Di samping mengerah National Guard untuk mengawal keadaan, Donald Trump turut menyalahkan “Antifa” sebagai dalang di sebalik rusuhan di US sekarang dan mencadangkan supaya ia disenaraikan sebagai kumpulan teroris sebaris dengan Al-Qaeda & ISIS.

Antifa adalah gerakan “anti-fasis” yang ada kat US, Eropah, Australia, New Zealand even Malaysia.

Sebelum faham apa tu anti-fasis, korang kena faham apa itu “fasis”

Fasis merujuk kepada pendukung ideologi fasisme (fascism) yang popular di Eropah pada 1920-an dan 1930-an.

Fasis menentang liberalisme, konservatisme, komunisme & sosialisme dan mahu mendirikan negara diktator yang mengawal segala aspek kehidupan termasuk ekonomi.

Nazi (“nationalist socialist” atau dalam Bahasa Jerman “Nationalsozialist”) adalah sejenis fasis. Tapi tak semua fasis itu Nazi.

Benito Mussolini (Itali) & Oswald Mosley (UK) adalah fasis tapi tak berkongsi idea rasisme Nazi yang melihat bangsa Jerman sebagai “master race”.

Dalam spektrum politik, fasis berada di sebelah kanan ekstrim (far-right) kerana cenderung kepada ultra-nasionalisme.

Yang berlawanan kepada far-right adalah far-left seperti komunis dan anarkis.’

Selepas Nazi berkuasa di Jerman pada 1932, komunis menubuhkan Antifaschistische Aktion (Anti-Fascist Action) lawan Nazi. Inilah Antifa yang asal.

Selepas Jerman dan sekutu fasisnya (Itali, Jepun dan lain-lain) kalah dalam Perang Dunia Kedua, Antifa pun menjadi sejarah.

Selepas Nazi berkuasa di Jerman pada 1932, komunis menubuhkan Antifaschistische Aktion (Anti-Fascist Action) lawan Nazi. Inilah Antifa yang asal.

Selepas Jerman dan sekutu fasisnya (Itali, Jepun dan lain-lain) kalah dalam Perang Dunia Kedua, Antifa pun menjadi sejarah.

Antifa kemudian dihidupkan semula pada 1980-an dan 1990-an sebagai respon kepada kemunculan gerakan politik kanan (right-wing) yang menentang tren globalisasi dan multiculturalism, seperti AfD di Jerman, National Front di UK, Rassemblement National di Perancis.

Golongan right-wing ini membantah kemasukan imigran yang diorang anggap akan bunuh identiti kebangsaan. Gerakan ni selalunya dilabel sebagai “neo-Nazi” atau “neo-fasis” tapi aku prefer panggil sebagai neo-nasionalis (neo-nationalist), kecuali yang memang betul-betul Nazi.

Bila dikaitkan dengan “Nazi” dan “fasis”, maka muncul lah Antifa baharu yang cuba lawan gerakan ini.

Selepas gelombang neo-nasionalis turut melanda US, pertembungan antara neo-nasionalis/neo-fasis dan Antifa ni turut dibawa ke US.

Tiap kali neo-nasionalis buat perarakan sokong dasar Trump misalnya dasar mengehadkan kemasukan imigran, geng Antifa ni pun akan muncul dan confront.’

Antifa baharu ni berbeza dengan Antifa asal yang komunis. Antifa baharu ni melihat diri sebagai anarkis (anarchist).

Lambang Antifa asal warna merah (warna komunis merah). Lambang Antifa baharu pula warna merah-hitam (warna anarkis), ada iras bendera Batu Pahat.

Anarkis adalah pendukung ideologi anarkisme yang diasaskan oleh Michael Bakunin, seteru Karl Marx (pengasas komunisme).

Anarkis tak ngam dengan komunis sebab diorang lawan segala bentuk hierarki dan autoriti manakala komunis mahu mendirikan negara komunis yang ada hierarki.

Anarkis pernah memberi ancaman kepada US. Presiden William McKinley dibunuh oleh seorang anarkis pada tahun 1901.

Jadi apabila Trump menyifatkan Antifa sebagai “anarchist” dan “radical left”, tentu ramai orang US akan anggap Antifa tu merbahaya.


Tapi Antifa bukanlah kumpulan anarkis yang ada struktur, ada hierarki, ada pemimpin macam kumpulan Al-Qaeda atau ISIS. Sesiapa boleh jadi “Antifa”. Bendera Antifa pun boleh DIY je.

Malah “anarkis” yang jadi Antifa hari ni bukan sangat pengikut Bakunin tapi lebih dipengaruhi oleh subculture punk dan skinhead yang panggil diri diorang sebagai “anarcho-punk” yang lawan “neo-Nazi punk”.

Jadi Antifa bukanlah gerakan politik yang serius tapi lebih kepada self-expression budak anti-establishment yang rasa nak f semua benda: f race, f religion, f capitalism, f authority, “all cops are bastards” (ACAB).’

Habis, kalau Antifa bukan gerakan politik yang serius, kenapa Trump nak layan?

Sebab kenaikan Trump sebagai Presiden US berkait rapat dengan subculture yang bernama “Alt-Right” (Alternative Right).

Alt-Right ni kira jelmaan neo-nasionalis di US. Tapi di US, neo-nasionalis belum dapat menubuhkan parti macam Front National dan AfD. Politik masih didominasi oleh Democrat dan Republican yang sama-sama mendukung multiculturalism dan globalisasi.

Alt-Right ni pula melawan ideologi mainstream, mahu mengurangkan kemasukan imigran, mahu mengangkat identiti Whites (White nationalism), lawan budaya “political correctness” (menghormati budaya lain, misalnya tak ucap Merry Christmas sebab takut offend non-Christian).

Diorang juga tak segan silu tayang lambang Nazi dan Confederacy yang berkait rapat dengan White supremacy, walaupun acah saja.

Diorang selama ni aktif kat forum online macam Reddit, 4chan dan 8chan saja dan media alternatif seperti Breibart dan InfoWars. Selepas kemunculan Trump, baru Alt-Right ni menjadi political force yang serius.

Katak “Pepe the Frog” adalah maskot gerakan Alt-Right ini.

Trump sendiri bukanlah seorang “White nationalist”. Dia pernah je masuk Democrat jadi liberal.

Tapi nak lawan dengan ahli2 politik Republican mainstream, Trump memerlukan niche market tak pun new market space. Maka dia endorse Alt-Right, dan dia menang pilihanraya tahun 2016.

Alt-Right ni selalu bertempur dengan Antifa. Musuh kepada Alt-Right adalah musuh kepada Trump, maka tidak hairan Trump blame Antifa atas rusuhan kali ini. Orang luar nampak macam entah apa-apa Trump ni, tapi langkah Trump ni berjaya secure sokongan Alt-Right.’

Penekanan Trump kepada “law and order” pula berjaya secure sokongan konservatif.

So basically Trump punya voter base dah selamat dalam rusuhan kali ini, walaupun selebriti spt Taylor Swift kata nak “vote you out”.

Tapi Trump apa kisah, bukannya Swift undi dia pun masa 2016.

Politik ceramah, politik parti, politik bagi sumbangan tu benda yang outdated dah.

Dalam dunia yang dahagakan identiti hari ini, sesiapa yang pegang naratif alt-media dan subculture akan merajai politik jaman now.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.