Tragedi Pendam Bungkang, Kanowit 1970

487

SARAWAK Border Scouts pada asalnya ditubuhkan pada tahun 1964 bagi membantu askar-askar Komanwel di dalam menangani Konfrantasi Indonesia-Malaysia yang berakhir pada tahun 1966.  Namun begitu kepakaran anak watan Sarawak yang cemerlang di dalam bertugas di kawasan sempadan seterusnya dilanjutkan bagi menghadapi ancaman K0munis yang berleluasa selepas itu.

Tatkala Kerajaan Malaysia menubuhkan Rejang Area Security Command (RASCOM) yang mana ianya berada di kawasan “hitam” iaitu yang mempunyai banyak ancaman K0munis di Sarawak seperti Sibu, Kanowit, Sarikei dan lain-lain maka keringat para Sarawak Border Scouts dituntut untuk menjadi salah satu kekuatan pasukan beruniform RASCOM dibawah Unit Cawangan Khas.

Di dalam banyak cerita perjuangan Sarawak Border Scouts ada terselit satu kisah penuh tragis yang berlaku ke atas sekumpulan anggota Border Scouts yang sedang melakukan tugasan harian mereka di Kanowit pada tahun 1970. Tanggal 27 Ogos 1970 itu, 16 anggota border scouts menaiki bot panjang untuk tugasan meronda iaitu satu tugas rutin yang biasa mereka lakukan bagi mengawal keselamatan penduduk yang mendiami kawasan di sepanjang Sungai Ngemah, Kanowit. 

Di sepanjang perjalanan itu kesemua mereka telah siaga dengan senjata masing-masing kerana biar ianya tugasan rutin namun nyawa mereka bagai telor di hujung tanduk. Oleh kerana masih lagi berada di dalam darurat K0munis maka K0munis boleh sahaja berada di mana-mana lantas menyerang mereka tanpa mampu dikesan.  Maka begitulah yang terjadi pada hari itu apabila ketika mereka menghampiri satu kawasan yang dikenali sebagai Pendam Bungkang di Sungai Ngemah secara tiba-tiba hujan p3luru bertali arus dari tebingan sungai menghujani bot panjang yang mereka naiki. 

Terkesima dengan serangan hendap itu kesemua 16 anggota Border scouts cuba bertahan dengan berlindung di sebalik bot panjang mereka. Namun begitu apakan daya walau mereka cuba membalas serangan dengan segala kudrat yang ada tetap mereka menjadi sasaran yang cukup mudah.  Pada masa itu Kalabet Nyampun yang memegang senjata Brent merupakan anggota pertama yang terkena p3luru K0munis iaitu di bahagian pinggangnya.  T3mbakan daripada K0munis itu juga menyebabkan beliau terpelanting jatuh ke dalam sungai. 

Melihat rakan-rakannya sedang menjadi sasaran, Sylvester Dussin Chaong nekad untuk terjun ke dalam sungai yang beraliran deras namun masih sempat menyambar senapang patah dengan lapan p3luru yang berada disebelahnya sebelum menerjunkan diri.  Sylvester terpaksa menggunakan segala kepakaran yang ada sebagai anak kampung yang sudah biasa dengan penghidupan di sungai untuk mengapungkan diri tanpa mampu dikesan oleh musuh.  Beliau sengaja tidak melepaskan apa-apa t3mbakan pada masa itu kerana bekalan p3luru senapangnya teramat kurang. 

Lain pula ceritanya dengan Kalabet yang terpelanting jatuh ke dalam sungai apabila beliau tersangkut pada satu bahagian sungai yang berbatu.  Dalam kecederaan di pinggang itulah beliau cuba berpapah pada batu-batu yang ada untuk survival diri.  Dari kejauhan beliau menyaksikan sendiri bagaimana satu persatu rakan seperjuangannya gugur dit3mbak oleh K0munis umpama 12 orang anggota border scouts itu sebagai target ketika latihan papan sasar.  Ada yang terkulai layu di atas bot panjang dan tidak kurang yang jatuh ke dalam sungai tanpa nyawa. 

Suasana hingar bingar di Pendam Bungkang dek kerana bunyi p3luru dilepaskan akhirnya senyap seketika.  K0munis yang bersembunyi di sebalik tebing di sungai Ngemah sudah tidak melepaskan t3mbakan lagi.  Pada ketika itulah Sylvester yang masih lagi berada di dalam air memerhati gerak geri K0munis di tebing sungai.  Beliau tiada pilihan hanya mampu menunggu sehingga K0munis berada di sungai untuk memeriksa hasil kejayaan lantas beliau akan menyerang dari dalam air namun sangkaan beliau itu meleset sama sekali kerana K0munis terus beredar pergi dari kawasan serangan. 

Inilah satu peristiwa hitam yang menghiasi ceritera kisah perjuangan Sarawak Border Scouts yang dikenali sebagai Tragedi Pendam Bungkang, Sungai Ngemah, Kanowit pada tanggal 12 Ogos 1970.  Hanya empat orang yang terselamat manakala 12 lagi gugur sebagai bunga bangsa mempertahankan Sarawak ibu pertiwi daripada K0munis durjana. 

12 anggota Sarawak Border Scouts yang gugur itu adalah:

  1.  Mendiang Koperal Numbu Anak Kelen
  2.  Mendiang Koperal Lat Anak Gangga
  3.  Mendiang Pantau Anak Baro
  4.  Mendiang Kanchin Anak Ligan
  5.  Mendiang Gelau Anak Sumor
  6.  Mendiang Emba Anak Garing
  7.  Mendiang Senang Anak Bajai
  8.  Mendiang Skudan Anak Dampa
  9.  Mendiang Jantom Anak Jalong
  10. Mendiang Jantom Anak Narok
  11. Mendiang Brain Anak Balit
  12. Mendiang Luyoh Anak Jauh

Bagi mengenang jasa dan kepahlawanan kesemua mereka yang terlibat di dalam peristiwa hitam 27 Ogos 1970 telah didirikan sebuah tugu peringatan yang dikenali sebagai Tugu Pahlawan Kanowit di Dataran Kubu Emma pada tahun 2016.  Di tugu yang satu-satunya itulah nama 12 orang Sarawak Border Scouts dicatatkan bersama-sama dengan lima nama anggota Renjer yang terkorban di Song dan seorang anggota perisikan dari Cawangan Khas Kanowit yang terkorban ketika menjalankan tugasan di Lukut.

Lest we forget!

-HB-

#kameksayangsarawakbah!

RUJUKAN:

  • Pendam Bungkang. https://www.facebook.com/parlimensarawak/videos/522550231868128/
  • Sarawak Border Scouts – Borneo Oracle

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.