliau diceritakan sebagai seorang yang sangat periang dan aktif di sekolah dan merupakan pemenang Biasiswa Chee Swee Ching. Tun Fuad mampu bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik selain boleh bertutur dalam bahasa Bajau dan Hakka.

Foto diambil sebelum Tun Fuad berangkat ke Singapura.

Tun Fuad pernah menjawat jawatan sebagai guru namun pada tahun 1941, beliau berhenti untuk pergi ke Singapura kerana ingin memasuki Latihan Udara British, malangnya beliau gagal.

Beliau kemudian berkhidmat dengan sebuah Syarikat Straits Trading Company di bawah pengurusan Sir John Bagnell. Sebelum menyertai Pasukan Pertahanan Singapura (Volunteer Force) dan pernah bekerja di sebuah Restoran Jepun di Singapura sehinggalah pen4klukan Jepun ke atas Tanah Melayu, Singapura dan Borneo.

Tun Fuad seterusnya bekerja sebagai kontraktor membekalkan kayu balak untuk kerja-kerja pembangunan kepada Jabatan Kerja Raya selepas p3rang Dunia Ke-2 tamat pada tahun 1945.

MENJADI WARTAWAN

Satu fakta yang agak menarik untuk diketahui beliau pernah menjadi pemberita bagi North Borneo News (NBN) di Daerah Pantai Barat, Borneo Utara.

Pernah menjadi wartawan

Pada tahun 1953, Tun Fuad telah menubuhkan The Sabah Times. Hasil gabungan diantara North Borneo News dengan The Sabah Times atas usaha Tun Fuad sendiri.
Beberapa bulan kemudian beliau menamakan gabungan ini sebagai North Borneo News and Sabah Times.

PERKAHWINAN

Berkahwin dengan Ida

Pada tahun 1950 Tun Haji Mohamad Fuad Stephens telah menikahi seorang wanita yang dikenali sebagai Ida sebelum meninggal dunia pada April 1957. Hasil pernikahan ini Tun Fuad dikurniakan seorang anak bernama John Benedict (Johari) yang dilahirkan pada tahun 1952.

Perkahwinan kali kedua Tun Fuad

Beliau kemudiannya berkahwin dengan Toh Puan Rahimah (Cecilia June Lutter) pada 8 Februari 1958. Hasil pernikahan ini mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Affandy (Richard Bernard-1958), Asgari (James Denis-1960), Faridah (Jean Heather-1962) dan Fauziah (Aimah Eluk-1964).

SEBELUM PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

Karier politik Tun Fuad bermula selepas beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Perundangan Negeri pada tahun 1955. Tun Fuad antara salah seorang tokoh yang memainkan peranan penting dalam membawa Sabah menyertai Malaysia.

Beliau merupakan salah seorang daripada ahli yang terlibat dalam perbincangan tersebut bersama Tun Mustapha termasuk Tunku Abdul Rahman, Ong Kee Hui, iaitu Pengasas Sarawak United People’s Party (SUPP), Lee Kuan Yew, Ghani Gilong dan lain-lain lagi.
SELEPAS PEMBENTUKAN MALAYSIA

Tun Fuad Stephens menjadi Ketua Menteri Sabah pertama bermula tahun 1963 sehingga 1964.

Pada tahun 1964 beliau diserap sebagai sebahagian Menteri Kabinet di peringkat Persekutuan. Beliau menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal dan kebajikan Negeri Sabah.

Pada tahun 1973 beliau dilantik ke jawatan tertinggi Sabah sebagai Gabenor(kini dikenali sebagai Yang Di Pertua Negeri) sehingga tahun 1975.

Pada tahun 1976 parti BERJAYA memenangi Pilihan Raya Negeri Sabah mengalahkan parti USNO. Tun Fuad Stephens sekali lagi menjadi Ketua Menteri Sabah untuk kali kedua namun hanya mampu menggalas tanggungjawab selama 44 hari sahaja sebelum terlibat dalam n4has udara yang mengorb4nkan ny4wa beliau.

TUN FUAD MEMELUK ISLAM

Dilahirkan dengan nama asal Donald Stephens, Allahyarham kemudian menukarkan nama kepada Muhammad Fuad apabila memeluk Islam pada tahun 1971 tanpa membuang nama keluarga.

Namun masyarakat umum lebih mengenali tokoh yang turut memainkan peranan penting dalam pembentukan Malaysia ini dengan nama Tun Fuad Stephens.

TR4GEDI DOUBLE SIX

Pada tanggal 6 Jun 1976 Allahyarham dan beberapa barisan kabinet Menteri Sabah telah terlibat dalam sebuah n4has udara yang telah meng0rb4nkan ny4wa beliau. Pesawat GAF Nomad yang dalam perjalanan dari Labuan itu telah terh3mpas di Sembulan sebelum tiba di lapangan terbang Kota Kinabalu.

Antara detik-detik akhir Allahyarham yang sempat dirakam lensa kamera sebelum maut dalam nahas udara.

Turut terkorb4n dalam n4has udara berkenaan adalah anak sulung Allahyarham, Johari yang ikut menemani beliau pada hari malang berkenaan.

Antara individu-individu yang terlibat dalam n4has udara berkenaan adalah seperti berikut:

1. Ketua Menteri Sabah Tun Fuad Stephens
2. Menteri perumahan dan kerajaan tempatan Datuk Peter Mojuntin
3. Menteri Komunikasi dan Kerja Raya Chong Thain Vun
4. Menteri Kewangan Sabah Datuk Salleh Sulong
5. Pembantu Ketua Menteri Darius Binion
6. Setiusaha Tetap di Kementerian Kewangan Datuk Wahid Peter Andu
7. Pengarah Perancangan Unit Ekonomi Syed Hussein Wafa
8. Anak Sulung Allahyarham Johari Stephens
9. Kapten Gandhi Nathan juruterbang
10. Pengawal Peribadi Tun Fuad Koperal Said Mohammad
11. Pembantu Eksekutif Tengku Razaleigh Hamzah Ishak Atan

Peristiwa malang 06 Jun 1976 ini turut dikenali sebagai tragedi “Double Six” dan sebuah monumen bagi mengenang peristiwa malang ini telah dibina di tapak nahas bagi memperingati kejadian ini.

PENUTUP

Keluarga kecil Tun Fuad Stephens. Duduk dari sebelah kiri Allahyarham Tun Fuad Stephens, isteri Allahyarham Toh Hajah Puan Rahimah Stephens dan anak perempuan Allahyarham Faridah. Berdiri dari kiri pula Asgari, Johari, Fauziah dan Affendi juga anak-anak Allahyarham

Punca kepada n4has udara ini dikatakan akibat lebihan muatan penumpang.
Disebabkan peristiwa ini Malaysia telah mengetatkan undang-undang berkaitan termasuk bilangan penumpang dalam sesebuah pengangkutan udara khasnya melibatkan VIP.
Al-Fatihah buat Allahyarham Tun Fuad Stephens dan Johari serta barisan kabinet Menteri Sabah dan mereka yang beragama Islam dan ikut terkorb4n dalam tragedi “Double Six” ini.

Tugu Peringatan peristiwa ‘double six’

Pastinya tidak dilupakan kepada yang bukan beragama Islam juga. Kita akan tetap mengingati jasa beliau dan barisan kepimpinan Sabah yang telah pergi lebih dahulu dari kita. Jasa dan bakti mereka kepada Negeri di bawah Bayu pasti akan dikenang sampai bila-bila.

Selamat Hari Malaysia.

RUJUKAN:

1) Biodata Tun Haji Mohamad Stephens (Donald Aloysius Marmaduke Stephens).(https://istana.sabah.gov.my/Biodata%20Tun%20Haji%20Mohd.%20Fuad%20Stephens.html)

2) Arkib Negeri Sabah, Tun Fuad and ten others kill3d, (https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3040296166037001&id=114121328654514)


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Sekadar orang biasa yang mencintai sejarah dan seni budaya negara. Terutama sekali yang berkaitan dengan Negeri Di Bawah Bayu. Merupakan graduan lepasan Diploma Pengurusan Pelancongan dari Kolej Poly-Tech Mara. Peluang menulis bersama TP dilihat sebagai antara salah satu platform terbaik berkongsi maklumat dan bertukar-tukar pandangan dengan lebih ramai orang-orang hebat di luar sana

Comments are closed.