Kita recap dasar2 luar Trump:

1. Mengubah dasar pro-perdagangan bebas & globalisasi: menarik US keluar dari Trans-Pacific Partnership (TPP), merunding semula NAFTA antara US, Canada & Mexico. Menaikkan tarif (cukai) ke atas barangan import terutamanya barangan China.

2. Menarik US keluar dari institusi antarabangsa yang dianggap tak menepati kepentingan US: Paris Agreement (pasal perubahan iklim), Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan terkini Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

3. Mencari gaduh dengan China: menyekat teknologi 5G Huawei, menyekat TikTok. Menubuhkan pakatan Indo-Pacific dengan Jepun, India dan Australia untuk mengekang pengaruh China. Sokong Taiwan lawan China (enemy of my enemy is my friend).

4. Menjadi presiden US pertama yang berjumpa dengan pemimpin Korea Utara (Kim Jong-un). Dengan berbaik-baik dengan Korea Utara yang merupakan sekutu dan jiran China, Trump harap dapat memberi tekanan maksimum kepada China.

5. Meredakan ketegangan dengan Russia: hubungan US-Russia tidak lagi setegang zaman Obama. Hubungan US dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pula jadi makin renggang sebab kepentingan strategik NATO untuk mengekang kuasa Russia berkurang.

6. Menarik keluar tentera US di Syria, Iraq dan Afghanistan. Pembvnuhan Abu Bakar al-Baghdadi kepala ISIS menjadikan US tidak lagi perlu stay di Syria dan Iraq. Berdamai dengan Taliban supaya US boleh berundur dari Afghanistan.

7. Menyatukan Israel & negara2 Arab menentang Iran. Mengiktiraf pendudukan Israel ke atas Jerusalem dan Lembah Sungai Jordan. Menarik US keluar dari perjanjian nuklear Iran tahun 2015. Kenakan sekatan ke atas Iran, membvnuh Qasem Soleimani untuk paksa Iran berunding semula.

Selain No. 3 & 7, elit dasar luar (foreign policy establishment) di US anggap semua dasar Trump ni dasar palatao, bid’ah dalalah.

Elit dasar luar ini termasuk kakitangan kementerian luar (States Department), pertahanan, CIA, ahli akademik yang menjadi pakar runding kerajaan.

Selama 70 tahun yang lepas, majoriti elit ini terdiri daripada golongan “liberal internationalist” yang berpegang kepada “liberal internationalism”, iaitu set kepercayaan bahawa prinsip2 seperti perdagangan bebas, penyebaran demokrasi akan membawa kepada keamanan dunia.

Liberal internationalism muncul semasa P3rang Dunia Pertama (1914-1918), apabila Presiden Woodrow Wilson membawa US masuk ke p3rang.

Sebelum tu, US mengamalkan “isolationism”. Tak ambil tahu pasal hal dunia, hanya jaga kepentingan diri & perkembangan rantau terdekat (Amerika).

Tapi Wilson nak US kena mainkan peranan lebih besar untuk “make the world safe for democracy”.

Wilson mencadangkan sebuah Liga Bangsa (League of Nations) ditubuhkan bagi kawal tindak-tanduk negara. Tapi idea ni tak dapat sambutan di kalangan rakyat US yang masih isolationist.

US kekal jadi isolationist sehingga Presiden Franklin Roosevelt (1933-1945) membawa US masuk ke WW2 selepas US dis3rang oleh Jepun pada tahun 1941.

Kali ini, Roosevelt mencadangkan Liga Bangsa 2.0 iaitu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations).

Pemenang WW2 iaitu US, UK, USSR (Russia), China dan Perancis menjadi “policemen” dunia dengan mengetuai majlis keselamatan PBB/UN sebagai ahli tetap yang ada kuasa veto.

Tapi disebabkan US yang cadang dan US paling kuat, US lah policeman paling senior.

Bank Dunia, IMF, WTO (nama asal GATT) juga ditubuhkan. US yang set peraturan. WTO promote perdagangan bebas. IMF promote US Dollar. UN promote norma demokrasi & human rights yang difahami oleh US.

“Liberal international order” ini menjadikan US adikuasa atau “hegemon” dunia.

Kedua-dua Wilson & Roosevelt adalah Democrat. Jadi liberal internationalist mostly ada dalam Democrat.

Republican pula berpecah kepada isolasionist (Old Right) yang mahu kekalkan status quo, dan internationalist (New Right) yang sependapat dengan liberal internationalist.

Slowly Old Right (juga dikenali sebagai paleoconservative/paleocon) makin sedikit, New Right (juga dikenali sebagai neoconservative/neocon) makin dominan.

Neocon ni paling dominan zaman George W. Bush. Diorang pakai alasan nak “democratize” Iraq dengan menggulingkan Saddam.

Berbeza dengan liberal internationalis pakai institusi seperti UN untuk promote nilainya, neocon pakai kereta kebal dan pesawat pengebom.

Tapi matlamat tetap sama. Kedua-dua berpendapat bahawa ialah US ada “tanggungjawab moral” untuk memimpin dunia.

Datangnya Trump, konsensus internationalist ini ditunggangbalik.

Dia gelar penyokong perdagangan bebas sebagai “globalis”, mempotret diri sebagai “nasionalis” yang mendahulukan kepentingan US berbanding kepentingan syarikat multinasional yang mahu perdagangan bebas.

Trump anggap campur tangan US di Timur Tengah tak mendatangkan manfaat: “We are NOT the policemen of the world.”

Liberal internationalist campur tangan sebab “demokrasi”. Neocon campur tangan sebab minyak. Trump tak minat sebar demokrasi, dan US kini pengeluar minyak no. 1.

Bila Trump didesak oleh liberal internationalist dan neocon untuk campur tangan di Syria bagi jatuhkan Assad, Trump setakat pergi s3rang one-off 2 kali (April 2017 & 2018) untuk cukupkan syarat.

Keputusan Trump untuk keluar Syria membuat menteri pertahanan Jim Mattis letak jawatan. Berdamai dengan Taliban juga membuat penasihat keselamatan John Bolton letak jawatan. Dua-dua ni pro-war.

Trump tak ambil kira faktor ideologi dalam berdialog dengan “musuh” US. Dia pergi berpelukan dengan Putin dan Kim Jong-un yang dianggap sebagai “autocrat” oleh liberal internationalist dan neocon.

Kecuali pendirian pro-Israel tu sama dengan semua presiden sebelumnya. Sebab penyokong Republican ni kebanyakannya Evangelical Christian yang menganggap negara Israel yang didirikan pada tahun 1948 sama dengan Israel dalam ramalan Bible.

Jadi di mata elit dasar luar, Trump sedang merosakkan liberal international order, membolehkan kebangkitan semula Russia yang pernah mencabar US ketika P3rang Dingin 1945-1991.

Diorang attack Trump. Mendakwa Trump sebagai boneka Russia, kena beli oleh Putin untuk sabotaj US.

Mula2 nak impeach Trump kononnya berkomplot dengan Russia untuk menang pilpres 2016. Tapi hasil siasatan Mueller buktikan sebaliknya.

Impeachment pasal Ukraine pun tak berjaya.

Jadi diorang nekad menewaskan Trump pada 2020. Kalau tak habis status US sebagai adikuasa dunia.

Democrat mencalonkan Joe Biden yang merupakan seorang liberal internationalist untuk lawan Trump dalam pilpres 2020.

Dia ni orang lama “The Establishment”. So kalau dia menang, agenda liberal internationalism akan dihidupkan kembali serta-merta. Tak perlu ada orientasi bagai.

Salah satu sebab Bernie Sanders dipinggirkan sebab dia bukan liberal internationalist, pandangan pun ke arah isolationism macam Trump juga. Cuma dia kurang agresif sikit dan tak pro-Israel.

Biden kira yang terpaling liberal internationalist di kalangan Democrat bersama-sama Hillary Clinton. Obama di tengah-tengah antara Biden/Hillary dan Sanders.

Selaku senator, kedua-dua Biden dan Clinton mengundi menyokong P3rang Iraq tahun 2003. Malah Biden ialah pengerusi Jawatankuasa Ehwal Luar di Senate ketika itu.

Walaupun liberal internationalist cenderung kepada institusi dan “peraturan”, tapi diorang tak teragak-agak mengguna kekerasan terhadap musuh/negara yang dianggap tak demokratik.

Malah diorang anggap niat “mempertahankan dan menyebar demokrasi” menghalalkan segala tindakan.

Sebab itu walaupun Obama kritik Bush melancarkan P3rang Iraq (antara modal dia untuk bantai Hillary masa merebut jadi calon 2008), dia sendiri pun campur tangan di Libya dan jatuhkan Gaddafi atas nama “demokrasi”.

Liberal internationalist & neocon = two sides of the same coin.

Maka tak hairan sejumlah bekas ahli kabinet Bush menubuhkan “43 Alumni for Biden” (43 merujuk kepada Bush Presiden ke-43).

Bekas staf Hillary seperti Susan Rice & Samantha Power yang merupakan arkitek Ops Libya pun dijangka akan dilantik ke dalam kabinet Biden.

Maka tak hairan sejumlah bekas ahli kabinet Bush menubuhkan “43 Alumni for Biden” (43 merujuk kepada Bush Presiden ke-43).

Bekas staf Hillary seperti Susan Rice & Samantha Power yang merupakan arkitek Ops Libya pun dijangka akan dilantik ke dalam kabinet Biden.

Jadi, Biden akan reverse dasar Trump sebelum ini dengan:

1. Kembali menyokong perdagangan bebas dan globalisasi, mengekalkan sokongan kepada WTO. Mungkin akan join TPP balik, tapi secara berhati-hati sebab TPP memang tak popular di kalangan pengundi blue-collar.

2. Kembali menyertai Paris Agreement, WHO dan UNESCO bagi menonjolkan kepimpinan US.

3. Kembali berseteru dengan Russia. Memperbaiki hubungan dengan NATO (yang dirosakkan di zaman Trump) untuk tekan Russia. Zaman Trump China China China, zaman Biden Russia Russia Russia.

4. Kurang bergaduh dengan China. Bukan tak ada (Obama yang mula bercampur tangan isu LCS) cuma slow sikit sebab Russia musuh lagi utama. Masih akan menekan China pasal human rights di Hong Kong & Xinjiang.

5. Tiada lagi bromance dengan KJU. Semenanjung Korea kembali tegang.

6. Kembali sibuk di Timur Tengah. Biden dah kata dia tak akan tarik keluar semua tentera dari Afghanistan dan Iraq tapi akan letak Special Ops (untuk pastikan usaha Bush dan Obama bertahun-tahun tak disia-siakan).

Di Syria, Biden akan teruskan “Assad must go”, lemahkan atau jatuhkan Assad yang merupakan sekutu tegar Russia dan penghalang cita-cita Israel.

Kehadiran US di Syria adalah penting bagi meneruskan dasar Obama-Biden untuk sokong Kurd.

Berbeza dengan Trump yang tarik sokongan bagi memperbaiki hubungan US-Turki. Turki pun akan dipaksa untuk buat pilihan antara NATO atau Russia. Zaman Trump boleh lah Erdogan main dua-dua sebab Trump OK dengan Russia.

7. Biden kemungkinan besar tak akan tarik balik pengiktirafan US terhadap pendudukan Israel di Jerusalem. Benda tu dari zaman Bill Clinton (1993-2001) nak buat, cuma tak ada political will (tak berani lah). Elok lah Trump tolong buat dirty job.

Naib Presiden Kamala Harris pun terkenal sebagai Zionis tegar yang kata akan memberi “unconditional” dan “unbreakable support” kepada Israel, Israel ada “right to defend” (same old same old).

Cuma Biden kata nak join balik perjanjian nuklear Iran. Israel dan Saudi tak berapa happy dengan tu. Dulu lepas Obama sign terus diorang merajuk pergi berkawan dengan Russia. Hasil daripada itu, Russia dan Saudi mula bekerjasama dalam bidang nuklear dan pertahanan.

Biden juga kata dia akan tarik sokongan US kepada Saudi dalam P3rang Yaman, walaupun Saudi memulakan p3rang pun dapat restu Obama-Biden.

Sebab kes pembvnuhan Jamal Khashoggi tahun 2018 menyebabkan public outcry di US. Biden sebagai liberal tak boleh buat tak tau macam Trump.

Jadi, US di bawah Biden = US lama.

Iaitu US yang suka preach demokrasi & hak asasi untuk menghalalkan tindakannya, termasuk kekerasan, demi capai global dominance.

Berbeza dengan Trump yang tak preach, terus-terang dengan kepentingannya, dan tak obses dengan “US leadership”.

US leadership ni bagus ke tak bagus? Bergantung.

Dalam hal perdagangan dan institusi antara negara, memang kena ada leadership. Bila US yang set rule tapi Trump tak ikut rule, semua orang rasa serabut dan tak tau nak react macam mana. Itu destabilize dunia.

Tapi leadership yang tak dicabar juga mengancam kedaulatan dan kebebasan negara. Zaman Trump kita kurang sikit dengar lecture US. Now benda tu akan kembali.

Cuma Biden berdepan dengan banyak kekangan. Senate masih dikuasai Republican. Presiden yang tak control Senate ni “lame duck”, hampir tak berfungsi.

Anti-globalisme yang dihidupkan oleh Trump walaupun dikalahkan, tapi belum mati.

Maybe the end of US hegemony is inevitable?

*Penulisan akademik pasal liberal internationalism banyak. Yang pro macam John Ikenberry, yang anti macam John Mearsheimer. Tulisan akademik yang puji dasar luar Trump pun ada, baca Randall Schweller (dia ni prominent scholar, jangan panggil orang profesor kangkung pulak)


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.