Sebagai seorang penulis, aku sentiasa mencari naskah-naskah yang boleh dijadikan sebagai makanan minda untuk aku hasilkan karya yang hebat. Tidak kiralah aku menghabiskan masa berjam-jam melayan sebuah filem, novel atau sudah tentu, sebuah permainan video. Atas sebab itulah aku mengambil kesempatan ini untuk mengarang seperca ulasan aku tentang salah satu permainan video kegemaran aku.

Lagipun baru-baru ini, para gamer di seluruh dunia dikejutkan dengan kualiti yang dihidangkan oleh Bioware tentang permainan video francais Mass Effect mereka. Kritikan dan kutukan mewarnai forum, portal, page dan komuniti yang menemplak Mass Effect Andromeda. Aku sendiri belum main Andromeda, tapi aku nak tulis pasal trilogi original Mass Effect itu sendiri, untuk mengembalikan nostalgia kita sejak zaman berzaman. Ada sebab kenapa aku mengangkat Mass Effect sebagai sebuah karya yang menandingi zaman. Jawapan aku paling mudah.

Mass Effect Menyajkan Sebuah Antropologi Bangsa Alien Yang Menarik Untuk Dikaji.

Aku adalah peminat sejarah. Aku juga meminati kebudayaan, antroplogi dan linguistik. Apabila aku disajikan dengan sebuah karya fiksi yang mampu mengangkat sesuatu yang sangat kompleks dalam bidang berkaitan dengan kebudayaan dan antropologi, aku akan cepat jadi kagum. Mass Effect ialah salah satunya. Kebudayaan dan bangsa Alien di dalam karya ini menyajikan potensi yang sangat besar. Galaksi ketika itu dipimpin oleh 4 bangsa besar iaitu Manusia, Asari, Turian dan juga Salarian.

Namun, alam semesta turut dihuni oleh bangsa-bangsa kecil yang lain yang tidak mampu berdiri sama hebat dengan 4 bangsa yang lain, yang turut mempunyai kebudayaan yang unik yang aku kira boleh kita ulas sama-sama. Aku mungkin tidak dapat ulas semua bangsa di dalam permainan video ini, tetapi cukuplah sekadar beberapa yang mampu memberikan kita sedikit gambaran yang sesuai.

Asari

Bangsa Asari

Asari – kau akan disajikan dengan satu bangsa alien yang aku kira diilhamkan daripada mereka yang khunsa. Berbeza dengan bangsa manusia, yang mempunyai dua gender, tetapi Asari ialah bangsa yang tidak mempunyai istilah jantina dalam kebudayaan mereka. Meskipun dari pandangan kebudayaan manusia, suara, susuk tubuh, adalah menyerupai kaum perempuan. Meskipun dalam bahasa manusia, mereka akan dijolok dengan panggilan bersifat kewanitaan. Namun, mereka mampu berhubungan dengan jantina lelaki mahupun wanita.

Mass Effect mempunyai istilah sains tersendiri (yang aku tidak mahu ulas kerana bukan forte aku) untuk menjelaskan tentang bagaimana sistem reproduksi bangsa Asari ini, tentang bagaimana hubungan dengan bangsa alien yang lain tidak menghasilkan genetic kacukan, sebaliknya anak yang lahir akan kekal dalam bentuk Asari kerana genetic Asari yang sangat unik.

Apa yang menarik mengenai Asari ialah kebudayaan mereka yang terhasil daripada usia yang panjang. Mereka mampu hidup beratus tahun, dan itu telah secara tidak langsung membentuk tiga tahap dalam hidup bangsa Asari sendiri.

i. Maiden – Ini ialah fasa bagi setiap Asari yang baru sahaja mencapai tahap akil baligh mereka. Mereka akan memulakan pengembaraan untuk mencari pengalaman yang dipandu oleh rasa ingin tahu dan tindakan yang agak membabi-buta, terburu-buru dan kerana dipandu oleh darah muda.

ii. Matron – Mungkin dalam fasa sekitar usia 350 tahun bangsa Asari. Pada peringkat ini, Asari sudah tidak seperti peringkat Maiden yang lebih suka mengembara, mencari makna diri kehidupan mereka. Mereka memilih untuk menetap di sebuah kawasan, mula mengabadikan diri pada membina keluarga.

iii. Matriach – Fasa ini berlaku ketika Asari mula memasuki usia 700 tahun, di mana ketika ini, mereka memainkan peranan sebagai seorang kaunselor, wali, pendeta atau apa-apa sahaja yang seumpama dengannya dalam komuniti mereka sendiri. Pengembaraan dan pengalaman hidup yang berbekalkan beratus tahun menjadikan mereka penasihat yang hebat.

Usia yang panjang menjadikan Asari sebagai antara bangsa alien yang paling maju berbandingkan bangsa-bangsa lain yang sudah mencapai status sebagai bangsa peneroka angkasa. Oh ya, setiap bangsa tentu ada agama mereka tersendiri. Dalam soal ini, Mass Effect cuba mengambarkan agama yang unik pada setiap kebudayaan bangsa yang mereka cipta. Untuk bangsa Asari, mereka mengamalkan kepercayaan Monotheism menyembah dewi Athema, yang dikatakan merupakan Matriach yang paling awal.

Namun, kepercayaan Monotheism yang berasaskan tuhan peribadi ini mula bertukar kepada kepercayaan berasaskan Pantheistic, di mana mereka percaya terdapat kuasa agung yang mentadbir alam semesta, namun menolak kewujudan TUHAN yang bersifat peribadi, juga TUHAN berbentuk anthropomorphic di mana mewakili setiap kehendak manusia seperti nafsu, cinta, makanan, dan seumpama dengannya.

Bagi Pantheistic versi Asari, mereka percaya bahawa alam semesta ialah entiti tertinggi yang bertahap divinity, yang di mana alam semesta sedar akan pada setiap yang berlaku disekitarnya dan menganggap kematian ialah apabila roh kembali bersatu dengan alam semesta. Agama kepercayaan Asari ini dipanggil sebagai Asari, dan antara agama yang popular di kalangan bangsa-bangsa alien, memandangkan Asari mempunyai kemampuan menjalinkan hubungan dengan bangsa-bangsa alien yang lain kerana keunikan biologi mereka.

Sistem pemerintahan Asari di Planet Perumah mereka Planet Thessia ialah Republik Asari, yang berasaskan negara-negara kota yang bertebaran di sekitar planet mereka. Perumpamaan yang dekat pada kebudayaan manusia hari ini ialah negara kota Yunani dan Melayu. Negara-negara kota ini di Planet Thessia adalah dalam keadaan terasing dan terpisah antara satu sama lain sehinggalah bangsa Asari memasuki Zaman Informasi apabila mula mengenali internet lalu mereka mengadaptasikan Demokrasi Eletronik dalam kehidupan mereka.

Negara-negara kota ini akan berhubung melalui internet, dan setiap rakyat negara-negara kota Asari dibolehkan menyertai perdebatan yang akan berlangsung selama berjam-jam di internet, pada sebuah chatroom yang akan dipantai oleh virtual intelingence yang dipogramkan sebagai moderator. Oleh kerana kebudayaan yang berasaskan pertukaran pendapat yang sangat terbuka, ia membentuk budaya bangsa yang sangat bertoleransi dan mengangkat diplomatik sebagai wadah ketamadunan mereka.

Fakta menarik, ekonomi bangsa Asari ialah ekonomi terbesar di galaksi.

Turian

Turian

Aku kira Turian mungkin diilhamkan oleh ciri kebudayaan bangsa Sparta dalam Ketamadunan Yunani. Kalau kalian mendalami kebudayaan bangsa Turian, bangsa yang digambarkan secara biologi persis seperti seekor cicak, atau mungkin lebih tepat seperti dinosaur Raptor, yang bezanya mereka bukan karnivor kejam dalam fiksyen Jurrasic Park itu, dan tidak berdiri atas 4 kaki sebaliknya dua kaki.

Turian membangunkan kebudayaan mereka berasaskan budaya militari yang sangat tinggi disipilin mereka. Dari kepolisan, ketenteraan, sehinggalah sektor seperti bomba, kejuruteraan turut dibangunkan atas kebudayaan tentera yang tinggi. Turian tidak suka mengacau bangsa lain, namun apabila dikacau, Turian tidak seperti Asari yang berpegang pada kebudayaan diplomatik yang tinggi, Turian percaya pada prinsip perang pada skala penuh. Mungkin sebab kebudayaan tentera yang tinggi, militari bangsa Turian dikenali yang terkuat di galaksi berbanding bangsa-bangsa lain.

Sistem kerajaan di Turian berasaskan Hierarki Turian berasaskan hierkrari metriokrasi. Setiap rakyat Turian, mereka akan diperkenalkan pada 27 peringkat hidup sebagai seorang Turian. Mereka akan dipilih untuk dinaikkan pangkat sebagai rakyat Turian apabila mempunyai kelayakan. Mereka juga boleh dijatuhkan pangkat apabila dilihat sebagai tidak layak atau gagal. Komuniti Turian akan dipimpin oleh mereka yang menduduki hierarki yang teratas.

Salarian

Kalau bangsa Turian digambarkan sebagai bebentuk seperti raptor, salarian pula ialah spesis cicak yang berevolusi menjadi bangsa yang bertamadun. Kononnya ketika era lampau, mereka hidup secara primitif dengan memakan serangga melalui lidah panjang bercabang, dan hidup secara bernomad. Hari ini, Salarian ialah antara bangsa paling moden di galaksi.

Biologi bangsa Salarian berpandukan metabolism yang sangat hyperaktif. Ini membuatkan mereka melakukan aktiviti dengan sangat pantas dan selalu memandang bangsa alien yang lain sebagai lembab kerana metabolism mereka. Namun, dek kerana metabolism yang sangat hyperaktif, mereka juga mempunyai usia yang sangat pendek iaitu seitar 40-an sahaja.

Komuniti bangsa Salarian berasaskan amalan Matriachy menurut aku. Mungkin kerana betapa jarangnya kaum wanita dalam kalangan bangsa Salarian, dan oleh kerana hayat Salarian sangatlah pendek, memaksa reproduksi adalah salah satu daripada senjata survival bangsa mereka. Ini membuatkan dinasti, komuniti dan pemimpin mereka dikuasai oleh kaum wanita.

Apa yang menariknya kerana ini juga, betapa sebenarnya tidak wujud konsep cinta dan perhubungan dalam kalangan bangsa Salarian. Kau tidak akan jumpa budaya yang melibatkan seperti perkahwinan sebagai ritual untuk menyatukan dua pasangan. Seks hanya bersulamkan untuk reproduksi semata-mata-mata. Yang ada pada bangsa Salarian ialah sudah ada kod purba yang menentukan siapa yang akan menetaskan dan pengeraman telur.

Proses ini pun hanya berlaku berbulan-bulan selepas rundingan dari dua klan yang berbeza, dan ia hanya dijalankan di atas faktor seperti hubungan politik semata-mata. Amatlah jarang kita dapat melihat seorang Salarian melanggar kebudayaan di atas dan mengadaptasikan kod perhubungan bangsa lain seperti jatuh cinta, dalam perhubungan dan sebagainya.

Quarian

Quarian dalam suit perlindungan mereka

Aku kira bahawa antara banyak-banyak watak bangsa alien yang aku temui dalam permainan video ini, perasan kagum aku tidak pernah lari pada satu watak bangsa alien yang dikenali sebagai Quarian. Quarian ialah sejenis alien, yang ada iras-iras manusia dalam penciptaannya. Oleh kerana terlalu maju, Quarian telah mencipta sejenis AI yang dinamakan sebagai Geth. Robot yang mempunyai akal seperti manusia, dalam bahasa orang awamnya.

Namun, bangsa Quarian pula mula merasa takut dengan keupayaan yang dimiliki Geth yang dicipta oleh mereka. Maka bermulalah konspirasi untuk memastikan projek Geth ini dihapuskan serta-merta. Namun, Geth yang sudah mampu berfikir seperti manusia memberontak, menentang Quarian kerana merasakan bahawa mereka juga mempunyai hak untuk hidup!

Maka perang saudara berlaku antara Quarian dan Geth dan ia berlanjutan dengan Quarian terhalau dari planet mereka dan Geth mula menjadi tuan yang baru di planet mereka. Hanya 1 peratus sahaja populasi Quarian yang selamat daripada perang saudara ini.

Quarian yang menjadi bangsa alien yang “homeless” di alam semesta terpaksa tinggal dalam armada-armada kapal angkasa mereka yang dipanggil sebagai Migrant Fleet, sekaligus kehidupan Quarian selepas itu membentuk kebudayaan dan antropologi yang sangat unik yang membuatkan aku sebagai peminat sejarah dan antropologi menjadi sangat kagum.

Selepas puluhan, bahkan mungkin ratusan tahun menjadi “homeless” di dalam armada kapal angkasa yang mengembara di galaksi, ia telah membuatkan bangsa Quarian menjadi bangsa yang mempunyai ketahanan imun dan fizikal yang agak lemah, memaksa mereka hidup di dalam suit perlindungan mereka. Tambahan pula di planet asal mereka, kewujudan makhluk mikrob seperti kuman, bakteria dan virus adalah hampir tidak wujud. Mikrob di planet asal mereka pula adalah jenis yang memberikan faedah kepada mereka daripada menghancurkan mereka. Kau boleh analogikan dengan kewujudan bakteria baik di planet kita, sekaligus membentuk humbungan simbiotik yang di mana Quarian dan mikrob di planet saling memerlukan antara satu sama lain.

Selain itu, kebudayaan di mana memerlukan setiap anak Quarian yang cukup umur untuk keluar dari armada mereka, mengembara ke seluruh pelusuk semesta demi mencari sesuatu berharga yang mampu memberikan manfaat kepada armada mereka. Dalam perjalanan pengembara Quarian, mereka akan belajar tentang banyak perkara tentang kehidupan dan itulah matlamat utama kebudayaan ini. Apabila mereka pulang, mereka akan mempersembahkan apa yang mereka dapat sepanjang pengembaraan ini kepada kapten setiap kapal mereka.

Manusia

Dalam permainan video ini, dikatakan bangsa manusia adalah paling lewat mengenali pengembaraan galaksi dan bangsa paling muda di antara bangsa-bangsa alien yang sudah lama memerintah galaksi. Namun, perkembangan bangsa manusia adalah paling pantas berbanding bangsa-bangsa lain. Tidak sampai 100 tahun selepas mengenali pembembaraan galaksi, bangsa manusia sudah mampu menganggotai council yang melibatkan 3 bangsa terhebat alam semesta yang menguasai alam semesta. Dalam permainan video ini,

Selebihnya, kebudayaan manusia adalah seperti kita hari ini. Tak perlu aku ulaskan lebih lanjut untuk memanjangkan artikel ini.

Kesimpulan

Melalui sedikit perkongsian di atas, kita mendapat tahu bahawa kebudayaan itu terbentuk akibat beberapa faktor. Bukan ia lahir begitu sahaja. Setiap bangsa yang aku paparkan di atas, mereka dibentuk akibat pelbagai faktor seperti faktor planet, sejarah, biologi, genetik dan sebagainya. Manusia moden hari ini pun tidak ketinggalan mengalami fasa yang lebih kurang sama seperti bangsa-bangsa fiksi yang aku paparkan di atas.

Oleh kerana bangsa Korea sering ditindas oleh bangsa-bangsa gergasi yang mengelilingi mereka, ia menimbulkan rasa dendam pada trait bangsa Korea. Oleh kerana bangsa Melayu hari ini yang membina tamadun di antara laluan perjalanan bangsa-bangsa di dunia, dan dikunjungi oleh pelbagai ratusan bangsa, bangsa Melayu mencipta kebudayaan yang berasaskan diplomasi dan tolak ansur dan kesabaran yang tinggi.

Tetapi yang paling penting, betapa karya-karya luar negara yang sudah mampu menerokai sesuatu yang sekompleks seperti kebudayaan dan trait sebuah bangsa di atas, harus memberikan tamparan kepada kita yang masih lagi tersekat pada cliché-cliché drama Melayu jam 7 malam.

 

 

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply