Trump Hampir Dir*cun

637

https://bit.ky/kombowww

Ada sebab kenapa pihak Secret Service sentiasa berwaspada untuk menjaga Presiden Amerika Syarikat. Satu hari pun mereka tidak boleh leka. Dunia mengingati nasib malang yang menimpa John F. Kennedy.

Tetapi bukan semua orang tahu bahawa ada cubaan membvnuh ke atas hampir setiap Presiden Amerika Syarikat. Dijangka terdapat 19 cubaan untuk membvnuh Barack Obama, yang tidak membawa suara kebencian seperti Donald Trump.

Sebelum kemenangan pilihan raya pada tahun 2016 lagi, ada orang cuba membvnuh Trump.

Semasa berkempen di Las Vegas, seorang warga British cuba mengambil sepucuk p1st0l daripada anggota polis bertugas.

Michael Steven Sanford mengaku berniat untuk membvnuh Trump untuk menghalangnya daripada memenangi pilihan raya.

Dua tahun kemudian seorang pesara t3ntera mengutuskan sepucuk surat kepada Trump. Di dalam sampul tersebut, William Allen meletakkan kacang kastor yang dikisar.

Surat ini dipintas pihak Secret Service yang juga mendapati kandungan ricin dihantar Allen kepada Setiausaha Pertahanan dan Ketua Operasi Laut.

Jadi bagi Trump, cubaan membvnvh ini sudah menjadi perkara biasa.

Sama seperti demam pilihan raya 2016, kali ini pun beliau disasarkan seorang warga asing. Pihak Secret Service telah memintas sepucuk surat yang dihantar dari Texas (ataupun Canada).

Mengikut prosedur yang sama, surat ini dihimpun di sebuah tempat rasmi yang akan menjalankan ujian udara (untuk mengenalpasti jika ada bahan merb4haya).

Pihak Secret Service mendapati surat tersebut mempunyai kandungan ricin.

Apa Itu Ricin?

Amerika Syarikat sering menggunakan minyak kastor bagi tujuan perubatan, perindustrian, penjagaan kulit dan masakan. Ia dibuat daripada kacang kastor, yang mempunyai bahan toksik.

Tetapi proses pemanasan boleh mengh4puskan bahan tersebut, sekali gus selamat digunakan. Namun proses kacang kastor mempunyai bahan buangan yakni sejenis r4cun bernama ricin (Tosh, 2019).

Ricin selalunya digunakan secara semburan atau campuran dalam makanan. Sehingga hari ini, tiada penawar untuk ricin (Health NY, 2005).

Siapa Yang Hantar?

Sekitar tahun lepas, seorang pengguna Twitter bernama Pascale Ferrier memuatnaikkan suatu ciapan yang berbaur hasutan. “Aku baru baca ciapan ni. Aku setuju (Trump patut dit3mb4k di muka)… tiada siapa buat apa-apa… sudah tiba masanya untuk ubah! #bvnuhtrump.” (O’Connell, 2020).

Ferrier merupakan seorang warga Canada yang amat membenci Trump. Namun jauh berbeza daripada orang lain (yang juga membenci Trump), Ferrier mengambil tindakan sendiri.

Pada Mac 2019, beliau sudah dib3rkas di Mission, Texas, kerana memiliki senj4ta tanpa permit dan lesen memandu palsu.

Semasa dalam t4hanan, pihak berkuasa Amerika Syarikat mendapati visa Ferrier telah luput. Kesalahan berangkaian ini menyebabkan Ferrier diusir pulang ke Canada.

Sesudah balik, Ferrier buat hal dengan menghantar surat ber4cun kepada White House (untuk Trump) dan didapati dua pucuk surat lagi kepada pejabat polis dan pusat t4hanan di Texas.

Apa Tindakan Undang-Undang?

Berdasarkan hvkuman yang dijatuhkan terhadap pelaku-pelaku jen4yah lain, Pascale Ferrier boleh dip3njarakan selama 25 tahun.

Semasa pentadbiran Barack Obama, seorang lelaki dari Mississippi bernama J. Everret Dutschke telah menghantar surat mengandungi ricin kepada Obama dan seorang senator Republikan yang dijangka untuk mem3rangkapkan seorang pesaing politik (Benner, 2020).

Obama juga disasar Shannon Richardson yang juga menghantar surat mengandungi ricin.

Karier berlakon Richardson mudah kata tamat begitu saja selepas beliau didapati bersalah (dalam percubaan untuk mem3rangkapkan suaminya sendiri). Richardson dip3njarakan selama 18 tahun (Fernandez, 2014).

RUJUKAN:

Benner, K. (2020, September 19). Ricin is said to have been sent to the White House. The New York Times.

Fernandez, M. (2014, Julai 16). Texas: Actress Gets 18-Year Sentence in Ricin Case. The New York Times.

Health NY. (2005). The Facts About Ricin.

O’Connell, O. (2020, September 23). ‘It’s time to change! #(ditapiskan)trump’: Deported Canadian (ditapiskan) for sending ricin to Trump may have tweeted about (ditapiskan) days earlier. The Independent UK.

Tosh, P.K. (2019, Mac 20). Ricin (ditapiskan). Mayo Clinic.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.