Tulisan Sejarah Melayu Terbaik Professor Khoo

995

Kita berdukacita atas pemergian Prof. Khoo Kay Kim, bukan hanya kerana beliau ialah sejarawan terulung tanah air dan juga perangka Rukun Negara, tapi juga kerana tiada orang lain yang dapat menceritakan sejarah Malaysia (dan Melayu) dengan begitu ‘lively’ sekali seperti beliau.

Aku tak ada apa-apa memori bersama Prof. Khoo. Prof. Khoo tak kenal aku, aku pun hanya pernah jumpa beliau sekali dalam satu syarahan 6 tahun lepas dan tanya soalan entah apa-apa. Tapi aku memang gemar membaca hasil tangan beliau. 

Kalau korang baca tulisan Prof. Khoo, salah satu perkara yang sering diulang oleh beliau ialah ‘mitos pengasasan’ (foundation myth) Bangsa Melayu seperti yang terkandung dalam Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin), di mana Raja-Raja Melayu dipotret sebagai susur-galur keturunan ‘Bukit Siguntang’. 

Prof. Khoo sebut pasal benda ni dalam artikel ‘Raja Lumu/Sultan Salehuddin: The Founding of the Selangor Dynasty’ (Jurnal JMBRAS, tahun 1985) yang aku screenshot ni, dalam ‘The Perak Sultanate: Ancient and Modern’ (Jurnal JMBRAS, tahun 1986), dan of course dalam ‘Malay Society: Transformation & Democratisation’ (Pelanduk, 1991) yang bagi aku, buku terbaik bagi ‘layman’ untuk mendalami sejarah Melayu bukan versi buku teks. 

Dalam menceritakan sejarah kerajaan di setiap negeri Melayu, Prof. Khoo akan mengaitkan salasilah kerajaan-kerajaan ini balik kepada Kerajaan Melayu Melaka yang kemudian disambungkan kepada Sang Nila Utama, Sang Sapurba dan ultimately kepada Iskandar Zulkarnain. 

Benda ni mungkin asing bagi ramai orang hari ni, tapi ia bagai ‘common sense’ pada zaman dahulu. Prof. Khoo memetik quote daripada Sultan Abdul Malik Mansur Shah pada tahun 1818 yang berbunyi:

‘I am a king of the ancient race. I am he who holds the royal sword and the dragon betel stand and the shellfish which came out of the sea, which came down from Bukit Siguntang’

(Beta adalah tertua dari segala raja ini. Betalah yang memegang Cura Si Manjakani, Pontoh Bernaga dan Mestika Embun, yang turun daripada Bukit Siguntang)

Prof. Khoo gali quote ni daripada catatan John Anderson bertahun 1824. Aku tak pernah lihat mana-mana sejarawan yang begitu konsisten dalam mengungkit mitos pengasasan Bukit Siguntang selain Prof. Khoo, hatta sejarawan berbangsa Melayu. Dan aspek Prof. Khoo ni mempengaruhi aku dalam menyantuni sejarah Melayu (rujuk tulisan lama aku di https://www.facebook.com/ayman.rashdan.wong/posts/10210312313523841)

Dalam tulisan Prof. Khoo, mitos pengasasan ini memberi asas kepada konsep ‘daulat’ dalam ideologi politik Melayu. Kelangsungan Bangsa Melayu is basically kelangsungan ‘daulat’.

Bagi aku pulak, makna mitos pengasasan ni jauh lebih besar daripada ‘daulat’, aku masih cuba untuk figure out, tapi bagi aku ia ada something, tak kurang berbanding kepentingan mitos ‘Dangun’ dalam historiografi Bangsa Korea.

Nak hidupkan kembali ‘roh bangsa’, nak jadi bangsa yang hebat, kita wajib kaji balik benda-benda macam tu, walaupun generasi kita pada hari ini begitu alergik dengan everything sejarah dan tradisi Melayu. Tak ada bangsa di dunia ini, boleh maju ke depan dengan ‘cut off the past’.

Dan hari ini kita kehilangan antara insan rare yang mampu mengaitkan ‘the past’, ‘the present’ and ‘the future’ untuk tujuan ‘nation-building’. Di waktu negara sedang mengalami kecelaruan naratif kebangsaan, pemergian Prof. Khoo agak unsettling bagi aku.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.