Saudara sesama Islam. Ayat ini hanya tiga perkataan sahaja. Namun kesannya membentuk geopolitik dunia. Persengketaan antara Israel dan Palestin berlaku sepenuhnya di Timur Tengah.

Tempiasnya walau bagaimanapun mempengaruhi negara-negara Islam di Asia Tenggara. Sehingga hari ini, Malaysia, Brunei dan Indonesia tidak menjalinkan hubungan diplomasi bersama Israel. Kerana saudara sesama Islam.

Amerika Syarikat dan China masing-masing sudah berpeluang dalam pertumbuhan pantas. Sekarang kedua-dua negara ini semakin perlahan, menimbulkan persoalan “giliran siapa selepas ini?”

Boleh jadi giliran Indonesia sebenarnya. Susah, tetapi mungkin… kerana Indonesia berjaya mengekalkan kestabilan politik meskipun dengan populasi besar.

Indonesia mahu membangunkan ekonomi. Indonesia mahu keluar daripada belenggu kemiskinan. Indonesia mahu berjaya.

Selama 20 tahun, ekonomi Indonesia menikmati pertumbuhan konsisten antara 4.9 hingga 6.2 peratus.

Dalam tempoh itu, KDNK Indonesia melonjak daripada AS$165 bilion ke AS$1.042 trilion. COVID-19 walau bagaimanapun telah mengubahkan segalanya.

Seperti biasa, golongan susah paling terkesan disebabkan dibuang kerja, dipotong gaji dan perniagaan perlahan (Maulia & Damayanti, 2020). Ada pemandu teksi terpaksa berkongsi secawan mi segera dengan anaknya.

Jadi Indonesia seolah-olah tidak dapat bersorak kegembiraan, meskipun hampir berjaya meminang Amazon, Google dan Tesla.

Kedatangan gergasi ini memang baik untuk ekonomi. Namun kesusahan rakyat hanya akan menyebabkan bantahan dan demonstrasi. Jadi White House mempunyai solusi.

Legasi Seorang Itik Tempang

Amerika Syarikat telah mengadakan sebuah pilihan raya pada 3 November 2020. Keputusan pilihan raya tersebut berpihak kepada Joe Biden, yang menewaskan Presiden Donald J. Trump.

Pihak Mahkamah Agung dan Dewan Pemilihan telah mengesahkan keputusan pilihan raya ini. Tinggal hanya ratifikasi daripada Kongres Amerika Syarikat, yang akan berlangsung pada 6 Januari 2021.

Melihat realiti ini, Trump memang tiada harapan.

Beliau telah menjadi seorang pemimpin yang bakal berundur (lame duck leader). Biden mendapat semua perhatian, kerana akan mengambil alih.

Jadi sekarang ini, Trump hanya perlu menggilap legasinya. Angin geopolitik telah beralih di Timur Tengah. Dunia Arab sudah tidak lagi bersengketa dengan Israel, seperti dahulu.

Siri pep3r4ngan terbuka tidak berjaya membvnvh Israel. Kemudian Dunia Arab menggunakan kaedah p3r4ng dingin, pun tidak berjaya.

Dengan Iran semakin menjadi masalah, Dunia Arab dan Israel mula menormalisasikan hubungan diplomasi.

Perkara ini berlaku mungkin kerana bangsa Arab sudah tidak lagi melihat negara mereka tewas dalam pep3r4ngan. Anak muda sekarang dilahirkan selepas pep3r4ngan terakhir bersama Israel. Jadi fikrah politik sudah berlainan.

Dan Amerika Syarikat sebagai negara paling berpengaruh sekali lagi memainkan peranan.

Dulu Jimmy Carter berdiri dengan Anwar Sadat dan Menachem Begin apabila Mesir menjadi negara pertama mengnormalisasi hubungan dengan Israel.

Sekarang Trump berdiri dengan Abdullah Zayed al-Nahyan dan Benjamin Netanyahu apabila UAE menjadi negara ketiga mengnormalisasikan hubungan dengan Israel.

Ada ironi menarik di sini. Carter dan Trump kedua-duanya memimpin sepenggal kerana kalah dalam pilihan raya.

Trump dilihat ingin memanfaatkan baki beberapa minggu di White House.

Beliau menjadi saksi normalisasi hubungan antara Israel dan UAE serta Bahrain. Morocco dan Sudan juga menyertai normalisasi ini. Sekarang Trump mahu negara terbesar umat Islam iaitu Indonesia.

Membeli Normalisasi

Siri normalisasi ini sangatlah penting untuk Washington D.C. Bukan mudah untuk membawa dua mµsµh ke meja perbincangan, apatah lagi bersetuju. Bill Clinton sendiri mendidih sambil menµmbµk meja kerana Yasser Arafat enggan menyokong cadangan perdamaian (Morris, 2002).

Tetapi siri normalisasi ini jelas hanya merapatkan hubungan antara Israel bersama Dunia Arab… bukannya Dunia Islam.

Jika Indonesia menormalisasikan hubungan dengan Israel, legasi Trump memang sah: merapatkan hubungan Dunia Islam dengan Israel.

Jadi White House mempunyai tawaran buat Jakarta. Iktirafkan Israel dan nikmati suntikan AS$2 bilion (Bloomberg, 2020).

Setakat ini tawaran ini hanyalah perkongsian daripada Adam Boehler, yang mengetuai sebuah agensi kerajaan White House.

Tetapi dengan jelas Amerika Syarikat sedang menggunakan wang sebagai umpan untuk memancing Indonesia.

Sama ada berjaya atau tidak, hanya masa akan menentukan. Jakarta masih nekad menyokong Palestin dalam hal ini (Shofa & Wahyuni, 2020).

Ini mungkin jawapan terakhir buat White House, membuktikan bahawa siri normalisasi hanyalah penampan Dunia Arab terhadap mµsµh geopolitik baru iaitu Iran.

RUJUKAN:

Bloomberg. (2020, Disember 22). US dangles billions for Indonesia normalizing ties with Israel. Al Jazeera.

Maulia, E., & Damayanti, I. (2020, Disember 23). (ditapiskan) stalls Indonesia’s push to escape middle-income (ditapiskan). The Financial Times.

Morris, B. (2002, Mei 23). Arafat didn’t negotiate – he just kept saying no. The Guardian.

Shofa, J.N., & Wahyuni, N.C. (2020, Disember 14). Indonesia denies in talks with Israel. Jakarta Globe.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.