“One man’s trash is another man’s treasure.”

Warner Bros. (WB) dan DC kembali menghangatkan berita perfileman di dada-dada skrin telefon pintar serta komputer dalam era pandemik ini dengan kedatangan filem IP terbaharu mereka daripada siri kumpulan Task Force X/ Sui.ci.de Squad melalui filem bertajuk The Sui.ci.de Squad yang telah menemui penonton sejak awal Ogos lepas.

Menarik perhatiannya pada kali ini, filem yang telah menelan belanja produksi sebanyak 185M USD ini diarahkan oleh seorang pengarah karismatik yang popular dengan idea radikal gila-gilanya yang tersendiri iaitu James Gu.nn – seorang figura yang sinonim dengan francais Guardians of the Galaxy dari kem sebelah, Marvel Studios/Disney.

Imbas kembali pada sekitar tahun 2018, beberapa ciapan berdekad lama daripada pengarah tersebut yang bernada sedikit jelek telah dikorek semula oleh warga maya dan social justice wa.rrior (SJW) tersa.kiti dan selektif pada ketika dunia Hollywood masih dilanda tempias kempen #MeToo.

Akibat te.kanan daripada perkara tersebut, Disney dan Marvel Studios telah membuat satu keputusan drastik dengan menendang keluar James Gu.nn dari pasukan produksi, secara tidak langsung menyingkirkannya daripada projek filem Guardians of the Galaxy Vol. 3 yang sedang dibangunkannya.

Tapi bak kata orang tua-tua, “rezeki tidak pernah salah alamat”; beberapa hari selepas itu, WB terus mengambil kesempatan yang terhidang dengan bermurah hati mengutip semula James Gu.nn dan membuat perjanjian bersama sebelum menyerahkan kunci projek filem The Sui.ci.de Squad kepadanya.

[Disney dan Marvel Studios kemudiannya ibarat menjilat semula ludah mereka apabila membuat u turn dengan mengambil semula James Gu.nn bagi menyambung projek filem Guardians of the Galaxy ketiga yang bakal menemui penonton pada tahun 2023. Tidak pasti sama ada James Gu.nn hanya bersetuju sekadar one and done deal bagi menyelesaikan ‘unfinished business’ dengan menamatkan trilogi GotG miliknya atau akan terus bekerjasama lagi dengan studio milik tikus gergasi yang terkenal itu lagi].

James Gu.nn dan Margot Robbie di set pengambaran The Sui.ci.de Squad I Warner Bros.

Namun pengambilan James Gu.nn oleh WB hadir dengan sebuah harga yang sedikit mahal.

Demi mendapatkan persetujuan sentuhan arahan James Gu.nn, WB terpaksa memenuhi kehendaknya supaya filem sequel yang berkisarkan anggota-anggota penjen.ayah, memetik kata-kata Amanda Waller, “the worst of the worst” ini difilemkan dengan klasifikasi rating R.

Berdiri sekali lagi dalam kelompok supervillian ‘worst of the worst’ ini pula ialah seorang watak fan-favorite yang tidak perlu diperkenalkan lagi iaitu Harley Quinn, yang kembali semula membuat penampilan ketiganya dalam ‘mini-universe’ siri Sui.ci.de Squad kali ini selepas bergerak secara solo buat seketika pada tahun 2020.

Harley Quinn: Penyambung Legasi Tiga Buah Filem

Filem Sui.ci.de Squad direalisasikan pada tahun 2016 dengan pengenalan kepada beberapa watak baharu DC yang ternama buat pertama kalinya seperti De.adsho.t (Will Smith), The Joker (Jared Leto), Amanda Waller, Captain Boomerang, Ki.ll.er Cr.oc, dan lain-lain lagi termasuklah dengan karakter Harley Quinn.

Walaupun menerima kecaman kritikal yang teruk, filem arahan David Ayer (F.ury, End of Watch) ini tetap memperoleh kutipan pec.ah panggung yang bagus serta gah dengan kemenangan dalam anugerah Oscar pada tahun 2017 bagi kategori ‘Solekan dan Dandanan Gaya Rambut Terbaik’ (Best Makeup and Hairstyling).

Menunggang populariti Harley Quinn yang mencanak naik melalui bawaan cemerlang Margot Robbie (Wolf of Wall Street, I, Tonya) dalam filem tersebut, WB terus mengorak langkah seterusnya dengan memberikan lampu hijau kepada projek filem solo pertama Harley Quinn melalui filem *tarik nafas* Birds of Prey (and the Fantabulous Emancipation of One Harley Quinn) *hembus nafas*. (tajuk yang aku sentiasa prefer ialah Harley Quinn and The Birds of Prey).

Mengejutkan lagi, WB – sebuah studio yang infamous dengan laporan percampuran urusan kreatif dan visi beberapa pengarah untuk filem-filem DC sebelum ini – termasuklah dengan filem Sui.ci.de Squad (2016) – bersetuju untuk memberikan penarafan R buat filem solo pertama Harley Quinn tersebut.

Secara tidak langsung, filem spin-off Sui.ci.de Squad (2016) tersebut yang diarahkan oleh pengarah muda berbangsa Chinese-American bernama Cathy Yan dengan lakon layar daripada Christina Hodson telah menjadi filem R-rated pertama bagi tayangan di pawagam dalam dunia sinematik mereka yang dipanggil media dengan gelaran DC Extended Universe (DCEU).

Dalam pada itu, berkemungkinan atas dasar ingin menjauhkan diri daripada stigma kritikan negatif filem Sui.ci.de Squad (2016), termasuk untuk menyu.ntik satu variasi yang lebih segar dan dinamik, WB kemudiannya memanggil James Gu.nn untuk mengambil alih tampuk penulisan dan pengarahan bagi filem ke-2 dalam siri tersebut.

Sui.ci.de Squad – antara filem DC yang berjaya memenangi anugerah Oscar I Warner Bros.

Menariknya, garapan mengenai karakter Harleen Quinzel yang sentiasa bersikap energetik, ranggi, dan gila-gila dalam ketiga-tiga filem yang berbeza ini telah memberikan pengembangan dan lengkungan cerita (story arc) yang berlainan dan unik dalam setiap ketiga-tiga filem lakonannnya.

Melalui Sui.ci.de Squad (2016), penonton dapat menyaksikan asal-usul Harley Quinn ketika dia berada di bawah pengaruh dan kawalan partner-in-cri.me-nya, The Joker, yang senantiasa berkelakuan abusif dan toksik melalui beberapa babak imbas kembali di sepanjang filem ini.

Pada masa yang sama, Harley juga ditunjukkan dapat bekerjasama dan membina hubungan setiakawan yang baik dengan rakan-rakan asing baharunya dalam kumpulan supervillain itu, terutamanya dengan watak De.adsho.t, Captain Boomerang, dan Rick Flag.

Versi Birds of Prey (2020) pula memperlihatkan sisi baharu Harley Quinn yang memulakan kehidupan solonya di Kota Gotham dengan mencari jalan untuk keluar daripada bayangan hidup Mr J (sama seperti plot siri animasi solonya yang bertajuk Harley Quinn).

Perjalanan Harley dalam filem ini sekali lagi telah memaksanya untuk bekerjasama dengan beberapa rakan baharu yang di pengakhirannya telah membentuk sebuah kumpulan vigilante yang dikenali sebagai Birds of Prey. (mengolah mutiara kata-kata Will Smith, “So that’s it. What, we’re some kinda…Birds of Prey?”)

Manakala yang terbaharu ialah versi The Sui.ci.de Squad (2021) – filem yang hanya menunjukkan serba sedikit mengenai sosok Harley Quinn yang sudah keluar secara keseluruhannya daripada bayangan hidup Puddin-nya – termasuk dengan menjadi semakin berhati-hati dalam menjalinkan apa-apa hubungan istimewa yang seterusnya.

Semangat setiakawan dan anti-hero Harley Quinn semakin terserlah dalam nukilan kali ini bersama-sama rakan taulan baharunya seperti Blo.odsport, Ratcatcher 2, dan sudah semestinya, watak comel terkini kesukaan ramai, King ‘num num’ Shark.

“So that’s it. What, we’re some kinda…The Sui.ci.de Squad?” I Warner Bros.

Yang tidak dijangka, sisi perubahan dan perkembangan watak ciptaan penulis legenda siri Batman: The Animated Series, Paul Dini, dalam ketiga-tiga filem DCEU ini juga diikuti dengan perubahan mengejut industri pemasaran & pengedaran filem di Amerika Syarikat (dan dunia) sejak kedatangan koronavirus yang banyak mengubah fabrik industri perfileman Hollywood secara keseluruhannya.

Kebanyakan penonton tentu sahaja dapat mengingati dan merasai tiga situasi dan suasana dunia yang berbeza melalui pengalaman tontonan ketiga-tiga filem ini.

Sui.ci.de Squad (2016) hadir dalam keadaan dunia yang masih normal daripada sebarang suasana pandemik. Manakala Birds of Prey (2020) pula muncul pada fasa permulaan dunia sedang diser.ang oleh virus pandemik tersebut (tayangan pada bulan Februari).

Kini, The Sui.ci.de Squad (2021) menjengah dalam keadaan kebanyakan tempat di dunia masih bertarung dan bergelut lagi dengan keadaan krisis kesihatan yang telah sama sekali mengubah cara interaksi dalam kehidupan sosial seharian manusia.

Akibat daripada tiga latar belakang keadaan yang berbeza ini, jumlah kutipan pec.ah panggung bagi setiap filem ini juga turut merasai tempias yang berlainan antara satu sama lain.

Prestasi Komersial & Kritikal

Sui.ci.de Squad (2016) vs Birds of Prey (2020) vs The Sui.ci.de Squad (2021)-

Ulasan negatif daripada para pengkritik filem dan pejuang papan kekunci tidak menghentikan Sui.ci.de Squad (2016) daripada mengutip jumlah box office yang mengagumkan sebanyak USD 746.8M. Itupun tanpa dipasarkan untuk tayangan di China yang dikenali sebagai ‘market lubuk keuntungan filem!’

Manakala spin-off bagi filem tahun 2016 itu pula, Birds of Prey (2020), hanya dapat mengutip keuntungan box office sebanyak USD 201.8M sahaja. Kerdil sungguh angka ini jika dibandingkan dengan kutipan Sui.ci.de Squad (2016).

The Sui.ci.de Squad (2021), yang baru berusia beberapa minggu sahaja sejak ditayangkan di pawagam, mencatatkan jumlah kutipan box office sekitar USD 162.4M (setakat 10 Sep 21).

Untuk sebuah filem yang menelan belanja pembikinan sebanyak USD 185M, nilai kutipan akhir yang berkemungkinan berada dalam lingkungan USD 180M ~ 230M dilihat sebagai satu angka yang tidak memberangsangkan dari segi pulangan keuntungan.

Ironinya, sebuah filem yang dikritik hebat oleh para pengkritik filem iaitu Sui.ci.de Squad (2016), telah berjaya mendapatkan kutipan box office yang lebih hebat berbanding dua lagi filem follow-up seterusnya yang menerima ulasan dengan intonasi yang rata-ratanya lebih positif dan baik.

Rajah perbandingan prestasi antara ketiga-tiga filem

Adakah francais siri Sui.ci.de Squad ini semakin menjadi sebuah francais yang flop? Perlukah WB menggelabah dengan trend data ini? Adakah ketiadaan star power Will Smith dalam The Sui.ci.de Squad (2021) menjadi punca kepada penurunan box office filem ini?

Sebelum kita lihat dengan lebih terperinci faktor penyumbang kemeruduman kutipan box office bagi siri filem ini, ada baiknya kita lihat dahulu perbandingan siri filem ini dengan filem-filem keluaran sebuah studio pesaing yang sudah membuktikan kemampuan hebat mereka dalam industri perfileman Hollywood melalui resepi yang tersendiri.

Kekuatan Pada Jenama: Kayu Ukur dan Penanda Aras Ciptaan MCU

Sejak Kevin Feige dan Marvel Studios tampil membawa gerombolan gelombang Marvel Cinematic Universe (MCU) bermula pada tahun 2008, mereka secara tidak langsung telah mencipta satu kayu ukur dan penanda aras kejayaan komersial box office yang agak tinggi kepada pemain-pemain industri filem yang lain iaitu pada nilai sekitar USD 400M ~ 500M.

Hal ini cukup untuk diterangkan dengan hanya melihat perbandingan mudah kutipan box office sebelum dan selepas antara filem-filem dalam Fasa 1 dan Fasa 2 MCU.

Fasa 1:

Iron Man (2008): USD 585M, Iron Man 2 (2010): USD 623.9M, Thor (2011): USD 449.3M, dan Captain America: The First Avenger (2011): USD 370.6M.

Jika dilihat kutipan pada Fasa 1 MCU ini (filem The Incredible Hulk sengaja tidak diletakkan), jumlah purata kutipan bagi keempat-empat filem ini berada pada nilai USD 507.2M.

Manakala kutipan bagi empat buah filem kesinambungan pada Fasa 2 MCU pula ialah seperti berikut (filem-filem selepas The Avengers, 2012):

Fasa 2:

Iron Man 3 (2013): USD 1.2B, Thor: The Dark World (2013): USD 644.8M, Captain America: The Winter Sol.dier (2014): USD 714.4M, dan Guardians of the Galaxy (2014): USD 773.4M.

Tidak perlu rasanya untuk melakukan pengiraan dengan begitu teliti. Tengok sahaja perbandingan kutipan antara filem sebelum dan selepas seperti filem bagi karakter Thor dan Captain America yang mencatatkan kutipan yang meningkat selepas memasuki fasa ke-2 MCU buat filem masing-masing.

Manakala untuk filem Iron Man pula, ianya memerlukan gabungan kedua-dua buah filem Iron Man (2008) dan Iron Man 2 (2010) pada Fasa 1 untuk menyamai kutipan filem Iron Man 3 (2013) yang mencatatkan jumlah terlajak laris sebanyak 1.2B USD!

Icing on the cake mereka pada dapatan saya adalah apabila filem-filem ‘tiada nama’ atau kurang dikenali orang awam seperti filem space opera Guardians of the Galaxy (2014) dan Ant-Man (2015) masing-masing telah berjaya menjaringkan kutipan box office sebanyak 773.4M USD dan 519.3M USD.

Guardians of the Galaxy – filem yang membantu menaikkan nama James Gu.nn I Disney

Inilah kehebatan sesebuah pembinaan jenama terutamanya dalam kepercayaan kepada frasa keramat yang mungkin sering disebut-sebut oleh leader MLM iaitu ‘trust the process’.

Walaupun menghadapi beberapa siri ujian kecil yang tidak memudaratkan sangat, pasukan belakang tabir Marvel Studios tetap percaya kepada proses pembentukan yang memerlukan kesabaran yang tinggi dari permulaan pembinaan francais sehinggalah menjadi sebuah jenama hebat yang kita kenali pada hari ini.

Malahan, tapak batu asas dan tiang seri Marvel Studios dan MCU itu sendiri dibina dan dimulai dengan satu perju.dian dan risiko yang paling besar, yakni dengan pengambilan Robert Downey Jr. sebagai Tony Stark a.k.a Mr Iron Man.

Meskipun terpalit dengan sejarah kisah penyalahgunaan dad.ah dan keta.gihan alk.oh.ol, orang kuat Marvel Studios, Jon Favreau dan Kevin Feige teguh percaya kepada pelaburan yang dilakukan mereka dengan mengambil seorang pelakon berbakat yang dipandang sepi Hollywood untuk menerajui filem pertama Marvel Studios pada tahun 2008. Dan selebihnya adalah sejarah.

(Dari kiri) Kevin Feige, Robert Downey Jr. dan Jon Favreau I Associated Press

Justeru, apabila sesuatu filem itu merupakan sebuah comic-book movie (CBM), atau lebih spesifik lagi, sebuah superhero movie, aku suka untuk melihat pada benchmark USD 400M ~ 500M sebagai tanda aras atau nilai piawaian bagi kutipan box office yang bagus buat filem-filem keluaran terbaharu dalam genre ini.

Atau sekurang-kurangnya kutipan dalam lingkungan USD 300M ~ 400M sudah memadai untuk filem-filem new-comer yang jarang didengari lagi dalam dunia mainstream sebelum ini.

Resepi utama disebalik kejayaan komersial yang konsisten daripada MCU ini pada saya adalah hasil daripada strategi kemasan klasifikasi PG-13 yang diletakkan pada setiap filem mereka supaya tidak lari dengan tema yang hampir mesra kanak-kanak, tetapi pada masa yang sama masih tidak mengabaikan kehendak dan selera penonton dewasa.

Jadi, dengan jenama yang sudah mantap, ianya tidak mengejutkan sangat sekarang ni buat filem-filem di bawah jenama MCU untuk mendapatkan kutipan box office sebanyak USD 500M dan ke atas dengan mudah (terutama dalam keadaan dunia yang normal/ non-pandemic), terutamanya dengan bantuan penarafan PG-13.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan klasifikasi PG-13 ini dan mengapa ianya berkait rapat dengan kejayaan MCU pula?

Jenis-Jenis Klasifikasi Penilaian Umur Untuk Filem (Motion Picture)

Klasifikasi penilaian umur bagi filem di Hollywood ini dijalankan dan diisu oleh Lembaga Penilaian (Rating Board) yang dikenali sebagai Classification And Rating Administration (CARA) dan ditubuhkan oleh Motion Picture Association of America (MPAA) bersama National Association of Theatre Owners (NATO).

Tujuan utamanya adalah untuk membantu ibu bapa atau penjaga bagi mendapatkan maklumat berkenaan dengan kesesuaian sesuatu filem untuk tontonan anak-anak mereka yang dibahagi dalam beberapa pengkelasan peringkat umur.

Terdapat empat klasifikasi penarafan umur utama yang digunakan untuk pasaran dan tayangan di negara Uncle Sam itu:

  1. G (General Audiences)

Semua peringkat umur dibenarkan – Tiada bahan yang boleh menyinggung ibu bapa jika dilihat oleh kanak-kanak.

  1. PG (Parental Guidance Suggested)

Bimbingan ibu bapa dicadangkan – Beberapa bahan tontonan yang tidak sesuai (unsuitable) yang perlu dipertimbangkan oleh ibu bapa untuk dilihati kanak-kanak.

  1. PG-13 (Parents Strongly Cautioned)

Ibu bapa perlu berhati-hati – Beberapa tema dan bahan yang tidak senonoh (inappropriate) untuk golongan berusia bawah 13 tahun.

  1. R (Restricted)

Golongan berumur 17 tahun ke bawah tidak dibenarkan menonton tanpa kehadiran ibu bapa atau penjaga – Mengandungi bahan dewasa. Secara asasnya, ibu bapa tidak digalakkan untuk membawa anak-anak di bawah umur 17 tahun untuk menonton filem dengan klasifikasi R.

[Nota: Terdapat satu lagi kategori iaitu NC-17, tapi tak popular sangat dalam kalangan filem-filem Hollywood. Kategori NC-17 ni bermaksud ‘No One 17 and Under Admitted’. Beza NC-17 dengan R ni golongan berumur 17 dan ke bawah memang tidak dibenarkan langsung untuk menonton filem NC-17 walaupun ditemani ibu bapa.]

De.adpool –  trend-setter bagi filem superhero R-rated I 20th Century Fox/Disney

Realitinya, jika dilihat ciri-ciri klasifikasi penarafan umur di atas, kelebihan besar yang terdapat pada filem bertarafkan PG-13 berbanding R adalah dengan potensi kemasukan daripada golongan remaja berusia 13 tahun dan ke atas (contoh 13 – 16) ke pawagam dengan lebih bebas kerana tidak perlu ditemani ibu bapa atau penjaga. Secara tidak langsung bakal menaikkan lagi jumlah kunjungan penonton ke tayangan filem mereka.

Pada masa yang sama, strategi penarafan PG-13 ini juga bersifat serampang dua mata jika penonton yang berkunjung itu ialah golongan kanak-kanak yang berumur 13 tahun ke bawah (contoh 9-12 tahun) kerana perlu ditemani ibu bapa atau penjaga mereka. Dengan nisbah mudah, setiap kanak-kanak bawah 13 tahun akan ditemani ibu bapa/penjaga.

Pusing kat mana-mana pun, sebelah kaki filem dengan penarafan PG-13 ini sudah memasuki kawasan keuntungan bagi jumlah kutipan box office, sesuatu yang sedikit sukar untuk dikecapi melalui rating R. Dan hal ini telah dimanfaatkan dengan baik oleh Marvel Studios dan tuan boneka mereka, Disney.

Birds of Prey dan The Sui.ci.de Squad: Kisah Dua Filem R-rated DC

Jujur cakap, aku sebenarnya tak berapa kisah sangat pun dengan apa jua jenis klasifikasi penarafan yang diberikan baik kepada kedua-dua filem ini atau filem-filem lain. Sebab berilah apa jua klasifikasi sama ada PG-13 atau R pun, tapi kalau plot, pacing, dan penceritaan sesuatu filem itu membosankan dan meleret-leret, tak guna jugak jadinya.

Namun demikian, ia masih merupakan satu perkara yang bagus seperti ‘a breath of fresh air’ jika pihak studio (terutama buat studio seperti WB/DC) dapat mendengar dan menuruti permintaan dan haluan kreatif spesifik yang dimahukan oleh pasukan sebalik tabir bagi menjayakan filem mereka mengikut olahan tersendiri.

Sekadar memberi contoh, filem-filem seperti Joker (2019), Logan (2017), De.adpool (2016), It (2017), Fifty Shades of Grey (2015), Lucy (2014), serta filem animasi Demon Sl.ayer/ Kimetsu no Yaiba: Mugen Ressha-Hen (2020), semuanya telah berjaya mendapat kutipan pec.ah panggung yang baik pada USD 450M ke atas seraya menunjukkan potensi market filem-filem R-rated yang masih bagus jika kena dengan selera penonton serta mempunyai cara pemasaran yang menarik.

Cuma daripada perspektif yang berbeza bagi kes rating R ini, aku berpendapat selain bermaksud ‘restricted’ – atas sebab haluan kreatif filem tersebut – ianya juga bersifat seperti ped.ang bermata dua apabila boleh juga membawa maksud ‘risiko’.

Risiko yang bakal diberikan daripada rating R ini sudah tentulah terhadap impak jumlah akhir kutipan pec.ah panggung yang bakal diterima filem tersebut.

Dilaporkan, rating R buat filem Birds of Prey ini dikemukakan dan didesak oleh Margot Robbie sendiri, selaku salah seorang penerbit eksekutif bagi filem ini, bagi memenuhi visi ‘no-holds-barred’ dari segi aksi buat filem solo Harley Quinnnya.

James Gu.nn pula memilih rating R untuk The Sui.ci.de Squad kerana secara asasnya filem ini ibarat seperti sebuah filem per.ang. Dan sifat bagi peper.angan itu secara asasnya patut berada pada tahap kega.nasan yang keras dan maksimum.

Walau apapun visi yang diungkapkan, perkara tersebut tidak dapat mengubah fakta bahawa taraf R yang diberikan kepada kedua filem ini sedikit sebanyak telah mencacatkan kutipan box office mereka daripada mendapatkan pulangan yang lebih lumayan.

Mungkin The Sui.ci.de Squad (2021) boleh dimaafkan kerana ditayangkan semasa dunia berada dalam keadaan pandemik penuh – yang membawa maksud jumlah penutupan pawagam yang lebih banyak di serata tempat berbanding pada waktu normal (pra-pandemik).

Tetapi bagi Birds of Prey (2020), kegagalan filem ini untuk mendapatkan kutipan yang lebih tinggi lagi sekurang-kurangnya dalam lingkungan USD 300M ~ 400M, menjadi perkara yang sedikit membelenggukan.

Menambahkan lagi kekecewaan pada lu.ka sedia ada, kesilapan strategi pemilihan rating R bagi filem Birds of Prey (2020) semakin terdedah apabila filem pesaingnya secara terus pada hari-hari tayangan di pawagam pada tahun lalu, iaitu Sonic the Hedgehog (2020), telah mencatatkan kutipan box office yang lebih tinggi daripada filem francais DCEU tersebut.

Filem yang dibintangi karakter video game berwarna biru yang terkenal itu lebih mesra penonton dari segi penarafan klasifikasi filemnya (setakat PG sahaja). Perkara ini secara tidak langsung telah memberikan kelebihan kepada filem ini untuk mendapatkan pulangan box office sebanyak USD 319M – satu jumlah yang agak baik bagi sebuah filem adaptasi daripada permainan video.

Aku dapat bayangkan yang pihak atasan WB mungkin bersetuju memberikan rating R pada filem ini kerana telah terpengaruh dengan prestasi yang mengagumkan daripada filem dark & twisted, Joker, yang dikeluarkan setahun sebelum itu pada tahun 2019 dan dibintangi pelakon serba boleh, Joaquin Phoenix.

Joker – filem R-rated dengan kutipan box office yang tertinggi setakat ini I Warner Bros.

Perbahasan in semakin jelas terpancar apabila kita melihat perbezaan kejayaan kutipan box office daripada filem-filem rating PG-13 berbanding dengan filem-filem R-rated. Terutamanya apabila melibatkan filem yang menampilkan watak wanita sebagai peneraju utama sesebuah filem tersebut.

PG-13 vs R-rated: Kesan Terhadap Prestasi Kutipan Box Office

Perbezaan kutipan box office bagi filem PG-13 berbanding R jelas kelihatan dalam taburan data kasar di bawah bagi filem-filem moden baharu dalam lingkungan empat ke lima tahun lepas (2016 – 2019) – sebelum pandemik mula menjalar dengan pesat bermula pada tahun 2020.

Fokus utama di sini ialah filem-filem yang lebih kurang berada dalam lingkungan orientasi dan genre subjek titik fokus iaitu Birds of Prey (2020) – R-rated/ action/ female-lead – berdasarkan jumlah kutipan pec.ah panggung. Tetapi aku masukkan jugak beberapa filem superhero R-rated yang diterajui watak lelaki, sekadar untuk mendapatkan gambaran perbandingan yang lebih luas.

Rajah perbezaan jumlah kutipan box office filem-filem PG-13 dan R

Perkara pertama yang menarik untuk diperhatikan melalui data kasar ini adalah tujuh filem teratas dalam carta di atas kesemuanya mempunyai kutipan box office yang melepasi jumlah kayu ukur nombor magik box office MCU yang ‘strong, formidable, & convincing’, yakni USD 500M.

Dan ini yang lebih menarik lagi, persamaan antara filem-filem ini adalah kesemuanya merupakan filem bergenre superhero/CBM – mengukuhkan lagi status-quo filem superhero sebagai lubuk keuntungan yang tak terkalah – walaupun sudah lama kedengaran terma ‘superhero fatigue’ yang sering disebut-sebut sejak berapa tahun lalu.

Perhatikan lagi, dua filem teratas (dalam top 3) merupakan filem di mana watak wanita menjadi pengemudi utama penceritaan iaitu filem Wonder Woman (2017) dan Captain Marvel (2019) – yang kedua-duanya merupakan filem solo wanita pertama dalam dunia sinematik masing-masing dan ditarafkan dengan PG-13.

Filem moden pertama bagi salah satu watak DC Trinity – Wonder Woman I Warner Bros.

Wonder Woman (2017) cemerlang dengan kutipan box office sebanyak USD 822M, manakala Captain Mary Sue pula, maaf, Captain Marvel (2019) pula, dengan bantuan hype sebulan dua sebelum tayangan filem yang ditunggu-tunggu ramai, iaitu Avengers: Endgame (2019), berjaya mengutip jumlah kutipan box office luar biasa sebanyak USD 1.1B! (nampak tak betapa hebatnya penangan filem penutup saga, Avengers: Endgame ini).

Oleh itu, ia tidak memerlukan pengiraan dan pengamiran matematik berat untuk memahami bahawa kedua-dua filem ini mempunyai kelebihan untuk menarik penonton dengan lebih ramai terutama daripada sebilangan kumpulan peringkat umur, seterusnya meningkatkan lagi jumlah kutipan box office mereka.

Filem terakhir Wolverine dalam siri X-Men yang akhirnya menggunakan klasifikasi R I 20th Century Fox/Disney

Apa yang menariknya pula untuk dilihat pada slot pertengahan dan bawahan dalam carta ini adalah perihal tiga buah filem yang berada pada kedudukan 8, 9, dan 10 dengan tiga lagi filem seterusnya di bawah mereka pada kedudukan 11, 12, dan 13.

Tiga filem teratas tersebut menggunakan rating PG-13 manakala tiga filem di bawah mereka pula adalah filem-filem yang dikelaskan dengan taraf R – sekali lagi menunjukkan kelebihan taraf PG-13 ini dari segi jumlah kutipan box office.

Duduk di tangga ke-14 pula ialah filem yang paling teruk kena tibai dengan para pengkritik filem iaitu filem reboot Charlie’s Angels (2019) – yang mungkin sebahagian orang akan mengecop filem ini sebagai satu blueprint kepada ‘how not to make a female-led/ensemble movie.’ Klasifikasi PG-13 pun tidak mampu menyelamatkan filem ini.

Tuntasnya, filem aksi wanita dengan taraf R tampak seperti sedikit sukar untuk menarik kemasukan penonton dengan lebih ramai berbanding dengan filem aksi wanita bertarafkan PG-13. Terutamanya bagi filem berkonsepkan cerita wanita berkumpulan versi R-rated.

Mungkin daripada isu ni, WB/DC boleh belajar untuk tidak menghasilkan lagi filem-filem R-rated bagi ‘female-ensemble’ mereka pada masa akan datang (atau sekurang-kurangnya bukan untuk versi theatrical release).

The Sui.ci.de Squad (2021) pula mungkin boleh berselindung disebalik alasan rating R dan keadaan pandemik. Tetapi bagaimana dengan prestasi filem-filem blockbuster lain yang juga ditayangkan pada musim pandemik pada tahun ini?

Streaming W.ars: Mengapa WB Mungkin Tidak Kisah Sangat Dengan Kutipan Box Office The Sui.ci.de Squad

Suasana pandemik yang masih turun naik dan tidak menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti sejak setahun lepas menyebabkan kebanyakan studio-studio besar di Hollywood lebih berhati-hati dan berkira-kira untuk mengedar filem-filem blockbuster mereka pada masa-masa yang kritikal seperti pada pertengahan tahun 2020.

Antara filem blockbuster berbajet besar yang akhirnya ditayangkan juga setelah mengalami penangguhan yang lama ialah filem Black Widow keluaran Marvel Studios/Disney dan juga F9: The Fast Saga (Fast & Furious 9) edaran Universal Pictures.

Black Widow (2021) yang mula ditayangkan pada bulan Julai lepas (setelah ditunda selama lebih kurang setahun) hanya boleh berpuas hati dengan jumlah kutipan box office sebanyak USD 372.3M.

Manakala F9: The Fast Saga (2021) yang dibintangi pelakon meme kesukaan ramai, Dominic ‘Family’ Toretto, mengejutkan ramai pihak apabila berjaya memperoleh kutipan sebanyak USD 710.8M pada tayangan musim pandemik tahun ini. Hebat betul kuasa ‘family’ Dom!

Berbeza dengan nasib filem Black Widow (2021), keputusan Universal Pictures untuk menangguhkan tayangan filem F9 selama setahun lebih dengan tiga kali tundaan sejak daripada tarikh keluaran asal pada Mei 2020 ternyata merupakan satu keputusan yang tepat.

Tetapi mengapa perbezaan yang ketara ini boleh berlaku pada kedua-dua filem PG-13 ini sedangkan filem Black Widow juga merupakan filem tahap blockbuster yang sama seperti F9? Adakah superhero fatigue sudah menunjukkan gejala kedatangannya? Atau adakah penonton sudah mula muak dengan filem-filem MCU yang berwarna-warni?

Selain dengan penundaan tayangan, perbezaan jumlah kutipan box office yang amat ketara antara F9: The Fast Saga (USD 710.8M) dengan dua lagi filem superhero daripada dua kem besar Marvel Studios/Disney dan WB/DC, iaitu Black Widow (USD 372.3M) dan The Sui.ci.de Squad (USD 162.4M), berlaku kerana filem F9: The Fast Saga (2021) tidak dipasarkan dan ditayangkan dalam mana-mana servis penstriman di sepanjang jendela tayangannya di pawagam sejak dirilis pada bulan Jun 2021 yang lalu.

F is for ‘Family’. Family & Friends 9 I Universal Pictures

Mudah cakapnya, rahmat tempoh jendela eksklusif tayangan di pawagam yang dilakukan buat F9: The Fast Saga (2021) oleh Universal Pictures telah membantu filem ini untuk meningkatkan jumlah kehadiran penonton, sebelum dipasarkan juga dalam bentuk media lain seperti DVD, Blu-ray, dan melalui beberapa platform penstriman serta servis video-on-demand (VOD) selepas tempoh eksklusif tersebut tamat.

Strategi daripada Universal Pictures ini tidak diterapkan oleh Marvel Studios/ Disney dan WB/DC untuk filem Black Widow (2021) dan The Sui.ci.de Squad (2021) kerana selain di pawagam, dua filem ini juga turut ditayangkan di platform penstriman mereka masing-masing iaitu di Disney+ (melalui Premier Access) dan HBO Max.

Atas sebab pemilikan senj.ata rahsia platform servis penstriman inilah yang membuatkan studio-studio besar yang berfikiran jauh seperti WB/DC dan Marvel Studios/Disney tidak terlalu tergugat dengan prestasi box office filem masing-masing kerana yang telah nampak servis penstriman merupakan satu modal perniagaan yang menguntungkan untuk dilancarkan pada waktu-waktu pandemik ini.

Selain itu, suasana pandemik yang dilalui penduduk bumi sejak setahun lepas juga dilihat telah mempercepatkan proses era peper.angan platform penstriman antara pemain-pemain utama dalam industri hiburan dewasa ini yang menyebabkan setiap pemain berlumba-lumba ingin memberikan kandungan yang menarik.

Memang tidak dapat dinafikan, apabila bercakap sahaja mengenai servis penstriman, sudah pasti jenama Netflix yang akan terlintas dahulu di fikiran. Platform ini sememangnya masih mendominasi market pengguna kerana mempunyai akses yang lebih global di serata negara di dunia.

Namun, walaupun mereka mengungguli carta buat masa ini, studio-studio besar seperti WarnerMedia (AT&T) dan Disney, serta termasuk syarikat konglomerat, Amazon, masing-masing sedang mengejar Netflix (209 juta pelanggan) dengan rapat dari belakang melalui platform mereka iaitu HBO Max (63.9 ~ 67.5 juta pelanggan), Disney+ (103.6 juta pelanggan), dan Amazon Prime Video (175 ~ 200 juta pelanggan).

Diikuti juga dengan pesaing pemenuh slot lain seperti Apple TV+, Hulu, Paramount+, YouTube Premium, dan Peacock yang masih berada dalam fasa bertatih lagi buat masa ini.

Netflix masih berdiri teguh dalam Royal Rumble penstriman I digitalnative.substack.com

Pe.luru bagi memenangi persaingan takhta servis penstriman ini sudah semestinya melalui tawaran kandungan (content) yang menarik, asli, dan sama sekali bukan idea-idea kitar semula untuk terus mengekalkan momentum servis yang ampuh.

The Sui.ci.de Squad (2021) merupakan salah satu taruhan filem blockbuster DC yang terbaharu buat platform HBO Max mereka selepas filem Wonder Woman 1984 (2020) yang bertindak sebagai magnet penarik minat orang ramai seterusnya untuk melanggan platform penstriman tersebut.

Berbeza dengan prestasi mereka di pawagam dengan rekod kutipan yang hambar, The Sui.ci.de Squad (2021) telah menjadi filem DC yang paling ditonton di HBO Max (mengalahkan Wonder Woman 1984 dan Zack Snyder’s Justice League) buat masa ini dengan jumlah tontonan sebanyak 4.7 juta isi rumah di Amerika Syarikat, meninggalkan jumlah tontonan isi rumah bagi WW84 dan ZSJL, masing-masing dengan jumlah 3.9 juta dan 3.2 juta.

Tidak cukup dengan itu, sebuah siri spin-off yang berkisarkan watak Peacemaker – salah seorang bintang dalam filem The Sui.ci.de Squad (2021) – yang dilakonkan oleh bekas penggusti, John ‘you can’t see me’ Cena, sudah siap dihasilkan dan hanya menunggu masa untuk ditayangkan di HBO Max pada awal tahun 2022.

Can you see him now? I Warner Bros.

Apa yang ingin diketengahkan di sini adalah, kutipan box office di pawagam bukan menjadi keutamaan sangat untuk WB pada tahun 2021 ini kerana fokus mereka sekarang adalah untuk menaikkan jumlah pelanggan di platform HBO Max mereka.

‘Auteur’ vs Platform Penstriman

Walaupun fokus utama buat masa ini pada servis penstriman, WB (dan juga studio-studio lain) sebenarnya sudah memikirkan tentang penambahbaikan bagi strategi untuk mengoptimumkan keuntungan mereka bagi bahagian tayangan di pawagam.

Mereka tidak menunggu lama untuk mengorak langkah yang berkesan apabila telah memeterai perjanjian dengan gergasi rantaian pawagam di Amerika Syarikat seperti Cineworlds (Regal Cinemas) dan AMC Theaters, bagi memberikan semula jendela tayangan eksklusif selama tempoh 45 hari (dipo.tong daripada jendela tradisional selama 75 ke 90 hari) untuk filem-filem edaran mereka bermula pada tahun hadapan (2022) sebelum ditayangkan kepada pelanggan-pelanggan HBO Max selepas tempoh tersebut.

Di samping mendapatkan keuntungan yang lebih dari segi jualan tiket wayang, langkah tersebut mungkin dapat memenangkan semula hati pembikin-pembikin filem moden hebat bertaraf ‘auteur’ seperti Christopher Nolan, Dennis Villeneuve, dan lain-lain.

Christopher Nolan (kanan) dan John David Washington dalam Tenet I Warner Bros.

Sekitar hujung tahun lepas, pengarah berkaliber, Christopher Nolan, yang relaks melawan arus pandemik dengan penayangan filem sci-fi espionage pec.ah kepalanya, Tenet, pada pertengahan tahun 2020, menzahirkan rasa ketidak senangannya dengan pengumuman strategi WB buat kesemua 17 buah filem edaran mereka bagi tahun 2021 untuk ditayangkan dengan pelan model hibrid secara serentak di pawagam dan juga di HBO Max (selama 31 hari) pada hari yang sama (seperti filem The Sui.ci.de Squad ini).

Turut terpalit dengan strategi dual WB tersebut ialah filem sci-fi epik yang ditunggu-tunggu peminat iaitu Dune (2021), arahan Dennis Villeneuve (Priso.ners, Enemy, Sicario, Arrival, Bla.de Runner 2049), yang turut berkongsi dan menerbitkan rasa kecewa dengan cara pengendalian pemasaran WB tersebut.

Hal ini mungkin nampak sedikit picisan bagi kebanyakan orang awam atau kepada studio-studio kapitalis itu sendiri, tetapi kebanyakan golongan pengarah ‘auteur’ ini sentiasa percaya kepada semangat dan kepuasan pengalaman sinematik menonton tayangan di layar lebar yang lebih ‘immersive’ (*cough* 70mm *cough* IMAX).

Pengarah-pengarah hebat ini mungkin juga nampak kaedah platform penstriman ini, yang membenarkan pelanggan untuk menonton filem di kediaman masing-masing menggunakan apa jenis medium yang didatangi dengan pelbagai saiz skrin termasuk melalui sekecil-kecil saiz sebuah telefon pintar, secara tidak langsung boleh ditakrifkan seperti satu tempelak kepada karya mereka.

Tetapi pada masa yang sama, pengarah-pengarah ini juga perlu faham akan landskap pengedaran filem yang sedang dan semakin mengalami perubahan yang tidak dapat dielakkan seiring dengan perkembangan kemajuan teknologi. Keadaan pandemik yang kita alami sekarang – seperti yang aku nyatakan – hanya mempercepatkan lagi proses peralihan ini.

Mungkin golongan pembuat filem ini boleh merujuk juga dengan pengarah otai, Martin Scorsese (Taxi Driver, King of Comedy, Goodfellas, The Wolf of Wall Street), untuk mendapatkan nasihat dan sudut pandangannya berkenaan untuk kekal redha dengan mendapatkan situasi menang-menang dengan platform penstriman.

Scorsese sebelum ini terpaksa menelan pil pahit kebenaran apabila menjual sebahagian jiwa sinemanya kepada gergasi platform penstriman, Netflix, bagi mendapatkan dana kewangan bagi pembikinan filem arahannya, The Irishman (2019), yang menelan perbelanjaan yang agak besar untuk sesebuah filem gan.gster (setelah ditolak oleh studio besar lain).

Terutamanya kerana melibatkan teknologi teknik CGI nyah-tua (de-aging) untuk beberapa pelakon utama dalam filem tersebut.

Cuma harapnya studio-studio produksi besar ini yang kini mempunyai sayap servis penstriman ini boleh mengambil pengajaran untuk lebih bersikap telus dalam menjalankan perniagaan.

Hal ini bagi mengelakkan daripada berlakunya kes saman-menyaman seperti yang sedang terjadi antara Marvel Studios/Disney dengan pelakon MCU ternama mereka, Scarlett Johansson, yang mendakwa pihak studio kapitalis itu telah melanggar kontrak mereka melalui cara pemasaran filem sulung solonya, Black Widow, di platform Disney+ dan di pawagam yang telah mengganggu penerimaan bonus yang bakal diterimanya.

Ironinya, setelah filem ini mendapat kutipan box office yang tidak begitu meyakinkan, pihak Disney/ Marvel Studios menjadi kecut dan bereksperimentasi dengan hanya menayangkan filem terbaharu mereka iaitu Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings (2021) secara eksklusif di pawagam sahaja dan tidak berkunjung sama di platform Disney+ (Premier Access) mereka seperti Black Widow buat masa ini. Pragmatis, ya. Tapi tak gentleman langsung.

Kesimpulan

Sebagai seorang pemerhati bebas yang sama sekali menolak aktiviti pergaulan bebas yang keterlaluan, aku berpendapat bahawa pemerolehan pulangan box office yang tidak berapa masyuk bagi studio-studio gergasi di Hollywood ini tidak ubah seperti satu sedu kecil-kecilan.

Masalah picisan ini mungkin bakal berubah dengan gaya pemasaran yang saksama dan bersifat menang-menang untuk tayangan di pawagam mahupun di saluran penstriman masing-masing yang melibatkan kerjasama pihak studio/penerbit, pengarah, pelakon, dan pemilik pawagam.

Mungkin juga pengusaha rangkaian pawagam tidak perlu rasa begitu gusar selepas melihat prestasi box office kental daripada filem F9 dan eksperimen Shang-Chi.

Kita sebagai penonton duduk makan popcorn sahajalah sambil melihat pergeseran kelangsungan hidup dalam ekosistem mereka.

Cumanya, kes penarafan R bagi filem Birds of Prey (and the Fantabulous Emancipation of One Harley Quinn) ini diharap dapat memberikan satu refleksi penambahbaikan kepada pasukan produksi dan eksekutif atasan WB.

Mungkin WB/DC boleh mencuba semula rating R bagi filem female-ensemble mereka melalui filem Gotham City Sirens yang mengetengahkan gandingan watak trio berstatus A iaitu Catwoman, Harley Quinn, dan Poison Ivy.

Atau yang lebih baik adalah dengan mewujudkan dua jenis suntingan filem dengan rating berlainan dan pec.ahkan filem dengan rating PG-13 untuk tayangan di pawagam, manakala bagi rating R pula untuk tayangan penstriman di HBO Max.

Dengan IP daripada katalog DC yang tidak putus-putus, masa depan dilihat cerah dalam genggaman WB untuk memberikan kandungan yang segar secara terus-menerus bagi menarik perhatian orang ramai untuk melanggan HBO Max.

Kita lihat bagaimana mereka melaksanakan strategi pemasaran yang terbaik selepas ini melalui filem heavy hi.tters mereka yang bakal berlabuh pada tahun hadapan seperti The Batman (Mac 2022), The Flash (Nov 2022), dan Aquaman and The Lost Kingdom (Dis 2022).

Akhirul kalam, walaupun mendapat kutipan box office yang sedikit, saya percaya ia tidak akan menghalang WB untuk memberikan lagi kelulusan bagi projek pembikinan siri filem Sui.ci.de Squad yang ke-3 pada masa hadapan.

Terutamanya atas sebab untuk menambahkan lagi ‘pe.luru’ buat platform HBO Max mereka.

RUJUKAN

Alexander, J. (2019, Mar 16). Guardians of The Galaxy 3: James Gu.nn Issues Statement On Rehiring. moviedash.com, https://moviedash.com/news/11634/guardians-3-james-gu.nn-statement/

Brezeski, P. (2016, Aug 4). ‘Sui.ci.de Squad’ Unlikely to Get China Release. hollywoodreporter.com, https://www.hollywoodreporter.com/movies/movie-news/Sui.ci.de-squad-get-china-release-917206/

Clark, M. (2021, Aug 10). AMC and Warner Bros Have Agreed to make movies exclusive to theaters for 45 days. theverge.com, https://www.theverge.com/2021/8/10/22618697/amc-warner-brothers-theater-window-45-days-movies-streaming-battle-hbo-max

Dumaraog, A. (2021, May 4). James Gu.nn Confirms Plan For Guardians Of The Galaxy 3 To Be His Last In The Series. screenrant.com, https://screenrant.com/guardians-galaxy-3-movie-james-gu.nn-final-reaction/

Erbland, K. (2021, Aug 2). ‘The Sui.ci.de Squad’: James Gu.nn Had Just Two Conditions for Making His R-Rated Superhero Film. indiewire.com, https://www.indiewire.com/2021/08/the-Sui.ci.de-squad-james-gu.nn-r-rated-conditions-1234652676/

Graham-Lowery, N. (2021, Aug 28). The Sui.ci.de Squad is Most-Watched DC Movie on HBO Max. screenrant.com, https://screenrant.com/Sui.ci.de-squad-hbo-max-most-watched-dc-movie/

Katz, B. (2021, Mar 23). What WB & Cineworld’s New Multi-year Deal Means for Theatrical Movies. observer.com, https://observer.com/2021/03/hbo-max-warnerbros-cineworld-regal-box-office/

Lazic, M. (2019, Aug 27). Martin Scorsese, ‘The Irishman,’ and the Cost of Doing Business With Netflix. theringer.com, https://www.theringer.com/movies/2019/8/27/20835676/the-irishman-martin-scorsese-netflix-theaters

Motion Picture Association, Inc,. (2020, July 24). Classification and Rating Rules.

Persaud, C. (2021, Jul 31). 10 Most Popular Streaming TV Services, Ranked by Subscriber Numbers. screenrant.com, https://screenrant.com/ten-most-popular-streaming-services-ranked-subscriber-numbers/

Porter, J. (2020, Dec 8). Christopher Nolan isn’t happy with Warner Bros. over HBO Max Releases. theverge.comhttps://www.theverge.com/2020/12/8/22162918/christopher-nolan-tenet-hbo-max-warner-bros-streaming-service-cinematic-releases

Sherman, A. (2021, Jul 5). The honeymoon is over for streaming services: Here’s where the major players stand. cnbc.com, https://www.cnbc.com/2021/07/05/streaming-services-compared-revenue-arpu-for-netflix-disney-more.html

Villeneuve, D (2020, Dec 10). ‘Dune’ Director Denis Villeneuve Bl.asts HBO Max Deal (EXCLUSIVE). variety.com, https://variety.com/2020/film/news/dune-denis-villeneuve-bl.asts-warner-bros-1234851270/

Webb, K. (2020, Jan 26). Why Birds of Prey Is Rated R, According to Margot Robbie And Team. cinemablend.com, https://www.cinemablend.com/news/2489122/why-birds-of-prey-is-rated-r-according-to-margot-robbie-and-cast

Zinski, D. (2021, Jul 6).  WB Offered James Gu.nn A DC Movie Days After Marvel First Fi.red Him. screenrant.com, https://screenrant.com/james-gu.nn-dc-movie-disney-fi.red-wb-response/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Beridentitikan sebagai pengamal HSE, penulis merupakan penggemar Batman yang agak tegar. Namun, disebabkan kadang-kala berprinsipkan dengan lagak sang realis, ketegaran itu berada dalam genggaman erat tangannya sahaja, dan tidak sampai disematkan di dalam kotak hatinya. Sehingga kini, penulis masih merefleksikan hakikat pengertian sebenar sinema bagi dirinya sendiri - sebuah 'solace' atau sebentuk 'escapism'

Comments are closed.