Tragedi yang mengorbankan 15 nyawa dan mencederakan lebih 170 pekerja disebuah loji petroleum di Galveston, Texas City pada 23 Mac 2005. Texas City dikenali dengan nama “Toxic City” kerana menempatkan beberapa buah loji penapisan petroleum dan kawasan berindustri berat.

Loji pemprosesan minyak mentah ini dimiliki oleh British Petroleum (BP). Keluasan kawasan loji ini hampir 2 kilometer persegi di Galveston, Texas City. Loji ini mampu memproses minyak mentah sebanyak 460 ribu barrel dalam tempoh sehari.

Loji yang telah dibina dan beroperasi sejak tahun 1934. Berdasarkan laporan siasatan kemalangan oleh Firma Konsultan Telos, beberapa isu keselamatan dikenalpasti mendedahkan bahawa loji ini tidak diselenggara dengan baik.

Loji pemprosesan minyak mentah terbhagi kepada beberapa komponen, dipanggil fractional distilation, dengan menggunakan titik didih masing-masing yang berbeza.

Setiap bahan bakar terhasil daripada rantaian hidrokarbon yang berbeza, dan proses manipulasi molekul ini menghasilkan produk petroleum yang berbeza. Setiap unit memecahkan reaksi rantaian untuk menghasilkan bahan api sederhana dan berat. Unit alkilasi untuk menggabungkan proses reaksi rantaian, membentuk bahan api kapal terbang. Unit isomerisasi menyusun semula struktur molekul untuk menjadikan nafta kepada petrol tinggi oktana.

Fractional distillation digunakan untuk mengasingkan hidrokarbon-hidrokarbon tadi daripada minyak mentah. Minyak mentah akan dipanaskan pada suhu 350 darjah celsius dan akan menyebabkannya menyejat. Gas-gas yang menyejat akan ditukar kepada cecair apabila proses kondensasi berlaku. Daripada proses kondensasi inilah, hydrokarbon yang berbeza tadi dipisahkan kepada petrol tinggi oktana, gasolin, diesel, kerosene, lubricating oil. Semua proses ini berlaku dalam menara penapisan atau splitter tower.

Pada 23 mac 2005, pagi itu, para pekerja memulakan semula operasi komponen unit, tekanan tidak normal telah didapati pada bahagian menara penapisan( splitter tower). Injap pelepasan tekanan(relief valve) seterusnya dibuka untuk membolehkan bahan petroleum yang berlebihan itu dipindahkan ke tangki “blowdown”. Akan tetapi bahan bakar telah melebihi kapasiti tangki dengan cepat dan mendadak. Cecair dan wap ditembak ke udara setinggi 30 meter dan menghasilkan wasap(wap + asap) mudah terbakar dikawasan lantai loji penapisan petroleum itu.

Pekerja mula menghentikan semua operasi peralatan yang boleh menyebabkan nyalaan di loji itu. Sebuah trak yang telah diparkir kira-kira 8 meter dari kawasan menara penapisan yang disyaki telah menghasilkan penyalaan api(spark). Beberapa siri letupan telah menggegarkan Texas City pada petang itu.

Berdasarkan laporan siasatan Chemical Safety Board(CSB), rekod dari sistem kawalan menunjukkan tekanan di dalam menara penapisan meningkat secara mendadak dari 20 psi hingga 60 psi. Ini menyebabkan injap pelepasan tekanan dibuka selama 6 minit, memindahkan bahan petroleum yang berlebihan didalam tangki penapisan ke dalam tangki blowdown. Bahan petroleum itu memasuki dan memenuhi tangki blowdown dengan cepat, memaksa cecair dan wap tertembak keudara sehingga 30meter.

Letupan yang cukup kuat untuk merobek bumbung dari tangki simpanan benzena 300 meter jauhnya. Wasap mudah terbakar yang tersebar telah menyebabkan letupan diloji itu pada hari kejadian.

Rumusan daripada kejadian ini membentuk persoalan yang diulang semasa proses siasatan punca ialah mengapa penunjuk aras bahaya(level indicator) tidak berfungsi semasa bahan petroleum dalam tangki melebihi had pada hari kejadian.

Rujukan:

1. https://youtu.be/c9JY3eT4cdM Laporan siasatan CSB

2. Scorhn, Daniael (2006) The Explosion At Texas City: 2005 Refinery Explosion In Texas Killed 15, Injured 170. CBS News. https://www.cbsnews.com/news/the-explosion-at-texas-city/

3. Popular Mechanics (2005) What Went Wrong: Oil Refinery Disaster. https://www.popularmechanics.com/technology/gadgets/a295/1758242/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.