Tumbuhan Mempunyai Deria Pendengaran?

872

Tumbuhan adalah sejenis organisma berakar yang tidak bergerak dan berupaya melakukan fotosistesis, iaitu menukarkan karbon dioksida kepada oksigen dan melepaskannya ke atmosfera. Hal tumbuhan ini memang kita sedia maklum akan kehadirannya yang mampu memberikan manfaat baik kepada hidupan di Bumi.

Tumbuhan mempunyai mekanisma pertahanan seperti pokok lada mengeluarkan asid apabila buahnya dilukai atau dimakan, pokok semalu mempunyai deria sentuh dengan daunnya menguncup apabila disentuh, dan pokok yang berupaya menjalar seperti pokok liana yang biasa kita lihat di hutan.

Tapi, apa yang uniknya tumbuhan ini adalah ‘mereka’ berupaya mendengar dan merespon suara yang hadir di sekelilingnya. Maksudnya tumbuhan mempunyai ‘telinga’ macam kita? Ini yang kita perlu bongkarkan.

Mula-mula, kita pergi ke Kepulauan Salomon yang terletak di Lautan Pasifik. Penduduk desa di sana mempunyai cara yang unik untuk menebang pokok.

Apabila sebatang pokok yang bersaiz terlalu besar untuk ditumbangkan menggunakan kapak, mereka akan membawa sekumpulan penduduk yang khusus untuk melakukan upacara memaki. Mereka mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap pokok tersebut dari pagi hingga petang selama 30 hari sehingga pohon itu mati dan tumbang sendiri

Upacara ini berhasil kerana mereka percaya bahawa dengan makian dan jeritan, ia mampu membunuh semangat pokok yang menetap di pohon yang mereka sasarkan.

Tapi kepercayaan saja tidak cukup untuk membuktikan pokok berupaya mendengar. Bagaimana dengan kajian sains?

Pada Februari 1966, Pengarah Backster School of Lie Detection dari San Diego, California, Cleve Backster membina teori iaitu setiap organisma atau benda hidup memiliki jiwa mereka. Dari teori ini beliau yakin bahawa tumbuhan juga mempunyai sifat merasai psikologi dari manusia. Kemudian beliau mencuba sebuah kajian bagi membuktikan teori ini.

Backster menggunakan alat poligraf bagi mengesan sebarang perubahan apabila dia memberikan rangsangan kepada tumbuhan. Apabila Backster berkata: Saya ingin memotong tanaman ini, tiba-tiba alat poligraf bergerak-gerak, menandakan tumbuhan yang dikaji ‘mendengar’ kata-kata pengkaji itu. Apabila berkata sebaliknya, tumbuhan itu menunjukkan reaksi yang aman, mengikut bacaan poligraf seterusnya. Maka, Backster berjaya membuktikan teori “setiap makhluk mempunyai jiwa”.

Poligraf dari kajian Backster adalah bukti kukuh bahawa tumbuhan ‘terasa’ akan kata-kata yang mengancam.

Selepas kajian Backster mendapat liputan dunia sains, para saintis kemudian meneruskan kajian aneh itu dan membuktikan sejauh mana kebenarannya. Keputusannya? mereka menyangkal kajian Backster yang dianggap sebagai mengarut. Mereka mengandaikan gerak balas tumbuhan dari poligraf berkemungkinan berasal dari gangguan luaran dan ia tiada kaitan dengan emosi tumbuhan itu. Tapi Backster tetap yakin bahawa kajiannya adalah benar.

Walau bagaimanapun, ramai saintis mempercayai apa yang Backster buktikan. Saintis India bernama Jagadish Chandra Bose percaya tumbuhan mempunyai deria pendengaran. Beliau melakukan penelitian simulasi tumbuhan dengan mendedahkan lagu. Apabila Bose memasang muzik yang menyenangkan, ‘mereka’ tumbuh lebih cepat. Apabila didedahkan muzik yang keras, ‘mereka’ tumbuh perlahan.

Tambahan lagi, ahli fisiologi dari University of Western Australia, Monica Gagliano melakukan kajian getaran suara terhadap tumbuhan. Apabila benih jagung bercambah didedahkan dengan getaran suara 220-Hertz, benih itu mengeluarkan bunyi ‘klik’. Ini penemuan menarik kerana tumbuhan tidak sekadar tumbuh lebih cepat, malah ia merespon dengan membalas suara.

Maka, tumbuhan memiliki ‘sistem saraf’ tersendiri dengan keupayaan mendengar, merasai sakit, dan memahami suara ia ‘dengar’.

RUJUKAN:

Becky O., Sound Garden: Can Plants Actually Talk and Hear? Live Science. Retrieved 9 September 2019. https://www.livescience.com/27802-plants-trees-talk-with-so…

Justin F., The Man Who Talked to Plants: The Visionary Research of Cleve Backster. Conscious Lifestyle Magazine. Retrieved 9 September 2019. https://www.consciouslifestylemag.com/cleve-backster-resea…/

Rosminah B., Cacian Tumbangkan Pokok. Infiniti Online. Retrieved 9 September 2019. https://infinitionline.com.my/cacian-tumbangkan-pokok/

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.