Moving Forward As One

Tukar Mayat Cara Elak Pengharaman Pengebumian Di China

3,706

Tidak ramai tahu di China, wujud kempen larangan pengebumian ma.yat dengan sesetengah wilayah turut melaksanakan pengharaman aktiviti pengebumian. Tujuannya ialah menyelamatkan ruang tanah dan menghentikan aktiviti pengebumian secara berlebihan oleh keluarga waris. Bagaimanapun, ada yang menggunakan kaedah menukar ma.yat bagi membolehkan ma.yat ahli keluarga mereka ditanam di tanah perkuburan.

Kisah ini terdedah menerusi kisah pembu.nu.han seorang lelaki yang mengalami sindrom Down pada 2017. Mengikut dokumen mahkamah, seorang lelaki bernama Huang diupah sebuah keluarga untuk menyediakan ma.yat gantian bagi membolehkan mereka mengebumikan ahli keluarga mereka secara tradisional. Keluarga ini tinggal di Shangwei, Guandong, satu wilayah yang mewajibkan penduduknya memba.kar ma.yat sebagai kaedah pengebumian.

Keluarga ini menyangka Huang akan mencari ma.yat yang tidak dituntut sebagai pengganti ma.yat ahli keluarga mereka. Sebaliknya, dia bertindak menjadi seorang pembu.nuh. Mangsa yang ditemui sedang mengutip sampah diajak Huang menaiki keretanya sebelum diumpan dengan alkohol sebelum dia pengsan.

Mangsa kemudiannya ditempatkan dalam sebuah keranda sebelum diserahkan kepada orang yang mengupahnya. Mereka membayar Huang 107,000 yuan (RM67,637) dengan 90,000 yuan diambil olehnya sementara bakinya diambil oleh orang tengah. Keluarga tersebut kemudiannya membakar keranda tersebut sebelum mengebumikan ma.yat ahli keluarga mereka dalam satu upacara rahsia.

Selepas mangsa dilaporkan hilang pada 2017, pihak berkuasa mula menyiasat kes kehilangannya. Selepas dua tahun, Huang akhirnya diberkas dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membu.nuh. Pada September 2020, dia disabitkan bersalah dan dijatuhi penangguhan hukuman ma.ti atas kesalahan tersebut.

Cubaan untuk merayu hukuman yang dikenakan tidak berhasil apabila Mahkamah Tinggi Rakyat Guandong memutuskan hukuman dikekalkan. Sekiranya Huang tidak melakukan kesalahan serupa dalam tempoh dua tahun, maka hukuman tersebut akan ditukar kepada pe.nj.ara seumur hidup. Sementara keluarga yang mengupahnya didapati bersalah atas kesalahan merosakkan ma.yat tetapi tidak diketahui sama ada mereka perlu membayar denda atau tidak.

Aktiviti menukar ma.yat bukan satu perkara baru di China. Ia biasanya dilakukan di kawasan luar bandar di mana pengebumian secara tradisional tetap menjadi keutamaan.

RUJUKAN:

BBC. (2021). Chinese man kid.na.pped and k.ll.d in elaborate body swap scheme.

Sumber gambar: Johannes Eisele/AFP/Getty Images

Ruangan komen telah ditutup.