Pengguna facebook di bawah melaungkan bahawa tiadalah beza xenofobia, ideologi yang dipegang oleh pengganas neo-nazi tempoh hari dengan situasi masyarakat Malaysia. Katanya tidaklah bezanya “ketuanan” di Malaysia yang saya percaya merujuk kepada “ketuanan Melayu”. Katanya, asas kepada ketuanan ini datang daripada perasaan xenophobia (perasaan takut akan orang/bangsa asing).

Malay Custodian (istilah yang lebih tepat daripada Malay Supremacy) adalah sebuah kontrak sosial yang dimeterai oleh negara kita, bukanlah berasaskan perkauman, sebaliknya sebelum ia dijadikan pasak kepada negara kita, ia mendapat persetujuan daripada kaum Cina dan India ketika itu sebelum sama-sama mendapatkan kemerdekaan.

Daripada Malay Custodian inilah lahirnya Hak 153 yang dimenjadi salah satu azimat yang menjadi pegangan rakyat Malaysia dalam perlembagaan. Apabila penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam negara Malaysia, ia turut membawa penyertaan suku-suku Pribumi Borneo seperti Dayak, Iban, Kadazan-Dusun, Bajau, dan Melayu Borneo sendiri menjadi sebahagian daripada Malay Custodian, atau ketika ini, kita boleh panggil sebagai Pribumi Custodian.

Tidak pernah wujud sebarang perasaan xenophobia dalam kalangan rakyat Malaysia. Orang Melayu menerima kedatangan orang Cina dan India dalam jumlah yang sangat tinggi jutaan banyaknya, seperti saudara mereka sendiri.

Kata Tun Sambanthan, tiada bangsa sebaik seperti orang Melayu:

“Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than the Malay race?

Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where else in the history of the world?”

Terjemahan kasar:

“Di mana anda boleh dapatkan bangsa yang sebaik budi, semurah hati dan sebaik seperti mana bangsa Melayu? Di mana anda boleh melihat layanan sedemikian rupa kepada bangsa pendatang? Di mana lagi layanan sebaik ini dalam sejarah dunia?”

Kata-kata daripada beliau ini masih lagi dipegang orang Melayu sehingga hari ini. 10 orang terkaya di Malaysia masih lagi orang Cina dan India, bahkan jutawan Melayu seperti Tan Sri Syed Mokhtar sendiri dah terkeluar dari senarai.

Sepanjang 60 tahun, orang Cina dan India masih boleh hidup aman kecuali 13 Mei yang berlaku kerana jurang ekonomi antara kaum dan provokasi tidak bertanggungjawab beberapa parti politik ketika itu. Selebihnya, insiden yang berlaku di New Zealand tidak wujud.

Faktanya, di New Zealand sendiri mempunyai “ketuanan” yang persis “ketuanan Melayu” sendiri khas untuk pribumi Maori. Treaty of Waitangi (TOW) adalah dokumen penubuhan New Zealand dan perjanjian yang melibatkan Monarki Britain dan orang peribumi New Zealand iaitu kaum Maori.

Waitangi adalah nama tempat di mana perjanjian ini ditandatangani oleh wakil istana Britain dan wakil suku kaum Maori pada 6 Februari 1840. Melalui perjanjian ini, New Zealand sehingga hari ini memberikan keistimewaan kepada bangsa peribumi dalam hal pendidikan, kuota biasiswa, polisi berkaitan tanah dan lain-lain.

Jadi, bentuk “ketuanan” yang diperkatakan di New Zealand tidak ada bezanya juga dengan “ketuanan” yang dipegang oleh orang Melayu. Ketuanan yang membawa kepada definisi kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua kaum demi menjaga hak pribumi di negara masing-masing yakni orang Melayu, orang asli dan juga suku-suku Sabah-Sarawak.

Adapun manifesto yang dipegang oleh pengganas neo-nazi di New Zealand pula bercakap mengenai bagaimana jijiknya dia melihat bagaimana kebudayaan “kulit putih” yang tercemar dengan kehadiran para pendatang di negara-negara di mana budaya kulit putih Eropah berdiri. Perasaan white-supremacist yang dibawa oleh pengganas ini sendiri adalah sebuah bentuk pencemaran kontrak sosial yang termeterai antara orang pribumi Maori dan kulit putih.

Apakah ideologi jijik melihat kebudayaan orang Cina dan India di Tanah Melayu ialah bentuk “malay-supremacy” yang dipegang oleh orang Melayu di sini?

Tidak! Perkahwinan campur sentiasa berlaku walaupun dalam keluarga Konservatif Melayu sekalipun! Perayaan bebas disambut di sana sini. Parti yang bertanding pun dalam PRU mengandungi gabungan Melayu dan bukan Melayu hatta PAS sekalipun dengan sayap bukan Islam mereka dalam Gagasan Sejahtera.

Bahkan orang Melayu menyedari bahawa identiti mereka hari ini adalah daripada campuran pelbagai orang asing. Ia merangkumi gabungan orang Jawa, Bugis, Aceh, Minangkabau, Jawi Peranakan. Ada yang kacuk Arab, kacuk India, kacuk Cina ke dalam rumpun yang lebih besar. Perhatikan puisi di bawah:

“Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu).”

Puisi Usman Awang di atas dah cukup dijadikan hujah kukuh. Kalau perasaan xenophobia (takut akan orang asing) itu benar-benar wujud dalam bangsa Melayu, tidak mungkin asas identiti mereka sendiri yang merupakan gabungan orang asing membentuk ras Melayu tidak akan wujud dan diterima oleh kami semua!

Malay Custodian yang dipegang oleh rakyat Malaysia dan orang Melayu adalah berbeza daripada manifesto lelaki pengganas neo-nazi tempoh hari. Bahkan, konsep ketuanan pribumi Maori wujud di New Zealand adalah saling tak tumpah seperti kontrak sosial yang seringkali disalah sangka sebagai “bentuk penindasan orang Melayu” dan kontrak sosial yang lahir dari “ketuanan Melayu.”

Kalau negara terbuka dan mangsa tragedi seperti New Zealand tidak pernah langsung membangkitkan “ketuanan Maori” (kontrak sosial hak pribumi Maori) dengan pengganas neo-nazi di sana, kenapa kita tiba-tiba gatal tangan nak samakan Malay Custodian dengan ideologi pengganas Neo-Nazi?

P.S: Xenofobia sangat ke orang Malaysia apabila setiap Jumaat boleh jer bergesel bahu dengan orang Bangladesh, Pakistan, Indonesia dan Rohingya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.