Tragedi Qinghe Steel Disaster

0
777
views

PENGENALAN

Qinghe Special Steel Corporation ialah sebuah syarikat swasta yang mengendalikan pemprosesan besi keluli. Antara proses yang terdapat didalam kilang ini ialah peleburan besi menjadi keluli cair untuk proses pembentukan keluli.

Pada tahun 2006, syarikat ini telah menghasilkan sekitar 70000 tan besi cair berdasarkan rekod syarikat.

Kemalangan ini menjadi menunjukkan disebalik perkembangan pesat industri pemprosesan keluli, faktor keselamatan semakin diabaikan demi mengejar keuntungan.

Dilaporkan pada tahun 2006 sahaja, seramai 244 pekerja dari sektor ini meninggal dunia akibat kemalangan ditempat kerja. Jumlah inibjuga menunjukkan peningkatan sebanyak 48% daripada tahun sebelumnya(2005).

Pada tahun 2005 sahaja, sebanyak 127000 kemalangan tempat kerja dilaporkan dan direkod.

SITUASI KEMALANGAN

Pada jam 7.45 pagi, pekerja syarikat itu sedang mengadakan taklimat ringkas didalam sebuah bilik sebelum memulakan kerja selepas pertukaran syif kerja. Bilik tersebut terletak kira-kira 5 meter daripada tumpahan keluli cair itu bermula.

Kilang ini dilengkapi dengan sistem overhead rel yang menyambungkan relau pembakaran/peleburan keluli dengan bahagian kerja untuk proses pembentukan semua keluli cair itu.

Sebuah pengangkut (Ladle) yang mengangkut 30 tan keluli cair itu terjatuh ke bahagian lantai kilang disebabkan kegagalan fungsi sistem overhead rel. Suhu bahan itu mencecah 1500 darjah celsius. Cecair besi lebur itu mula mengalir dan merebak kebahagian berdekatan. Dinding bilik tempat pekerja kilang berkumpul tidak mampu membendung tumpahan itu dari terus merebak dan mengakibatkan beberapa orang pekerja tertimbus dibawah tumpahan itu.

Ketika pasukan kecemasan tiba ditempat kejadian, mereka terpaksa menunggu sehingga tumpahan cecair lebur itu sejuk dahulu sebelum memasuki kawasan kemalangan. Sebaik berjaya masuk, 32 mayat yang terbunuh berjaya dijumpai dan 6 orang mangsa cedera dikejarkan ke hospital. Pengecaman identiti agak sukar kerana mayat mangsa terbakar teruk.

KESAN KEMALANGAN

Waris mangsa menerima pampasan sebanyak 200000 Yuan (26K USD) daripada syarikat. Ekoran kejadian ini, empat orang pengurusan syarikat telah ditahan dan didapati bersalah mengabaikan keselamatan ditempat kerja sehingga menyebabkan kemalangan.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan pihak pengurusan keselamatan tempat kerja China, Syarikat Qinghe Steel juga dilaporkan mengubahsuai sistem rel overhead dan menggunakan peralatan yang tidak sesuai sehingga menyebabkan ia tidak selamat untuk proses peleburan keluli.

Rujukan:

Reuters (2007) China molten steel tragedy highlights lax industry. https://uk.reuters.com/article/china-molten/china-molten-steel-tragedy-highlights-lax-industry-idUKPEK5844020070424?t=123 

BBC News (2016) China’s grim history of industrial accidents. http://www.bbc.com/news/world-asia-china-35149263 

32 Workers Kill In China Steel Plant Accident. http://www.nbcnews.com/id/18170087/ns/world_news-asia_pacific/t/workers-killed-china-steel-plant-accident/