Tumbangnya Kota Umat Islam Baghdad Ke Tangan Mongol

922

Pra-tempah hanya di Shopee

Zaman Keemasan Islam – dianggarkan berlangsung dari abad ke-8 hingga pertengahan abad ke-13 merupakan salah satu zaman perkembangan umat manusia sejagat terutamanya di Dunia Islam dalam ilmu pengetahuan dan kemajuan dengan kota Baghdad sebagai pusat paling utama.

Sebagai sebuah kota yang menghimpunkan ribuan atau mungkin jutaan ilmu pengetahuan manusia yang bertaraf global, ibukota Kekhalifahan Abbasiyah ini turut menggalakkan dan mengalu-alukan kunjungan para sarjana dan ilmuan dari seluruh dunia yang diketahui.

Disaat limpah kurnia, kekayaan dan kemasyhurannya kian bertambah, semakin ramai para sarjana, saintis, pakar matematik dan jurutera serta lain-lain pakar berbagai bidang tertarik untuk berkunjung ke kota ini, mereka datang dari bermacam bangsa dan berbagai negeri dari seluruh peradaban.

Tetapi pada tanggal Januari 1258, tent3ra Empayar Mongol yang sempadannya semakin luas sedang mencapai perimeter sempadan kota Baghdad, dan Mongol menuntut agar Khalifah Abbasiyah ketika itu, al-Musta’sim, pemerintah tunggal untuk seluruh dunia Islam agar tunduk dan menyerahkan kedaulatan mereka kepada Khan Mongol.

“Bayangkan satu gelombang kejutan, sekiranya London dimvsnahkan hingga rata pada esok hari, maka kalian sudah semakin hampir dengan kengerian yang menemani penj4rahan kota Baghdad pada tahun 1258.”

Dibangunkan sekitar 500 tahun sebelumnya, penduduk Baghdad telah mencapai populasi melebihi satu juta dalam tempoh satu abad, menjadikannya salah satu di antara kota yang terbesar, paling makmur, dan terkenal di dunia.

Lakaran semula contoh Kota Baghdad kuno

Sekiranya kalian mahu bandingkan kota Baghdad pada waktu itu, cubalah lihat suasana kota London pada tahun 1897 – tahun ketika Ratu Victoria meraikan sambutan Jubli Emasnya, bandar Inggeris di pinggir Sungai Thames pada masa itu adalah bandar terbesar dan terpenting di dunia.

Pada tahun 1897, London dianggap sebagai tidak ada tandingannya di dunia, dan tidak ada tempat lain yang hampir setara dengan kekuatan dan pengaruhnya. Itulah ibu kota, dan titik tolak kegemilangan Empayar British. Namun, London pada akhir abad ke-19 adalah bandar yang penuh dengan jenayah, ancaman keganasan dan pelacuran. Kotanya besar, namun rakyatnya miskin.

Bagi kebanyakan sejarawan, kedatangan bangsa Mongol ke pusat keagamaan dan pemerintahan Islam adalah detik peristiwa yang paling kej4m lagi dahsyat pernah berlaku dalam sepanjang sejarah Timur Tengah dan umat Islam. Amatlah mudah untuk melihat puncanya – dan amat sukar untuk berhujah di sebaliknya – kerana Penj4rahan Baghdad akan menandakan berakhirnya Zaman Keemasan Islam.

Menolak untuk menggadai maruah kerajaan Islam dengan tunduk kepada ancaman Mongol, khalifah Abbasiyah bangkit menentang Mongol yang sedang mengepung kotanya. Tent3ra nomad yang menunggang kuda sejauh dari pintu masuk Asia Timur ini dipimpin oleh Hulagu, salah seorang cucu Genghis Khan yang sememangnya berani, zalim lagi kej4m.

Seperti biasa, semangat membvnuh telah menjadi faktor kemenangan tent3ra Mongol ketika menjatuhkan pertahanan kota Baghdad, bahkan rakyat jelata disemb3lih semahu-mahunya.

Gambar Hiasan

Dalam tempoh 10 hari ser4ngan keganasan dan kemvsnahan yang tidak henti-henti itu, Baghdad dan para penduduknya dibantai dan disemb3lih sepenuhnya. Hampir tidak diberikan sedikit pun pengecualian, warga penduduk tanpa mengira usia, jantina mahupun uzur, akan dihukum m4ti atau ditangkap untuk dijadikan hamba.

Sungai Tigris yang mengalir deras bertukar menjadi air berwarna merah — memetik salah satu frasa yang terkenal dan lazim ditulis dalam teks sejarah sebagai menggambarkan situasi ketika itu di mana Baghdad telah dibanjiri lautan d4rah lelaki, wanita, warga tua dan kanak-kanak yang disemb3lih.

Tidak cukup dengan semua ini, setiap bangunan yang menjadi simbol kemegahan di kota Baghdad termasuklah masjid, istana, bazaar dan pusat pendidikan, semuanya musnaj sama sekali, di antaranya bangunan terpenting yang dimvsnahkan pada waktu itu adalah sebuah perpustakaan yang terkenal dan terbesar di dunia, iaitu Baitul Hikmah.

Ratusan ribu teks ilmu, manuskrip dan buku sains yang tidak ternilai harganya dilemparkan bagaikan sampah ke dalam sungai, ada yang mengatakan buku-buku ini dilonggokan di antara sungai dan tebing untuk dijadikan jambatan hingga ia dibawa arus lalu menyumbat saluran air keluar dengan lambakan buku.

Menurut catatan saksi kuno, tent3ra Mongol dapat menunggang kuda menyeberangi sungai melalui buku-buku jambatan ini. Dan kali ini, sungai bertukar dari warna merah d4rah menjadi hitam pekat kerana dakwat dari buku-buku itu.

Penj4rahan Baghdad adalah berpadanan, atau hampir bertepatan di tengah-tengah antara dua zaman yang penting dalam sejarah Islam jika dikira mengikut kalendar Masehi, bermula dari kedatangan Islam pada tahun 622 hingga terbubarnya kekhalifahan yang terakhir di Uthmaniyah pada tahun 1924.

Walaupun berada di tengah-tengah antara abad itu, kemvsnahan terhadap kota Baghdad yang lama ini adalah amat mengejutkan, dan hasilnya adalah berpanjangan, jika tidak kekal sekali pun. Nama Mongol di sepanjang tempoh ini dalam sejarah menjadi satu kata kunci untuk istilah “kehancuran”.

Namun, apakah punca yang menjadikan bangsa Mongol ini sebagai bangsa perosak yang sangat teruk berbanding bangsa lain pada masa itu? Jika tidak teruk, mana mungkin Kesultanan Mamluk yang Islam sanggup menghentikan seketika persengketaan dengan musuh tradisi Islam iaitu Tent3ra Salib Eropah demi sama-sama berganding menentang kemaraan Mongol dalam Pertempvran Ayn Jalut?

Bangsa Mongol adalah kaum nomad yang mana pergerakannya yang tidak kekal konsisten dan berpindah randah memberi mereka kelebihan besar berbanding mana-mana budaya sedentari yang mengamalkan peradaban yang berpusat di sekitar kota.

Mongol sangat terkenal dengan taktik bumi hangus yang kej4m

Mongol adalah se.buah kumpulan etnik, yang berasal dari Asia utara dan tengah yang kebiasaannya menyara kehidupan dengan menjadi penggembala, dan kerana gaya hidup nomadik ini sudah pasti akan sering membawa mereka terlibat dalam setiap konflik dengan populasi yang lebih cenderung hidup menetap.

Mungkin contoh terbaik bagaimana masyarakat yang menetap cuba menyekat pergerakan bebas mereka adalah melalui pembinaan Tembok Besar China. Tembok itu pada dasarnya dibina untuk menahan ser4ngan dari tent3ra Federasi Xiongnu dari Mongolia di utara.

Kepentingan budaya nomadisme yang lebih mengatasi kewujudan masyarakat yang hidup secara bermukim adalah penting bagi pandangan orang Mongol yang mereka lihat sebagai perosak alam. Seperti di Timur Tengah, setelah umat Islam membina kota Baghdad dan Kaherah hingga maju contohnya, Mongol akan datang untuk menghancurkannya.

Adakah ini bermaksud bahawa orang-orang Mongol pada hakikatnya lebih kej4m atau lebih ganas daripada orang-orang Islam Timur Tengah atau orang-orang Kristian Eropah? Tidak semestinya.

Sebaliknya, ini menunjukkan bahawa keutamaan mereka adalah dari segi penaklvkan, adalah demi tanah untuk menggembala, untuk menyelamatkan lebih banyak ruang semulajadi, bahkan pada asalnya, suku-suku Mongol tidak pernah berper4ng untuk mendapatkan sebuah kota yang terlindung di sebalik tembok, konsep Mongol adalah bebas.

Salah satu perkara yang timbul dari kurangnya minat orang Mongol untuk merebut kota raya adalah pergerakan mereka yang sentiasa meningkat. Adakalanya terpaksa hidup hanya dengan bergantung kepada diet susu atau d4rah kuda jika kuda betina tidak menghasilkan susu, ini menandakan satu kebiasaan orang Mongol adalah mereka tidak pernah mencuci pakaian mereka.

Panji-panji Mongol

Fakta ini dikuatkan lagi dengan contoh amalan diet berat lemak samada dari susu dan daging, tidak syak lagi ini antara penyumbang kepada reputasi orang Mongol sebagai musuh yang sangat berbau, dan juga menakutkan berdasarkan beberapa catatan sejarah.

Sejarah kontemporari memberitahu kita bahawa pahlawan Mongol lebih selesa berada di atas pelana menunggang kuda, di mana dakwaan tersebut nampaknya benar dan masih lagi sah hingga ke hari ini. Sekiranya mereka perlu bergerak lebih dari seratus meter, atau lebih jauh lagi, mereka akan menaiki kuda dan menunggang.

Apa yang menarik, seorang pahlawan Mongol biasanya pasti akan memiliki banyak kuda tunggangan yang mungkin menjadi bukti bahawa mereka sentiasa menempuh jarak yang lebih jauh berbanding pasukan berkuda tradisional yang terdapat di Timur Dekat dan Eropah.

Selain menunggang kuda yang pantas menuju ke medan pertempvran, orang Mongol menggunakan lembu yang biasa dimanfaatkan untuk menarik harta benda mereka yang lebih berat dan besar dari satu tempat ke tempat yang lain.

Pra-Kejatuhan Baghdad

Pada tahun 1206, hanya 52 tahun sebelum Penj4rahan Baghdad, Empayar Mongol ditubuhkan dan dipimpin oleh Genghis Khan sebagai Khan Agung yang sekaligus mengangkat Genghis setara dengan status seorang maharaja. Cucu-cucunya akan memerintah Empayar Mongol sebagai penerus. Selain Hulagu Khan, yang mengetuai ser4ngan terhadap Baghdad kemudian memerintah sebuah negeri sendiri, Kublai Khan pula akan menaklvk China, dan Möngke Khan, yang menjadi Khan Agung yang memerintahkan Hulagu menyer4ng Baghdad.

Hulagu mengetuai kemaraan di hadapan pasukan tent3ra Mongol yang terbesar pernah dikumpulkan sekaligus, ia terdiri daripada sejumlah 150,000 tent3ra, dengan Baghdad menjadi salah satu dari beberapa sasaran utama untuk misi ini. Pertama sekali Hulagu diperintahkan untuk menundukkan Iran selatan, yang ternyata berjaya disempvrnakannya. Seterusnya, dia akan menghancurkan kultus organisasi rahsia kumpulan Hashashin atau yang kita kenali sebagai Assassin yang terkenal hari ini.

Baghdad juga turut dikenali dengan julukan sebagai pusat ilmu

Mazhab Nizari-Ismaili, mazhab yang merupakan pecahan daripada sekte Syiah bermula pada abad ke-11. Hashashin telah mencapai tahap sebagai kumpulan yang digeruni atas kerja-kerja pembvnuhan politik secara senyap yang mereka lakukan.

Walaupun telah diketahui bahawa para Hashashin ini berpusat di istana Alamut di barat laut Iran, ramai musuh mereka menganggap mereka sebagai tidak terkalahkan, atau masih belum berjaya dihapuskan oleh Hulagu kerana kemahiran Hashashin adalah bersembunyi dan taktik menyusup yang biasa mereka praktikkan.

Namun, Hulagu Khan membuktikan semua itu tidak berlaku. Setelah menghancurkan Hashashin dan kubu kuat mereka di Alamut, Baghdad adalah perhentian seterusnya dalam senarai.

Majoriti tent3ra Hulagu Khan adalah pahlawan dari Mongolia, tetapi pasukan itu juga turuy terdiri dari orang-orang Kristian, termasuk pasukan tent3ra yang dipimpin oleh raja Armenia, tent3ra Salib Frank dari Kerajaan Kota Antioch, dan orang Georgia.

Terdapat juga tent3ra Muslim dari pelbagai suku Turki dan Parsi, dan seribu lebih jurutera China yang pakar dalam membina senjata artileri yang sering mendapat permintaan ketika keperluan untuk meruntuhkan tembok sebuah kota besae.

Kekhalifahan Bani Abbasiyah

Bani Abbasiyah – kekhalifahan Islam ketiga yang memerintah di Timur Tengah sejak Nabi Muhammad S.A.W. wafat telah meningkat menjadi salah satu kuasa politik pada tahun 750 setelah menggulingkan pesaing mereka, Bani Umayyah yang berpusat di Damsyik.

Dengan mengambil namanya dari salah seorang bapa saudara Rasulullah S.A.W, Khalifah Abu Abbas al-Saffah, Bani Abbasiyah dengan pantas menguasai hampir seluruh tanah diduduki Bani Umayyah, dan akhirnya mereka berkuasa sepenuhnya ke atas sebuah kerajaan besar yang meliputi Semenanjung Arab, Afrika Utara, Levant, Syria, Iraq, Parsi dan seterusnya Afghanistan moden.

Kekhalifahan Abbasiyah yang baru berhak memilih ibu kota yang baru, dan Khalifah al-Mansur telah memilih kota yang mereka bangunkan, kota Baghdad, pada tahun 762, dan segera menghiasnya sebagai pusat pemerintahan yang sah untuk kedaulatan mereka dengan rekaan senibina bangunan yang disusun dalam bentuk bulatan dengan tembok mengelilingi kota, kerana itulah ia dikenali sebagai ‘Kota Bundar Baghdad’, adakalanya dikenali sebagak ‘Madinat as-Salam’.

Kota Bundar Baghdad

Setelah beberapa generasi silih berganti, kota Baghdad telah menarik minat begitu ramai ilmuan dan sarjana terhebat di dunia. Di samping keilmuan dan tradisi budaya Parsi dan pemerintahan Arab, ada banyak catatan yang menyatakan bahawa terdapat ramai penduduk yang berasal dari kawasan lain dari Asia, Eropah, dan Afrika.

Ramai juga orang Yahudi dan Kristian turut mendapatkan pendidikan di sana. Bahkan melalui cerita-cerita lisan orang tua-tua, dipercayai orang Melayu juga ada yang mengembara ke sana menuntut ilmu.

Pada zaman Abbasiyah juga turut wujud beberapa kerajaan Islam yang berdampingan termasuklah Empayar Seljuk dan Kesultanan Mamluk yang kemudian menjadi kerajaan pelindung legasi Khalifah Abbasiyah yang telah dijatuhkan Mongol. .

Pada tahun 1242, al-Musta’sim menjadi khalifah ke-37 Bani Abbasiyah. Zaman kegemilangan Baghdad ketika itu sudah berada jauh di belakangnya. Pada peringkat ini, khalifah Abbasiyah kebanyakannya telah menjadi tokoh yang menjadi sandaran oleh kuasa luar.

Sekiranya mereka penting sekalipun, ia kerana atas dasar mereka sebagai pewaris tradisi ortodoks Islam dan sebagai simbol kebesaran budaya, tetapi mereka tidak boleh disandarkan sebagai kuasa politik yang harus dipatuhi atau kuasa ketent3raan yang perlu ditakuti. Benar, Bani Abbasiyah sudah terbiasa membayar ufti penghormatan tahunan kepada orang Mongol. Walaupun begitu, kota ini masih besar dan makmur.

Malang sungguh nasib kota Baghdad, lipatan sejarah dunia tidak menilai khalifah terakhir sebagai antara yang terbaik dari barisannya. Dianggap sebagai seorang yang berperwatakan yang lemah lembut, bahkan tidak bermoral, al-Musta’sim digambarkan sebagai lebih gemar bergaul dengan golongan pemuzik dan peminum arak berbanding cuba memulihkan kerajaannya yang sudah lemah.

Pada tahun 1251, Abbasiyah mengirim satu delegasi untuk memberi penghormatan di atas pertabalan abang kepada Hulagu, Möngke sebagai Khan Agung, tetapi semua itu tkdak lagi dianggap mencukupi oleh Mongol.

Tuntutan Mongol Terhadap Abbasiyah

Möngke Khan menegaskan bahawa Khalifah Abbasiyah, al-Musta’sim sepatutnya hadir sendiri ke upacara kurultai sempena pelantikannya sebagai Khan Agung di Karakorum, ibu kota abad ke-13 Empayar Mongol untuk menzahirkan sendiri penyerahan sepenuhnya Abbasiyah terhadap pemerintahan Mongol.

Hulagu Khan

Namun, Khalifah al-Musta’sim enggan melakukannya. Pertarungan terakhir antara bangsa Mongol dan Abbasiyah telah ditetapkan. Dengan gerombolan besar tent3ra Mongol mengepung kota Baghdad, pertempvran ternyata tidak dapat dielakkan, walaupun ini sebenarnya bukanlah pertembungan yang pertama antara Abbasiyah dan Mongol.

Sebelum itu, tent3ra Abbasiyah berjaya memperoleh beberapa kemenangan  berskala kecil melawan pasukan tent3ra Mongol, namun, semua itu hanya sementara dan tidak lagi menjadi sebahagian daripada trend kebangkitan Kekhalifahan Bani Abbasiyah.

Zaman kegemilangan mereka sudah lama berlalu.  Menambahkan lagi api yang marak, al-Musta’sim dikatakan telah merendahkan kaum Syiah dengan berbagai tindakan dan keputusan. al-Musta’sim agak gagal dalam politik sekte agama, dia sepatutnya lebih tahu apa akibatnya memandangkan wazir agung yang juga penasihat kanannya sendiri merupakan seorang Muslim Syiah.

Wazir ini akhirnya dikatakan berpihak kepada Mongol, dia mendorong Mongol untuk mengambil alih kota mereka dengan harapan agar Baghdad akan diperintah oleh Hulagu yang pasti akan bersyukur dan menghargai orang Syiah kerana menjadi pembekal maklumat. Sekiranya ini yang dia fikirkan, sesungguhnya dia langsung tidak mengenali siapa Hulagu sebenarnya.

Dilema Antara Berserah Atau Menentang

Khalifah berhadapan dengan pilihan yang sukar di antara menyerah kepada kekuasaan Mongol dan mungkin menyelamatkan kotanya, atau memperkukuhkan angkatan tent3ra dan pasukan berkudanya untuk menghadapi para pejuang nomad yang menyer4ng dalam pertempvran terbuka.

Mungkin tidak pernah terlintas dalam fikiran khalifah bahawa dia mungkin harus menyerah daripada terus menjadi ancaman kepada Hulagu. al-Musta’sim menemui pilihan ketiga: Tidak melakukan apa-apa.

Baghdad dikepung, dan al-Musta’sim menyedari segalanya sudah terlambat kerana tent3ra Mongol jauh lebih besar dan lebih kuat daripada apa yang dimaklumkan kepadanya. Kerajaan-kerajaan Islam yang lain teragak-agak untuk menghantar bantuan sokongan kepada Abbasiyah kerana mereka sedar apa yang akan mereka hadapi.

Pengepungan Baghdad

Pengepungan Baghdad bermula pada 29 Januari 1258. Tent3ra Mongol segera membina pagar runcing dan menggali parit berkubu serta menyediakan jent3ra pengepungan, seperti jent3ra pemecah gerbang yang berperisai untuk melindungi askar mereka dari ser4ngan anak panah dan batu bata dan katapel untuk meruntuhkan tembok kota.

Pada peringkat ini, al-Musta’sim melakukam percubaan terakhir untuk berunding dengan Hulagu namun kekal ditolak. al-Musta’sim diser4ng bertubi-tubi, tanpa dibantu oleh mana-mana sekutu Islam, akhirnya dia menyerahkan Baghdad kepada Hulagu lima hari kemudian, pada 10 Februari.

Menambahkan lagi tekanan terhadap penduduk awam di dalam kota, Hulagu dan gerombolan tent3ranya mereka tidak melakukan sebarang usaha untuk memasuki kota itu selama tiga hari agar jiwa mereka sentiasa diser4ng dengan ketakutan.

Toleransi Hanya Milik Kristian Nestorian

Sepanjang hidupnya, Hulagu adalah penganut agama Buddha. Namun, pada saat ini, satu-satunya sifat belas kasihan yang ditunjukkannya hanyalah diberikan terhadap masyarakat beragama Kristian Nestorian di Baghdad.

Nestorianisme adalah antara cabang agama Kristian yang telah dianggap oleh pihak berkuasa gereja sebagai kumpulan bidaah pada abad ke-5. Ia menekankan bahawa aspek ketuhanan dan manusia dalam sifat Jesus adalah berasingan.

Ramai orang Nestorian kemudian berpindah ke Parsi, di mana mereka menetap sejak itu. Hulagu, ketika memasuki Baghdad, mengarahkan orang Kristian Nestorian agar duduk bersembunyi di dalam gereja mereka dan memerintahkan tent3ranya agar tidak menyentuh mereka.

Apakah sebenarnya alasan terhadap sifat belas kasihan ini sebelum pertumpahan d4rah dilakukan terhadap orang Islam? Jawapannya mudah, ia kerana ibu Hulagu dan isteri kesayangannya adalah penganut agama Kristian Nestorian, dan isterinya juga memainkan peranan menyelamatkan penduduk beragama Kristian Nestorian di Baghdad.

Dengan keselamatan orang Nestorian telah terjamin sepenuhnya, Hulagu kemudian mula menj4rah, dia membiarkan pasukan tentaranya mer0gol, mer0mpak, dan membvnuh dengan kej4m selama seminggu untuk meraikan kemenangan mereka.

Kira-kira 3,000 orang yang terkenal di Baghdad dari kalangan para pegawai, menteri, ilmuan, karyawam, anggota kerabat dinasti Abbasiyah, serta khalifah al-Must’asim sendiri memohon agar dimaafkan.

Tetapi kesemuanya dihukum m4ti tanpa pengecualian, ya, semuanya, kecuali khalifah. Al-Musta’sim ditahan dibiarkan hidup dahulu untuk dipaksa menyaksikan hampir seluruh ahli keluarganya disemb3lih, puteri-puterinya ditahan untuk dijadikan hamba, dan rakyatnya dibvnuh.

Anggaran jumlah kem4tian adalah antara 90,000 yang paling minimum hingga satu juta lebih. Walaubagaimanapun, kiraan ini adalah anggaran kasar, penduduk Baghdad ketika itu sekitar satu juta orang dan catatan sejarah memberitahu kita tidak semua orang terbvnuh.

Berapa pun jua jumlahnya yang sebenar, semua itu turut melibatkan k0rban dari anggota tent3ra yang berani menentang ser4ngan Hulagu, barulah dikira jumlah orang awam, yang tidak mempunyai pilihan sama ada lelaki, wanita, dan kanak-kanak hingga bayi, semuanya ditetak, ditusuk dengan pedang atau dipukul hingga m4ti. Namun mereka diberikan sedikiy belas kasihan iaitu kem4tian yang pantas dan tidak menyeksakan.

Kem4tian Sang Khalifah

Khalifah al-Musta’sim dipaksa menyaksikan pembvnuhan dan penj4rahan terhadap keluarga, rakyat dan harta benda serta istananya. Hulagu mengejek al-Musta’sim kerana dengan begitu banyak harta, emas dan barang perhiasan berharga, Abbasiyah mungkin boleh mengalahkan tent3ra Hulagu sekiranya semua harta kekayaan itu dilaburkan untuk meningkatkan keupayaan pasukan tent3ranya agar lebih kuat.

Gambaran ketika Khalifah al-Must’asim ditahan

Tentang bagaimana sang khalifah menemui ajalnya, terdapat beberapa versi, satu kisah mengatakan bahawa dia dikunci di dalam ruang perbendaharaan, dikelilingi oleh harta kekayaannya, dan dibiarkan m4ti kelaparan.

Namun catatan kisah ini ditolak oleh sejarawan kontemporari memandangkan penj4rahan yang berleluasa sedang berlaku, dan ia juga tidak disokong oleh mana-mana sumber.

Catatan yang lebih diterima adalah seperti yang dilaporkan oleh beberapa penulis catatan sejarah, adalah Hulagu seorang Mongol yang berpegang teguh kepada pantang larang bangsanya yang percaha bahawa d4rah seorang yang berketurunan diraja mana-mana sekalipun tidak boleh ditumpahkan ke bumi.

Sekiranya ia berlaku, dewa bumi akan menolaknya dan gempa bumi sertab bencana alam semula jadi akan menyusul. Sekiranya kita mempertimbangkan catatan ini, kita mungkin menganggap Hulagu sebagai lelaki yang tidak patuh dan tidak akan berhati-hati.

Namun, dalam kes ini, dia ternyata memilih jalan selamat. Khalifah al-Must’asim digulung di dalam permaidani, di mana jika d4rahnya ditumpahkan sekali pun, ia tidak akan tumpah ke bumi, dan kemudian dia dipijak berturut-turut hingga m4ti oleh pasukan berkuda.

Untuk pertama kalinya sejak kewafatan Nabi Muhammad S.A.W. setelah 636 tahun sebelumnya, umat Islam tidak memiliki khalifah yang namanya akan disebut di dalam doa solat Jumaat.

Kemvsnahan Kota Baghdad

Selain daripada k0rban jiwa, kemvsnahan terhadap kota berusia 500 tahun itu juga sangat dahsyat. Kebakaran yang merebak sehingga aroma wangi cendana dan arom4tik lain boleh dihidu baunya hingga 30 batu jauhnya.

Sekiranya kita mencari contoh kota paling teruk yang dirobohkan, Baghdad pada tahun 1258 akan menjadi pilihan yang baik. Setelah seminggu, Hulagu memerintahkan agar kem yang didudukinya dipindahkan keluar dari kota, dan ditempatkan sedikit jauh dari kota kerana tidak tahan dengan bau m4yat yang membusuk.

Hulagu meninggalkan Baghdad sebagai sebuah kota yang hancur dan berpenduduk. Walaupun mereka yang masih hidup berusaha membina semula kota ini, mereka tidak lagi mempunyai kekuatan, sumber daya, dan kemahiran untuk melakukannya.

Kem4tian dan kehancuran itu berlaku lebih dari satu dekad sebelum orang dari Baghdad menunaikan haji ke Mekah. Dalam menyer4ng Baghdad, Hulagu juga menghancurkan rangkaian terusan yang mengairi tanah pertanian di sekitarnya.

Kebuluran dan wabak penyakit mengikuti gerombolan Mongol ke Baghdad sama seperti di tempat lain. Taktik bumi hangus mereka memudahkan untuk kita menilai, mengapa mereka sering dilabel dengan reputasi sebagai bangsa yang paling merosakkan dari mana-mana tamadun yang pernah wujud di dunia ini.

RUJUKAN:

Nicolle, David. (1998). The Mongol W4rlords: Genghis Khan, Kublai Khan, Hulegu, Tamerlane. London: Brockhampton Press.

Sicker, Martin. (2000). The Islamic World in Ascendancy: From the Arab C0nquests to the Si3ge of Vienna. Westport, Connecticut: Praeger.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.