Travelog Marawi – Mindanao : Antara Babak Perang & Kemanusiaan

0
503
views

“We might be different but actually we are same”

“nai iba man ang lahi pero i isa ang layunin”

Pertamanya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ngo Pertubuhan Kekeluargaan Rumpun Nusantara (HaRUM) yang menjemput saya dalam Misi Tulong Marawi di Iligan City, Mindanao (tidak jauh dari Bandar Marawi – 37.9km).

Banyak perkara yang berlaku dalam misi ini. Selain memberi sumbangan kepada penduduk Marawi yang kehilangan tempat tinggal akibat konflik, misi ini juga telah menyaksikan sukarelawan bersama kami, seorang wanita kristian memeluk Islam. Kami juga terdedah langsung bagaimana toleransi antara masyarakat musiim dan non muslim dalam gerak kerja kemanusiaan kali ini.

Berbetulan nama isteri pun TF, sebelah dengan nama ‘Marawi’

Jujurnya, Ini merupakan kali kedua saya bersama HaRUM dalam rangka misi memberi bantuan terhadap umat Islam di Selatan Filipina. 3 tahun lepas, saya dijemput oleh HaRUM ke Kepulauan Sulu, Selatan Filipina untuk rakaman dokumentari Merah Laut Sulu dengan kerjasama TV Al Hijrah. Dokumentari ini telah ditayangkan pada 24 Feb 2016. Pengalaman di Sulu lagi mencabar. Jika orang mengenali Sulu dengan perang dan keganasan, kami telah ‘membongkar’ Sulu pada sisi yang lain. Keindahan, sisi keamanan, kekuatan Islam serta sejarahnya antara elemen yang ditonjolkan. Oh ya saya mencoret panjang pengalaman saya di Sulu di dalam buku yang akan diterbitkan nanti. Saya membukukan segala catatan travelog dakwah, sejarah dan kemanusiaan serta kembara saya. Moga bermanfaat kepada para pembaca kelak.Ada yang berminat memiliki?

Misi HaRUM

HaRUM, Ngo yang berpusat di Lembah Klang ke sana demi melaksanakan misi Tulong Marawi dan Misi Korban Kasih Harum – Selatan Filipina. Alhamdulillah, misi ini telah selesai dengan jayanya. Terima kasih buat semua rakyat Malaysia yang memberi kepercayaan kepada HaRUM untuk kami menjadi pemudah cara untuk Ibadah Korban. Sebanyak 53 ekor lembu telah dikorbankan untuk Wilayah Selatan Filipina yang meliputi:

1. Sulu , 10 ekor (dilaksanakan pada hari raya pertama: 1/9/2017)
2. Tawi-Tawi, 5 ekor (dilaksanakan pada hari raya kedua: 2/9/2017
3. Marawi, 38 ekor (dilaksanakan pada hari raya keempat: 4/9/2017)

Kami juga mendapat kerjasama langsung dengan Ngo tempatan di sana iaitu Ngo MINSUPALA termasuk bantuan dari beberapa Ngo Non Muslim yang lain. Indahnya di sana, Muslim dan Non Muslim berganding bahu, bersatu untuk menjayakan Misi Korban ini samada dari sudut pengagihan dan proses menyediakan juadah. Muslim dan Non Muslim ibarat satu keluarga, tiadalah permasalahan dan kami saling menghormati antara satu dan yang lain.

‘team’ HaRUM dan pimpinan Ngo MINSPALA

Di sana juga, HaRUM mendapat perhatian khusus daripada Department of Social Welfare and Development – DSWD (agensi kerajaan Filipina yang menguruskan penempatan sementara untuk mangsa-mangsa krisis) . Pihak mereka memaklumkan bahawa HaRUM adalah Ngo luar negara pertama yang tiba memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa krisis Marawi yang ditempat di beberapa pusat perlindungan sementara.

Sebenarnya, team’ HaRUM telah datang ke Marawi sebelum ini untuk misi kajian lapangan. Kujungan lepas lebih ‘rare’ kerana betul –betul kami berada di lapangan. Kami pernah tersesat ketika di Marawi serta berada dalam keadaan yang genting. Bayangkan, sebaik sahaja kami berangkat dari suatu tempat, 5 min kemudian bom menyinggah dan memusnahkan tempat itu. Masih panjang nyawa kami. 5 min yang berharga !

Lokasi Iligan City dan Marawi

Sepanjang misi di sana, kami ditempatkan di rumah kerajaan dan bersebelahannya adalah rumah mantan Presiden Filipina ke-9, Diosdado Macapagal (ayah kepada Presiden Gloria Macapagal Arroyo). Lokasi penginapan kami di Iligan City adalah lebih kurang 1 jam 30 minit menghala ke tempat perang.

Cabaran kami di sini, dimana-mana tempat ada ‘check point’ dan kami melalui pemeriksaan yang ketat. Pernah suatu ketika, kumpulan askar menahan dan bertanya kami dari mana, mungkin mereka merasakan kami bukan orang tempatan. Ya la, kami pun cakap bahasa melayu atau inggeris sahaja (tidak pandai bahasa tempatan). Kami jawab,

“We are from Malaysia, we come here to help”

Muka bengis mereka bertukar dan terus menyambut,

“Welcome, thank you for your humanity.”

Pihak askar memang patut menaruh curiga dengan orang luar lebih – lebih lagi sebahagian ahli moute Group terdiri dari orang luar yang datang atas semangat ‘jihad’ termasuk dari Malaysia. Sebenarnya, ‘membocorkan’ bahawa kami adalah orang Malaysia bukan jawapan selamat juga. Oleh kerana, kami datang secara rasmi dan ada hubungan kerjasama dengan ngo-ngo tempatan, tambah lagi ‘muka simpati’, pihak askar melayan kami dengan baik.

Apa Cerita di Marawi ?

Bermula 23 Mei 2017, telah berlakunya peperangan di Bandar Marawi  antara askar kerajaan (AFP) dengan kumpulan Moute Group – ISIS. Perang yang bermula pada 23 mei 2017 telah meninggalkan kerosakan yang sangat fatal dan mengakibatkan seramai 360,000 penduduk kehilangan tempat tinggal. Bandar Marawi yang 98% penduduknya adalah muslim telah terjejas teruk hingga ramai penduduk menjadi pelarian.  Ini antara gambar di lapangan yang kami perolehi :

Sebahagian gambar dari lapangan (banyak lagi)

Merujuk maklumat dari Department of Social Welfare and Development (DSDW), konflik ini telah menyebabkan 359,680 penduduk Marawi kehilangan tempat tinggal (maklumat 2 Ogos 2017). 336,033 (93%) dari jumlah penduduk itu tinggal bersama ahli keluarga dan kawan sementara baki 23,647 berteduh di 75 buah pusat perlindungan di provinsi Lanao del Sur dan Lanao del Norte.

Apa yang mengecewakan, konflik di sana kurang mendapat liputan. Rata-rata rakyat Malaysia tidak tahu atau tidak mendapat maklumat termasuk warga Malaysia di Sabah (jiran paling dekat). Mungkin boleh saya sebutkan disini, sebahagian besar rakyat kita lebih ‘aware’ isu-isu atau konflik yang berlaku di tanah arab. Ya, jika ke sana atau cakna isu tanah arab, nampak lebih ‘rare’ berbanding isu atau konflik di ASEAN. Mungkin saya salah. Konflik Marawi adalah isu yang besar pada sudut keselamatan kerana sudah secara rasmi kemasukan jarum ISIS di wilayah nusantara. Ini sangat mengancam dan ancaman ini paling hampir dengan negara kita lantaran faktor kejiranan geografi. Jika tidak di atasi dengan hemah, akan mengakibatkan lagi kebanjiran pelarian di Sabah dan lebih teruk adalah ancaman ISIS. Justeru itu, saya tinggalkan persoalan ini kepada para pembaca.

Saya yang berpeluang menemu ramah penduduk di sini terasa sangat pilu, kerana mereka tidak pernah, sesekali tidak pernah terbayang mereka terjerumus dalam kancah perang. Satu malam sahaja, hilang harta benda, rumah, perniagaan dan hanya tinggal sehelai sepinggang. Saya bertemu sepasang suami isteri yang tinggal dalam kereta dengan dua anak selepas rumah mereka musnah dalam letupan. Penduduk Marawi majoriti orang Maranau (salah satu etnik di Mindanao) dan etnik ini mempunyai bahasa dan budaya tersendiri. Mereka bukan orang suluk dan bahasa mereka sangat berbeza.

Tempat Perlindungan Mangsa konflik

Ketika kami menyampaikan bantuan di kem perlindungan pelarian konflik Marawi, kami mendengar mereka menyebut, “Thank You Malaysia”.

Leftenan Kolonel (yang duduk) sedang perkenalkan askar AFP muslim yang dibawah seliaannya. Mesejnya, kami sangat harmoni walau berbeza agama.

Rakyat Filipina memahami bahawa tindakan militan Moute Group tidak mewakili imej Islam dan tidak ada keperluan untuk berdendam terhadap muslim.

Ia isu ‘interest’, yakni minat satu pihak untuk menguasai Bandar Marawi  secara mutlak dan mendapat sokongan IS. katanya, Marawi City adalah satu-satunya bandaraya Islam di Filipina, setiap barangay (ibarat kampung di Malaysia) mempunyai 3 masjid dan hal istimewa ini tidak ada di tempat lain. Mungkin antara sebab itu, Moute Group memilih Marawi City sebagai tempat perang awal.

Kami bertanya lagi, kenap  isu ini masih berpanjangan? sudah masuk 3 bulan tetapi peperangan masih berterusan?

Beliau menjawab, Moute Group menahan ramai tebusan dan tebusan itu juga muslim. Situasi ini menyebabkan kesukaran kepada pihak Kerajaan kerana Presiden mengarahkan satu nyawa tebusan tetap nyawa dan berharga. Kita tidak akan korbankan nyawa rakyat kita walaupun tebusan itu Islam. Kerana ini bukan peperangan antara rakyat terhadap Kerajaan tetapi puak militan yang turut terdiri orang luar.

Faktor kedua adalah Moute berlindung di Masjid. Masjid dijadikan Markas Ketenteraan mereka sehingga askar Kerajaan tidak dapat menyerang mereka. Ini kerana jika tentera Kerajaan serang Masjid, maka tidak mustahil Moute Group dan cabang media mereka akan memainkan sentimen Kerajaan hancurkan masjid. Maka Kerajaan tidak ada pilihan.

Sebenarnya Kerajaan ada pilihan dengan melancarkan serangan terus kepada ahli moute tetapi memikirkan nyawa tebusan dan masjid, pihak kerajaan tidak bercadang menggunakan cara itu.

Adakah Isu ini akan pulih?, soal kami. Beliau meminta doa dari kami dan katanya akan ada perkembangan positif.

Itu antara ‘point’ penting dari perbualan kami yang hampir 1 jam.

Dalam satu ucapan, Presiden Filipina Duterte pernah memohon maaf kerana terpaksa melancarkan serangan tentera dari udara dan darat secara besaran walaupun ia akan menghancur bandar Marawi, tiada pilihan baginya demi menghapuskan Moute-ISIS yang masih kuat bertahan. antara petikan ucapan Duterte,

 “Ninyo ako sa nangyari sa (Forgive me for what happened to)”.

Duterte juga telah memperuntukkan bajet 20bilion peso untuk membangunkan kembali Marawi City setelah pengganas berjaya ditumpaskan.

Ucapan Cinta

Pada malam keraian yang sama juga, saya telah diamanahkan untuk menyampaikan sedikit ucapan kepada tetamu dan para sukarelawan. Leftenan Kolonel turut mendengar. “apa ya mahu cakap”, bisik hati saya. Selalunya saya berceramah dalam bahasa melayu, jadi bimbang juga sebab perlu sampaikan ucapan dalam bahasa Inggeris. Berbual dan berucap berbeza tu!. Aa kullihal, Alhamdulillah berlangsung dengan baik.  Antara ucapan saya,

 “For the first time in my life I saw Muslims and Non-Muslims working hand in hand to ensure the success of this program. As you know, Qurban is synonym to Muslim but we are all here despite the differences in religion for a common goal, spreading love and peace for all.”

“The effort from everyone despite the differences has shown that we could all bring peace back again.”

“Great Effort from everyone. You all did great things today”

Saya berucap lagi,

“This is the beauty of the Philippines, the Muslims and the Non-Muslims live peacefully with high tolerance and love with each other. We at HaRUM urge everyone here in the Philippines to maintain its peacefulness because this is what makes the Philippines so special. We have witnessed ourselves, it’s beauty and its peacefulness ever since our first humanitarian mission here in Southern Philippines since 2012.”

“HARUM and our friend MINSUPALA are just names to two organizations here. It’s just a form. Few days ago, We came here as volunteers, but today we are here, as a one FAMILY.”

“We are working together today as a family, We are gathering together today as one family.

In the past, we have been bonded with similar history, cultures and heritage. Also some of are related by blood. If we look at each other, we look much a like.”

“We might be different but actually we are same”

“nai iba man ang lahi pero i isa ang layunin” (tagalog)

“This goes accordingly with Harum objectives. Our mission is to reunite families and societies which shares the common goal values, race, language of love, cultures, socioeconomic and others.”

Our beloved prophet Muhammad Pbuh said :

None of you has faith until he loves for his brother what he loves for himself ” (HR Bukhari)

“Every human being deserves a share of empathy and compassion, regardless of their religious choices. If the Muslims and others united upon this principle, love, compassion, peace and justice would be spread throughout the earth.”

“And last but not least, we  all Malaysians, hope that the conflict in Marawi will be solved the soonest possible, In shaa Allah. We strongly believe that there is always a hope for peace in Marawi.”

Pangako Sayo !

Salam cinta dan keamanan dari kami

Madam Violy memeluk Islam

Lebih manis. dalam program kemanusiaan kali ini, ibu angkat saya, madam Violy telah memeluk Islam, dan Allah telah memberi peluang kepada saya mengislamkan ibu angkat kristian saya sendiri yang saya kenal sejak awal tahun lepas (2017) ketika misi dakwah saya di Zamboanga City (bandar Utama di Mindanao).

Agar artikel ini tidak terlalu panjang, boleh baca kisah pertemuan saya dengan ibu kristian ini di blog saya, http://angahsunan.blogspot.my/2017/04/a-kristian-woman-came-with-tears-but.html

7 bulan kemudian, kami bersua kembali secara zahir di misi Tulong Marawi selepas hanya berhubung  melalui media sosial. Peristiwa indah  ini berlaku ketika dalam perjalanan dari Iligan City ke lapangan Terbang Cagayan De Oro, Selatan Filipina.

Kami berdialog hampir 2 jam sebelum Madam Violy menyuarakan hasratnya untuk ‘convert’. Selain berpuas hati dengan penjelasan, beliau amat tertarik dengan akhlak yang kami pamerkan. Bukan saya kata ya, ini pengakuan dari beliau. Meskipun kami pergi atas wajah Ngo bukan wajah agamawan, tetapi kami berpegang dengan nasihat guru kami yang sering menasihati kami agar membawa mesej adab, cinta dan kemanusiaan atas apa wasilah. Memberi cinta juga dakwah. Bahkan senjata yang ampuh menusuk jiwa manusia berbanding lidah yang tak bertulang.

“dalam misi bantuan, pamerkan akhlak yang baik dan sebarkan cinta serta salaman”, pesan Guru kami

Dalam penjelasan saya, saya sebut yang saya tidak selesa dengan istilah ‘convert’. Saya katakan yang beliau tidak perlu ‘convert’ kerana hasil perbincangan kami, jelas dia sudah ada kepercayaan kepada Allah.

“Mom, you don’t need to convert, you just add your belief in Prophet Muhammad (pbuh). You already believe in Allah, believe in Jesus Christ as we do. We (muslims) love Jesus too but we Muslims believe that Jesus (called “Isa” in Arabic) was a prophet of God, was born to a virgin (Mary) and Jesus is not the son of Allah.”

Saya melanjutkan lagi,

“If you are ready to believe what we are believe, you are muslimah mom.”

Madam Violy menangis teresak-resak dan mengangguk-angguk memahami.

Saya bertanya lagi,

“So, mom, are you serious?”

Madam Violy, “Yes I’am. I want to be muslimah.”

Saya terus,

“Mom, follow my words. First in Arabic then in English. I will guide you. These people are witnesses.

“Asyhadu An La Ilaha Iallah Wa Asyahadu Anna Muhammadar Rasulullah

I bear witness that there is no god but Allah and I bear witness Muhammad is the messenger of Allah.”

Madam violy, “Asyhadu An La Ilaha Iallah Wa Asyahadu Anna Muhammadar Rasulullah

I bear witness that there is no god but Allah and I bear witness Muhammad is the messenger of Allah.”

Suasana ketika itu sangat sayu. Semua orang di dalam van menangis. Pemandu kami turut menangis. Syukur kepada Allah.

Penulis bersama Madam Violy selepas keislaman beliau

Selepas doa dan perdengarkan bacaan al Quran kepada madam Violy, ‘team’ kami menghadiahkan beberapa alunan selawat dan qasidah.

Usai kami mengalunkan solawat, lalu beliau bertanya, “alunan apa yang kalian alunkan tadi? Sehingga aku merasakan rindu pada seseorang dan aku meyakini bahawa seseorang itu terlebih dahulu merinduiku. Ia menjadikan aku makin kuat dan yakin pada agama ini”.

Lantas, kami menjawab: Dialah Nabi Kita Muhammad Sollallahu alaihi wasallam.

Sekali lagi, suasana semakin sayu. Air mata madam Violy semakin deras turun.

Hakikatnya, Selatan Filipina dan Filipina itu sendiri adalah wilayah Islam. Mereka sendiri mengakui bahawa nenek moyang mereka dahulunya Islam. Akibat penjajahan Sepanyol yang meneruskan agenda perang salib, misi kristianisasi adalah keutamaan. Maka tidak hairan Sepanyol banyak menghabiskan masa dan tenaga dalam pelbagai peperangan dan siri serangan terhadap muslim di Filipina bermula  abad 15. Mereka yang pertahankan akidah berundur ke selatan dan Sepanyol pula hanya berjaya di utara lantaran benteng akidah dan jihad yang kental di selatan.

Orang Filipina akhirnya hilang jati diri. Mukanya melayu, bahasanya Inggeris (selain tagalog) dan namanya dalam bahasa Latin – Sepanyol. Kesultanan mereka juga hilang kekuasaan

Oleh kerana itu, orang disini bergurau, kalau orang kristian di Filipina (khususnya Selatan Filipina) masuk Islam, mereka sebenarnya balik kepada asal.

 

Marawi Sekarang

Saya difahamkan bahawa perang itu sudah tamat. Moute Group mengalami kekalahan dan tidak lagi upaya melakukan serangan. Lebih 1000 orang dari kalangan militan, tentera kerajaan dan orang awam telah terkorban dalam perang Marawi.

Presiden Filipina, Duterte telah mengumumkan Marawi telah bebas dari pengaruh terroris pada 17 oktober 2017 selepas perang 153 hari.  Antara sebab awal saya tidak menulis cerita di Marawi kerana saya agak kesibukan selepas pulang dari sana, dan telah dapat khabar perang sudah tamat, maka saya berasa tiada keperluan lagi menulis. Namun, atas cadangan sahabat-sahabat yang berpendapat agar saya menulis perkongsian ini kerana pengalaman akan sentiasa relevan.

Kedatipun perang sudah tamat, harga yang dibayar tersangat mahal. Bandar Marawi lumpuh sepenuhnya.

Tidak hanya melalui media, saya bertanya juga apa perkembangan Marawi  melalui sahabat-sahabat Ngo di sana, dan mereka me’respon’,

 

Perang Marawi telah tamat, namun masih terdapat saki baki di bukit. Mereka (Moute Group) tidak lagi kuat dan tidak mampu melancarkan serangan. 50% Penduduk masih menumpang di pusat perlindungan, 30% menumpang dengan keluarga dan 20% sudah pulang ke Marawi dan membina rumah. Moute Group sudah tiada dan mereka berselerak sana sini. 300 ahli kumpulan mereka yang terdiri dari orang Indonesia, arab termasuk Malaysia terkorban dalam perang.

Akhir dari saya, terima kasih tidak terhingga kepada presiden HaRUM, YM Tuan Sayed Khairul dan ‘team’ yang menjemput saya sertai misi Tulong Marawi.Tidak lupa kepada bro Gamz dari Ngo MINSUPALA dan rakan – rakan seperjuangan di Mindanao. Terima kasih jtak terhingga kepada para pembaca. Tanpa sokongan anda, siapa lah saya. Jemput layari web HaRUM : www.harum.org.my

Sekian,

I’m Angah Sunan, sukarelawan projek Tulong Marawi NOW 2017 yang dianjurkan oleh Ngo Minsupala Realm Integration For Diversity Inc (MINSUPALA) – Filipina dengan kerjasama Ngo Pertubuhan Kekeluargaan Rumpun Nusantara (HaRUM) – Malaysia.

angahsunan.blogspot.my

Rujukan:

  1. http://m.philstar.com/314191/show/ebbe7df4e37d59bc8aa5db7c1e44589b/?
    http://www.eaglenews.ph/featured-news/president-duterte-says-sorry-to-maranaos-vows-to-rebuild-marawi-as-he-visits-evacuees-in-iligan-city/
  2. http://www.straitstimes.com/asia/se-asia/philippines-declares-end-of-marawi-war
  3. Humanitarian Bulletin Philippines (Ogos 2017)
  4. harum.org.my
  5. pengalaman penulis di lapangan
  6. temu ramah dengan penduduk tempatan