Tsu Chu: Permainan Bola Sepak Zaman Purba

0
1211
views

Tahukah anda sukan bolasepak berasal dari mana? Benarkah sukan ini, berasal dari tanah Inggeris.

Bill Murray seorang pengkaji sejarah bolasepak, dalam bukunya yang bertajuk The World Game A History of Soccer telah menyebut bahawa permainan bolasepak sudah terkenal sejak dari awal Masehi.

Sejarah telah membuktikan, melalui penemuan dokumen lampau dan catatan tahun peristiwa. Sekitar 2500 tahun SM, telah wujud sebuah permainan seakan bolasepak yang disebut Tsu Chu telah dikenal luas pada zaman China Kuno.

Tsu Chu diertikqn sebagai, menendang bola menggunakan kaki. Berdasarkan rekod pengkaji sejarah. Tsu Chu kebiasaannya dimainkan semasa perayaan ulang tahun Maharaja.

Bola yang digunakan dalam permainan Tsu Chu disebut Zuqui. Diperbuat daripada kulit binatang yang diisi rambut di dalamnya.

Bilangan pemain Tsu Chu adalah tidak tetap. Ianya dimainkan oleh 2 hingga 12 orang sepasukan. Sasaran utama permainan ini adalah para pemain berusaha membawa bola dan memasukkannya ke dalam jaring kecil.

Pemain hanya dibenarkan menggunakan kaki, menyentuh dengan tangan adalah dilarang. Pasukan yang berjaya memasukkan banyak bola ke jaring dikira pemenang. Ianya mirip permainan bola jaring pada zaman sekarang.
Tsu Chu dimainkan di kawasan lapang, yang dikelilingi tembok. Tinggi lubang jaring adalah sekitar 8 – 10 meter dari tanah dan diameternya hanya 30 – 40 cm. Sangat sukar untuk menjaringkan bola. Ianya pasti memerlukan teknik dan kemahiran yang tinggi.

Di zaman Dinasti Tsein(256 – 206 SM), terdapat sebuah kitab siasatan dan strategi perang dicatatkan bahawa permainan Tsu Chu telah diamalkan untuk melatih fizikal askar kerajaan.

Tidak hanya askar kerajaan sahaja yang memainkan Tsu Chu. Kerabat Diraja serta bagsawan, semasa pemerintahan Dinasti Tsein juga sangat menggemari permainan ini.
Bayangkan, Sang Maharaja bermain Tsu Chu. Bagaimana rupa nya?

Oleh kerana minat yang mendalam pada permainan Tsu Chu. Pemerintah Dinasti Tsein(256 – 206SM) mewajibkan permainan Tsu Chu diajar di sekolah pada zaman itu.
Di era Dinasti Han(206 – 220SM), selain menjadi latihan fizikal askar kerajaan. Permainan Tsu Chu menjadi semakin popular dî kalangan masyarakat China.

Pada zaman Dinasti Han, permainan Tsu Chu sedikit berubah. Jaring bulat ditukar kepada 6 gawang gol setiap pasukan.Di kawal oleh seorang penjaga di setiap gawang.
Pengadil mula diperkenalkan, cara bbermainnya para pemain perlu berusaha untuk memasukkan bola di setiap gawang pasukan lawan. Mana mana pasukan yang berjaya memasukkan bola ke setiap 6 gawang pasukan lawan terlebih dahulu dikira sebagai pemenang.

Dalam satu dokumen lampau menyebut, pertandingan Tsu Chu antarabangsa pertama adalah menemukan pasukan Tsu Chu China melawan pasukan Tsu Chu Jepun, yang diadakan pada tahun 50 SM di Kyoto Jepun.

Pada tarikh 24 Mei 2004, bersempena ulang tahun ke 100 Kesatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) secara rasmi mengiktiraf Tsu Chu adalah permainan bolasepak terawal dunia.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here