Tumbuhan Pertama Yang Tumbuh di Bulan

1,038

Ketika pesawat angkasa China, Chang’e – 4 mendarat di sisi jauh (far side) Bulan pada 3 Januari 2019, ia telah mencipta sebah sejarah. Pesawat tersebut merupakan pesawat pertama yang mendarat di sisi tersebut. Antara barang yang dibawa oleh pesawat tersebut ialah bio-sfera mini seberat 2.6 kg yang dipanggil Lunar Micro Ecosystem (LME). LME membawa 6 kehidupan yang disimpan dalam kondisi Bumi kecuali tahap graviti dan pancaran Bulan. LME membawa benih kapas, kentang, anggur, yis, telur lalat buah dan rumpai.

China telah melakukan pembangunan eksperimen biologi pertama di Bulan. Tetapi hanya benih kapas membuahkan hasil yang positif. Eksperimen ini bermula pada Januari 2019 ketika pesawat berjaya mendarat ke Bulan. Pada ketika itu, pasukan yang menjalankan eksperimen menjangka hanya satu daun yang tumbuh, tetapi data menunjukkan dua daun yang tumbuh. LME tidak dipanaskan seperti Bumi. Selepas 14 hari, pucuk kapas tersebut mati apabila suhu jatuh ke – 190 darjah Celsius. Tetapi eksperimen diteruskan untuk menguji jangka hayat LME itu sendiri.

Ketua pasukan yang menjalan eksperimen tersebut, Xie Gengxin pada awalnya mahu menghantar kura-kura kecil ke Bulan, tetapi dihalang kerana keadaan yang tidak sesuai. Prob Chang’e – 4 tidak mampu membawa muatan melebihi 3 kg. Walau bagaimanapun, sekiranya kura-kura ini berjaya dibawa ke angkasa, ia bukanlah kura-kura pertama yang pernah sampai ke angkasa kerana dua kura-kura pertama yang sampai ke angkasa pernah dilakukan oleh Soviet Union pada tahun 1968 bersama dengan beberapa jenis tumbuhan. Kura-kura tersebut menderita kelaparan ketika pulang ke Bumi, tetapi mereka selamat.

Sementara Soviet Union membawa hidupan Bumi ke angkasa, Chang’e – 4 pula merupakan yang pertama membawa hidupan Bumi (selain manusia) ke Bulan. China berusaha untuk membawa lebih banyak hidupan ke Bulan untuk misi yang akan datang dan berharap dapat membawa muatan yang lebih berat. Mereka juga berharap dapat membawa lebih banyak hidupan yang kompleks dan mereka tidak menyatakan hidupan tersebut.

RUJUKAN:

  1. https://www.sciencealert.com/china-s-lander-successfully-grew-some-cotton-plants-on-the-moon
  2. https://spectrum.ieee.org/tech-talk/aerospace/robotic-exploration/china-grew-these-leaves-on-the-moon

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.