Jika anda pernah berkunjung ke Jepun dan menaiki komuter ke mana-mana, usah terkejut jika rakyat Jepun menggelar komuter mereka sebagai tsukin jigoku atau komuter dari neraka. Ya, nampak kasar gelaran yang diberi warga negara Matahari Terbit itu tetapi ada sebab ia dibenci sebegitu rupa oleh mereka.

Bagi yang pernah menaiki komuter di sana, pasti faham situasi para penumpang bersesak-sesak dalam gerabak komuter mengalahkan tin ikan sardin. Dan pada sesetengah masa, kita melihat kerenah pekerja transit menolak seberapa ramai orang dalam komuter yang sesak sambil ia meneruskan perjalanan. Kira-kira 8.7 juta penumpang melakukannya setiap hari sekaligus menjadikan ia sistem pengangkutan metro paling sibuk di dunia.

Bagi yang pernah menetap di Tokyo pasti tahu ini merupakan kawasan metropolitan terbesar di dunia dengan populasi melebihi 32 juta orang. Dan jika anda perasan, kebanyakan rancangan pembangunan metropolis itu direka tanpa memikirkan kelibat kereta. Justeru, usah terkejut kadar pemilikan kereta di sana pada tahun 80-an sama dengan kadar pemilikan kereta di Amerika Syarikat (AS) pada tahun 30-an.

Justeru, ramai penduduk Tokyo amat bergantung kepada sistem pengangkutan awam untuk pergi ke mana-mana. Tak percaya? 57% perjalanan membabitkan semua aktiviti termasuk perniagaan dan sosial dibuat menggunakan keretapi dan bas. Akibatnya, kebanyakan sistem pengangkutan metro mengalami masalah terlebih kapasiti sehingga mencecah 199%!

Selain sebab terlampau padat, warga Tokyo terutama wanita menggelar komuter Jepun tsukin jigoku kerana chikan atau peraba dalam keretapi. Lebih 4,000 orang ditahan setiap tahun kerana kesalahan mencabul dan dalam satu kaji selidik, 17% responden mengakui pernah diraba pada satu ketika dalam kehidupan mereka semasa menaiki keretapi.

Untuk mengelak isu ini dari bertambah parah, Jepun memperkenalkan gerabak keretapi khas untuk wanita pada tahun 2005. Solusi ini dilihat berjaya mengurangkan masalah chikan. Selain itu, Tokyo juga berusaha mengurangkan kesesakan komuter kepada 155% bagi mengurangkan isu penumpang mengalami masalah pernafasan.

Dengan situasi pandemik Covid-19 yang membadai dunia hari ini termasuk Jepun, maka ramai yang melihat bekerja dari rumah sebagai satu rahmat. Ini kerana mereka tidak perlu lagi mengharungi situasi tsukin jigoku jika hendak ke tempat kerja.

Berdasarkan satu kaji selidik yang dijalankan agensi berita Jepun Jiji, 70% responden percaya kerja dari rumah seharusnya diteruskan walaupun selepas tamat pandemik Covid-19. Manakala 68.2% responden percaya bekerja dari rumah memberi kelebihan besar kerana dapat mengelak tsukin jigoku.

Selain tsukin jigoku, Jepun juga dilihat mahu mempercepatkan usaha pendigitalannya ke seluruh negara. Siapa sangka negara Matahari Terbit itu ketinggalan dalam aspek ini dan itu mahu segera ditangani oleh Perdana Menteri Shinzo Abe. Usaha pendigitalan dilihat cara terbaik mengurangkan isu tsukin jigoku secara jangka panjang.

Tetapi bagi yang sudah tidak tahan dengan isu tsukin jigoku, mereka memilih meninggalkan Tokyo dan tinggal di kawasan yang kurang padat. Seorang bekas penduduk Tokyo yang enggan didedahkan identitinya berkata, “Saya tertanya-tanya bagaimana saya boleh bertahan dengan situasi mengarut itu untuk bertahun-tahun lamanya.”

RUJUKAN:

Agency. (2020). Japanese want to work from home more, to avoid ‘tsukin jigoku’ (commuter hell). The Star. https://www.thestar.com.my/lifestyle/living/2020/07/14/japanese-advocating-for-more-wfh-to-avoid-tsukin-jigoku-commuter-hell

Goldschein, Eric. (2012). Take A Look At Why The Tokyo Metro Is Known As ‘Commuter Hell’. Business Insider. https://www.businessinsider.com/tokyo-metro-commuter-hell-2012-1


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.