Moving Forward As One

Trung Bersaudari – Srikandi Yang Membebaskan Vietnam Dari Cengkaman Dinasti Han China

695

PayLater by Grab

Sepanjang sejarah Vietnam, kaum wanita memainkan peranan yang tidak kurang penting dalam usaha penen.tangan ke atas kuasa-kuasa asing. Antara srikandi tersohor dalam kalangan mereka ialah Trung bersaudari, yang mengepalai kempen meme.rangi China pada tahun 40 Masehi.

Trung Trắc dan Trung Nhi yang secara bersama dikenali sebagai Trung bersaudari dilahirkan sekitar tahun 12 Masehi. Mereka berdua merupakan puteri kepada seorang raja di wilayah Giao Chi, Vietnam Utara.

Pada waktu itu, seluruh wilayah Vietnam berada di bawah ja.jahan tak.luk Dinasti Han China. Berbeza dengan wanita-wanita China yang agak terhad kebebasannya, kaum wanita Vietnam dibiasakan mempusakai warisan ibu masing-masing. Trung bersaudara tumbuh mendewasa dalam keluarga yang membenarkan mereka mempelajari seni pepe.rangan dan kemahiran bertem.pur.

Warga Vietnam mulanya tidaklah menunjukkan penen.tangan secara terbuka terhadap kerajaan China. Segalanya bertitik tolak pada tahun 39 Masehi, di mana keadaan semakin meruncing buat mereka.

Penen.tangan awal dilakukan oleh Thi Sách, suami kepada Trung Trắc, yang membantah kenaikan cukai yang membebankan warga Vietnam. Untuk menenteramkan keadaan dan menghu.kum Thi Sách, kerajaan China mengutus seorang komander ten.tera untuk membu.nuh beliau dan meno.dai kesucian Trung Trắc.

Sangka mereka, tindakan ini memadai untuk menanamkan rasa gentar dalam kalangan warga Vietnam. Namun hal sebaliknya pula berlaku. Ia hanya membenihkan api pemberon.takan terhadap kerajaan China.

Pembu.nuhan suami Trung Trắc dan penca.bulan ke atas maruahnya mendorong beliau menghimpunkan seramai 80,000 orang bala ten.tera bagi meme.rangi China

Tra.gedi yang menimpa Trung Trắc ini mendorong beliau dan adiknya, Trung Nhi untuk merintis usaha penen.tangan bagi membela kema.tian Thi Sách di samping membungkamkan keangkuhan pemerintahan Dinasti Han.

Mereka pantas menggalang sukarelawan – yang rata-ratanya terdiri dari kaum wanita – untuk meme.rangi tentera China. Bilangan perajurit yang dihimpunkan ini mencecah seramai 80,000 orang, lelaki dan wanita – termasuklah 36 orang panglima perempuan, yang salah seorangnya ialah ibu mereka sendiri.

Di bawah kepimpinan mereka berdua yang gagah menunggangi gajah, pasukan penen.tang dari Vietnam ini berhasil mere.but lebih 65 buah kubu. Kejayaan tersebut meraihkan mereka berdua gelaran ratu kerajaan Vietnam yang baru. Sepanjang memerintah, Trung bersaudari mengha.puskan cukai-cukai melampau yang dikenakan oleh China, di samping mengembalikan adat-istiadat tempatan.

Lebih tiga tahun lamanya China berusaha untuk mere.but semula Vietnam, namun semuanya digagalkan oleh keampuhan pasukan ten.tera Trung. Hanya se.rangan pada tahun 43 Masehi sahaja yang berhasil menggugat kedudukan Trung. Kerana enggan dihinakan, mereka berdua memilih untuk membu.nuh diri dengan terjun ke dalam sungai.

Tugu Trung bersaudari di Taman Tema Suoi Tien

Sehingga hari ini, nama Trung bersaudari dikenang sebagai srikandi pembela tanah pertiwi. Banyak kuil didirikan bagi menghormati dan menghargai perjuangan mereka. Antaranya termasukah Kuil Hai Bà Trưng yang terletak berhampiran Tasik Hoàn Kiếm. Begitu juga dengan kuil-kuil yang berada di daerah Mê Linh, Phúc Thọ, Hoàng Hoa Thám, Bình Thạnh dan Ho Chi Minh.

Kerajaan Vietnam juga mengkhususkan tanggal 3-6 Februari sebagai hari peristiwa bagi memperingati ketokohan Trung bersaudari, di mana ia disambut dalam sebuah keraian yang dikenali sebagai Hai Bà Trưng.

TERJEMAHAN
M R Reese. (12 Oktober 2014). Hell hath no fury like the Trung Sister freedom fighters. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/hell-hath-no-fury-trung-sister-freedom-fighters-002199

Ruangan komen telah ditutup.