Anda rasa pembuangan sisa tercemar di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang dah teruk? Ada yang lagi teruk.

Abidjan merupakan sebuah bandar terbesar negara Ivory Coast. Pelabuhan Abidjan juga adalah pelabuhan paling besar negara tu. Populasi penduduk Abidjan lebih kurang 4 juta orang dan mewakili 20 peratus rakyat Ivory Coast.

Pada 19 Ogos 2006, sebuah kapal bernama Probo Koala telah berlabuh dekat pelabuhan Abidjan. Kapal ni adalah milik syarikat Trafigura, satu syarikat petroleum antarabangsa yang berpusat di Switzerland. 

Kapal Probo Koala ni berlayar dari Panama dengan muatan penuh minyak mentah menuju ke Pelabuhan Afrika Barat dan kemudian sepatutnya pulang kosong ke Eropah. Pengurusan kapal mendapati ada sisa terjadual yang terhasil daripada proses pembersihan tangki perlu dikeluarkan dari kapal untuk proses pelupusan secara terawat. 

Trafigura dalam laporan mengatakan sisa terjadual ni terhasil daripada proses pembersihan tangki, ada pihak kata sisa terjadual ni terhasil daripada sebatian kimia melalui proses pemanasan bahan petroleum gasolin. Trafigura juga tak mengaku sisa yang dibuang tu berbahaya berdasarkan laporan kesihatan kru kapal yang mengendalikan bahan itu. Kru kapal yang kendalikan bahan tu tiada masalah kesihatan atau simptom sama yang dihadapi oleh penduduk Abidjan.

Sebelum Probo Koala sampai ke Abidjan, kapal ni dah berlabuh di Pelabuhan Ansterdam. Sebuah syarikat bernama Amsterdam Port Service (APS) dah bersetuju nak ambil sisa terjadual tu. Trafigura pun dah bersetuju dengan harga servis yang perlu dibayar kepada APS.

Tapi APS menukar harga disaat akhir selepas mendapati kandungan bahan berdasarkan ujikaji sampel tidak sama seperti apa yang Trafigura umumkan sebelum Probo Koala berlabuh. Jadi APS naikkan harga untuk perkhidmatan mereka kepada Trafigura melebihi 100% peratus.

Di sini berlaku kontradik dengan maklumat yang dimiliki. Trafigura kata bahan tu tak bertoksik. Tapi APS naikkan harga sebab kandungan bahan tu bertoksik dan mengandungi sebatian bahan kimia yang berbahaya kepada kesihatan. Trafigura juga kata APS tak bagi laporan sampel dan sebab yang jelas kenapa APS naikkan harga servis.

Mana mahunya. Trafigura pun kata ok. Aku bawa ambil balik sisa terjadual tu, lupus kat tempat lain. Sampel sisa terjadual tu dipunggah masuk semula ke dalam kapal kemudian Probo Koala pun berlayar semula menuju Estonia kemudian ke Abidjan.

Satu syarikat tempatan di Abidjan bersetuju untuk kerja pengendalian bahan sisa terjadual tu. Trafigura telah membayar syarikat tu untuk mengeluarkan bahan tu dari kapal kemudian melupuskan. Semua proses memindahkan bahan sisa tu berjalan lancar tanpa masalah, pihak berkuasa Ivory Coast juga memberi kebenaran untuk bahan itu dikeluarkan dari Probo Koala.

Berdasarkan rekod, pelabuhan Abidjan juga mampu mengendalikan proses pelupusan sisa terjadual dan mempunyai fasiliti untuk tujuan itu. 250 meter padu bahan sisa terjadual itu diturunkan dari kapal untuk proses pelupusan oleh syarikat bernama Tommy.

Apabila Trafigura selesai di Abidjan, Probo Koala pun berlayar meninggalkan Pelabuhan Abidjan pada 20 Ogos 2006. Pada 21 ogos 2006, penduduk berdekatan Abidjan mula mengadu tentang bau busuk dari beberapa tempat pembuangan sampah. Penduduk di kawasan itu turut mengadu rasa pening dan mual sekiranya mereka terdedah dengan bau itu terlalu lama.

Dua minggu selepas itu, 17 kematian (berdasarkan rekod laporan Trafigura) direkod dan lebih 10 ribu orang menerima rawatan akibat terdedah kepada bau busuk. Ada perbezaan untuk rekod kematian dari portal berita. Selepas sebulan, rekod penduduk yang terimpak dari kejadian ini naik kepada 30 ribu orang. 

Pengurus syarikat yang mengendalikan sisa terjadual dari kapal Probo Koala ditahan. Siasatan mendapati ada sisa terjadual yang dilupuskan secara haram iaitu dibuang di tempat pembuangan sampah domestik. Lebih teruk lagi, sisa terjadual tu dibuang ke 18 tempat pembuangan sampah sekitar Abidjan.

Nak buang 80 tan sisa terjadual secara haram macam nampak sangat jahat. Jadi mereka pun buanglah sikit-sikit dekat 18 tempat berbeza. Banyak sangat tempat mereka ni buat kerja sampai tak pasti berapa tempat pembuangan sampah yang mereka buat kerja haram ni. Penduduk tempat juga mengadu tempat pembuangan sampah ni dah lama jadi tempat pelupusan bahan sisa terjadual secara haram tapi tiada tindakan dari pihak berkuasa.

Dua minggu selepas kejadian ni berlaku, Presiden Ivory Coast letak jawatan setelah ditekan oleh kabinet kerana gagal dalam tugas. Menteri pengangkutan dan persekitaran juga dilucutkan jawatan dan diganti dengan orang lain.

Trafigura tak mengaku bersalah menyebabkan kematian dan penduduk Abidjan menghadapi masalah kesihatan berpunca dari sisa terjadual berbahaya. Trafigura tetap kata bahan yang dikeluarkan dari Probo Koala tu tak bertoksik sehingga menyebabkan kematian.

Pada tahun 2008, dua pekerja syarikat tempatan yang mengendalikan bahan sisa terjadual ni dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun. Pekerja pelabuhan yang menjadi orang tengah antara Probo Koala, Trafigura dan syarikat Tommy juga dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun.

Trafigura membayar 200 juta Dollar untuk membantu kos perubatan penduduk Abidjan yang menghadapi masalah kesihatan berpunca dari pendedahan kepada sisa terjadual ini pada tahun 2006.

Kemudian pada tahun 2009, mahkamah mengarahkan Trafigura membayar pampasan sebanyak 1500 dollar kepada setiap mangsa yang terlibat. Sehingga tahun 2016, baki pampasan masih belum selesai oleh Trafigura, Masih ada mangsa yang mengaku belum menerima pampasan.

Banyak lagi pihak yang terlibat dalam kejadian ni tapi terlindung dibawah meja. Banyak juga persoalan yang tak terjawab.

APS tahu bahan tu bertoksik, Kastam Belanda (Ansterdam) juga tahu. Kenapa bahan tu dilepas keluar semula?

Pihak berkuasa Ivory Coast yang mengeluarkan kebenaran untuk Tommy mengambil sisa terjadual dari Probo Koala, siasatan mendapati dokumen tidak lengkap. Macam mana boleh lepas juga?

Adakah Trafigura jujur bila mengatakan bahan sisa terjadual tu tidak bertoksik dan tidak berbahaya kepada manusia?

Pada november 2015, menteri alam sekitar Ivory Coast membuat kenyataan Bandar Abidjan telah selamat daripada pendedahan sisa terjadual berbahaya, kerja nyahkumbah (decontamination) telah dilakukan sepenuhnya.

Kapal Probo Koala ibarat menjadi mimpi ngeri buat Trafigura. Ia telah dihantar untuk pelupusan selepas kejadian ini.

RUJUKAN:

1. Official Report from Trafigura on the event.
https://www.trafigura.com/media/3954/trafigura-and-the-probo-koala.pdf

2. Probo Koala Inquiry Document, Conducted of Lord Fraser of Carmyllie.

3. Reuters (2006) New Government Formed in Ivory Coast After Toxic Waste Scandal, New Yorks Times
https://www.nytimes.com/2006/09/17/world/africa/17ivory.html

4. The Guardian (2006) How Abidjan became a dump
https://www.theguardian.com/world/2006/oct/20/outlook.development

5. BBC News (2006) Ivorian cabinet quits over waste
http://news.bbc.co.uk/2/hi/africa/5321272.stm

6. David Leigh (2009) How UK oil company Trafigura tried to cover up African pollution disaster, The Guardian
https://www.theguardian.com/world/2009/sep/16/trafigura-african-pollution-disaster


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.