Trump Kalah, TitTok Tak Akan Kena Ban Kat US?

385

Kebangkitan China sebagai sebuah kuasa ekonomi bermula sekitar 1980-an, apabila Deng Xiaoping mengimarahkan visi perdagangan dan misi pasaran.

Sejak zaman itu, dunia hanya menunggu masa untuk hegemoni Amerika Syarikat mendapat persaingan. Kesatuan Soviet ketika itu sudah tidak lagi relevan. Dan menghala kke tahun 2020, masa itu nampaknya telah tiba.

Mungkin China jauh ketinggalan dalam banyak aspek ekonomi. Tetapi China merupakan ekonomi paling besar dunia (kerana populasi sangat besar). Dan China juga mempunyai peranan besar dalam teknologi dunia.

Jadi ada persaingan dalam hampir semua perkara – Apple vs Huawei, Facebook vs Weibo, YouTube vs Youku, Amazon vs Alibaba dan banyak lagi.

Tetapi ada satu perkara yang membimbangkan pasal China. Semua syarikat tempatan – gergasi atau pemain industri – berada dibawah kerajaan, yang dikuasai sebuah parti komunis.

Jika Xi Jinping meminta akses, syarikat mesti patuh. Ini berbeza dengan Amerika Syarikat, sepertimana dibuktikan Apple semasa kes keg4n4san di San Bernardino. Pihak FBI mahu Apple membuat pintasan dalam iPhone pengg4n4s. Tetapi pihak Apple enggan (Kahney, 2019).

Itulah rumusan paling mudah untuk faham isu berkaitan TikTok dan WeChat sekarang ini.

Amerika Syarikat ingin mengharamkan TikTok dengan justifikasi mudah: meng4nc4m keselamatan negara. Ramai dalam kalangan anggota-anggota t3nt3ra menggunakan TikTok dan WeChat.

Jadi pihak White House dan Pentagon khuatir jika data penggunaan disimpan syarikat induk ByteDance untuk ditatap kerajaan China (Yang, 2019).

Malah ByteDance sendiri kantoi mahu bekerjasama dengan parti komunis (Spence, 2019). Jadi pada 7 Julai 2020, pentadbiran Donald J. Trump mula mempertimbangkan supaya TikTok diharamkan (Kharpal, 2020).

Trump menggunakan kuasa eksekutif dalam isu melibatkan TikTok. ByteDance dikehendaki menjual Tiktok kepada syarikat swasta Amerika Syarikat, seperti Microsoft sebagai contohnya (Wells, et al., 2020).

Trump berdepan dengan satu masalah besar dengan TikTok. Golongan anak muda sangat suka menggunakan aplikasi tersebut.

Jadi jika TikTok disekat, ramai dalam kalangan anak muda ini akan cenderung untuk menyokong Joe Biden (Rosenblatt, 2020).

Pada 6 Ogos, Trump menandatangani perintah eksekutif untuk mengharamkan TikTok selama 45 hari (jika ByteDance enggan menjual).

Dalam tempoh 45 hari itu, macam-macam pula terjadi. ByteDance memfailkan saman kerana White House telah melanggar Perlembagaan Amerika Syarikat.

ByteDance juga enggan menjual TikTok kepada Microsoft dan memilih Oracle sebagai rakan teknologi. Jadi strategi Trump pun buntu – kerana Oracle “menjaga” data Amerika Syarikat… dan ByteDance tidak perlu menjual pula.

Tetapi White House nekad untuk mengharamkan TikTok juga pada 12 November (Ott, 2020).

Sekali lagi ByteDance menggunakan undang-undang untuk membalas ser4ng4n. Hakim Carl J. Nichols meluluskan perintah injunksi yang menangguhkan perintah 12 November Trump (Allyn, 2020).

12 November pun datang dan pergi – dan TikTok masih belum diharamkan Amerika Syarikat. Pihak White House menangguhkan ke tarikh lain pula, iaitu 27 November.

Tetapi pada bulan November, jelas sekali Trump mempunyai masalah jauh lebih besar. Beliau telah ditewaskan Joe Biden dalam pilihan raya. Majoriti Biden pula terlalu jauh untuk dipersoalkan.

Talian hayat Trump dalam mahkamah pun belum menjadi. Hari demi hari, Trump semakin kehilangan kuasa kerana 21 Januari 2021 semakin menghampiri. Jadi buat masa sekarang, ByteDance dan TikTok nampaknya sedang selesa – kerana mereka sudahpun mempunyai Oracle untuk membuktikan data Amerika Syarikat selamat.

RUJUKAN:

Allyn, B. (2020, September 27). U.S. Judge Halts Trump’s TikTok Ban, Hours Before It Was Set To Start. NPR.

Kahney, L. (2019, April 16). The FBI Wanted a Back Door to the iPhone. Tim Cook Said No. Wired.

Kharpal, A. (2020, Julai 7). U.S. is looking at banning Tiktok and Chinese social media apps, Pompeo says. CNBC.

Rosenblatt, K. (2020, Ogos 1). Trump’s threatened TikTok ban could motivate young users to vote, some say. NBC News.

Ott, M. (2020, September 18). US bans WeChat, TikTok citing national security, privacy. Associated Press.

Spence, P. (2019, Januari 16). ByteDance Can’t Outrun Beijing’s Shadow. Foreign Policy.

Wells, G., et al. (2020, Julai 31). Microsoft in Talks to Acquire Tiktok, as U.S. Considers Banning the App. Wall Street Journal.

Yang, S. (2019, Januari 14). Report warns of security concerns amid sudden rise of Tiktok. Taiwan News.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.